Memaparkan catatan dengan label Gambar Perkahwinan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Gambar Perkahwinan. Papar semua catatan

Julai 08, 2012

10 Gambar Perkahwinan Ella Dan Azhar

Dengan Sekali lafaz Ratu Rock Malaysia kini sah menjadi isteri orang (Azhar), kini kehidupan Ella semakin sempurna dengan kehadiran seorang suami yang mejaga dan menyayangi beliau.

Majlis pernikahan mereka diadakan di rumah keluarga Ella di Teluk Gadung, Klang di sini kira-kira pukul 10.30 malam Sabtu.

Pasangan tersebut dinikahkan oleh Jurunikah Masjid Nurul Iman, Klang, Baharuddin Abu Bakar berwalikan abang sulung pengantin perempuan, Mohd Noor Izam Aminudin.

Ella dan Azhar sebelum itu telah ditunangkan sebelum majlis akad nikah bermula.

Majlis pernikahan kedua-dua mempelai dihadiri kira-kira 300 orang jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga pengantin kedua-dua belah pihak dan wakil media.

Lagi 9 gambar perkahwinan dan Malam Berinai Ella :

Julai 01, 2012

Berita Ella Akan Berkahwin Pada 7 Julai Ini

Menurut info yang ZooM baca daripada akak dan abang google, Akak Ella kita akan berkahwin dan menamatkan zaman solonya pada 7 Julao 2012 ini. Setakat mana kesahihannya masih diragui namun jika ianya benar belaka. Tahniah kami ucapkan dan semoga ia akan kekal hingga ke akhir hayat.

Menurut ahli keluarga Ella, dia bakal menjadi isteri kepada seorang jejaka yang berasal dari Muar, Johor.

Difahamkan jejaka berkenaan bertugas sebagai juruterbang dan mereka bakal dinikahkan di kediaman keluarga Ella di Klang, Selangor

Dan Menurut Ella, dia akan menamatkan zaman bujangnya bersama jejaka yang namanya bermula huruf “A”. Namun, dia masih lagi berahsia tentang nama sebenar calon suaminya itu.

Tahniah Akak Ella...Caroline mesti suka dengar berita ni kan..


Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

April 27, 2012

7 Gambar Dan Video Majlis Akad Nikah Fasha Sandha Dan Jejai



Pelakon popular, Nur Fasha Sandha Hassan atau Fasha Sandha telah melangsungkan majlis pernikahannya bersama pasangannya Toh Muda Rizal Ashram Ramli ataupun Jejai yang juga merangkap anak kepada bekas Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli Ngah Talib lebih kurang jam 9.45 malam 27 April 2012.

Berwalikan Hassan Moaideen, bapa kandung kepada Fasha Sandha, pasangan ini telah dinikahkan oleh Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Orang Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Mohd Sahirman Ahmad lebih kurang jam 9.45 malam tadi.

Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran ahli keluarga terdekat, rakan-rakan dan juga beberapa orang selebriti lain seperti Isma AF, Faradhiya, Tomok, Rebecca Nur Islam dan suami serta Nor Aliah Lee.

April 17, 2012

7 Gambar Perkahwinan Natasha Hudson


Untuk makluman pembaca di ZOoMartis blog dan Facebook, Natasha Hudson dan suami Khalid Kamal @Carleed Khaza yang merupakan seorang komposer selamat dinikahkan pada pagi semalam di Masjid Jalan Duta.




Semoga hubungan yang diikat atas nama cinta dan kasih sayang akan kekal hingga akhir hayat, serta semoga dimurahkan rezeki.




Dan berikut gambar yang ZoOM jumpa dan share untuk anda daripada laman
blog Gua :

Mac 22, 2012

Taiyuddin Dan Kekasih Nak Kahwin Tahun Ini Kerana Duit Dah Cukup

Alhamdulillah duit dah cukup untuk mendirikan mahligai indah yang sudah lama di impikan oleh Taiyuddin atau nama sebenar Sallehuddin Abu Bakar. Setelah 10 tahun berkecimpung dalam dunia hiburan, barulah Taiyu dapat menarik nafas lega.


Jika sebelum ini bagaikan kais pagi makan pagi tawaran yang diterima sebelum tampil dengan imej tersendiri dalam filem Hantu Bonceng. Dan jika anda melihat gelagat Taiyu dalam beberapa drama dan filem baru-baru ini     
"Trademark" dan gaya tersendiri seringkali menjadi bualan masyaraatkat.


Dan berikut beberapa ayat yang keluar daripada mulut dan hati Taiyu mengenai cerita beliau akan melangsungkan perkahwinan tahun ini.

"Alhamdulillah, jika sebelum ini saya selalu termenung kerana tidak ada tawaran lakonan, sekarang ini saya termenung lagi, bilalah saya dapat berehat. 
"Kerana rezeki yang diperoleh juga, saya bercadang untuk berkahwin pada tahun ini. Usia saya semakin meningkat dan saya mahu menimang anak serta melihatnya membesar di depan mata. 

Mac 14, 2012

Gambar Persandingan Datuk Abdul Malek Noor Dan Isteri Datin Dr Wan Asma

“This is my first and last marriage (ini perkahwinan pertama dan terakhir buat saya),” kata bekas jaguh bina badan negara, Datuk Abdul Malek Noor, 56, yang selamat diijabkabulkan dengan Pakar Runding Kanak-kanak, Dr Wan Asma Wan Ismail, 52, dalam majlis akad nikah di Kelantan Trade Centre (KTC) pada 12 Mac 2012. 


Mac 09, 2012

Perkahwinan Fasha Sandha Dan Jejai Tanpa Tajaan

Wow.....!!!!!! memang menakjubkan dan satu perkahwinan yang hanya menggunakan diri sendiri walaupun diraikan dengan penuh dengan persiapan yang rapi. Bakal Suami akan menanggung hampir semua persiapan dan benda yang perlu dipakai atau laksanakan pada hari bahagia mereka.


JIka sebelum ini anda sering kali mendengar artis yang berkahwin akan menerima sebarang tajaan bagi mengurangkan kos perkahwinan tetapi bagi pasangan ini mereka melakukan sebaliknya.


Biarlah Fasha yang jawap mengenai cerita ini dan marilah kita sama-sama baca jawapan Fasha Sandha mengenai perkahwinannya ini:


PETALING JAYA: Pelakon terkenal, Fasha Sandha mengambil pendekatan untuk tidak terhutang budi dengan mana-mana pihak apabila enggan menerima sebarang tajaan bagi majlis perkahwinannya dengan Toh Muda Rizal Ashram Ramli yang dirancang pada bulan depan.

Februari 26, 2012

Update : 15 Gambar Pernikahan Majlis Pernikahan Ana Raffali Dan Aznaim

Inilah wajah ceria seorang gadis yang bakal menjadi isteri seseorang (Naim), senyuman Ana mencerminkan bertapa bahagianya beliau dikala meniti hari yang penuh bersejarah dalam hidup beliau. Mungkin ramai diantara anda hanya melihat sedikit gambar Ana berkahwin. Di heningan subuh ini ZOOM ingin berkongsi 15 gambar yang CLEAR untuk tatapan anda hari ini.

Lagi 15 Gambar Perkahwinan Ana di Bawah :

Januari 02, 2012

Gambar Perkahwinan Sherry Dan Ash Vokalis Kumpulan Gabba Gabba


Setelah 6 bulan menjalinkan cinta bersama, pasangan ini mengambil keputusan untuk membina mahligai indah yang mereka bina bersama. Akhirnya Ash atau nama sebenar Tengku Shafiz-Rullah Tengku Mohd Shahid akhirnya disatukan di Masjid Madrasah Islahiyah Addniyah, Taman Ibukota Kuala Lumpur.


Dan berikut beberapa gambar untuk tatapan anda :

Disember 12, 2011

Artis Indonesia : Gambar Pernikahan Dewi Sandra Kali Kedua Dengan Agus Rahman


Setelah gagal pada perkahwinan pertama artis dari seberang bernama Dewi Sandra telah selamat dinikahkan dengan jejaka bertuah bernama Agus Rahman pada 11 Disember 2011 di Jalan Durian No26,Jagakarsa, Jakarta Selatan.

Namun majlis perkahwinan sederhana hanya dihadiri 300 tetamu, malahan tidak dihebahkan kerana beliau hanya ingin menyempurnakan majlis tersebut. Menurut beliau perkahwinan tidak digembar gemburkan kerana tidak ingin ada cerita atau gossip diluar sana.

Pernikahan Dewi Sandra mengunakan konsep atau adat Betawi Modern, dan umumnya sudah mengetahui Dewi Sandra berkahwin atas persetujuan keluarga.

Semoga perkahwinan yang dibina akan kekal hingga ke akhir hayat.

Dan berikut beberapa gambar perkahwinan artis daripada seberang ini :

Disember 05, 2011

Gambar Sebenar Suami Nursyella



Panas memang panas sehinggakan isu perkahwinan artis ini melibatkan abang kepada Dato Jalaluddin Hassan yakni bekas ketua polis Negara, Musa Hassan turut menjadi mangsa penabur fitnah diluar sana. Isu perkahwinan Nursyella turut menjadi Top 10 carian di blog ZoOM.
Namun semuanya terjawap dengan adanya gambar yang sebelum ini kabur dan menjadikan perkahwinan tersebut menjadi konterversi kerana wajah dan rambut seiras bekas KPN.
Tidak terlepas pandang, penulis blog pembangkang turut menjadikan ia isu panas walaupun kesahihan belum dapat dipastikan. Perkahwinan yang menurut info menelan belanja Rm15 Juta menjadi sensai sepanas konterversi yang top di Malaysia.
Gambar di atas sudah memadai untuk menengelamkan kepanasan perkahwinan mengalahkan Memey Dan Norman kerana perbelanjaan yang sangat-sangat Tut...*** (Sorry faham2 sendiri le yerr)

November 23, 2011

Gambar Perkahwinan Syella Kamaruddin Dan Suami Beliau

Setelah beberapa hari mencari dan meronda-ronda dilaman blog gossip dan hiburan baru hari ini ZoOm terjumpa gambar perkahwinan Syella dan suami beliau, namun kerana ingin menjaga privacy tuan punya sumber ABANG NARA terpaksa blur. Namun kalau ikutkan sumber sebenar daripada orang lain, nak buat macam mana dah ada trademark.

Nak dipanjangkan cerita, gadis bernama Syella ini menjadi perhatian malahan menjadi TOP 10 dalam search engine di Malaysia dek kerana perkahwinan beliau yang melibatkan RM15 juta tanpa ditaja oleh mana-mana pihak. Disamping itu juga gambar perkahwinan yang menggunakan pakaian yang tidak sepatutnya turut dikomen oleh ramai peminat seni dan masyarakat diluar sana. ZoOm bukan nak mengata tapi sebagai umatnya kita kena peka dan tahu hujung pangkalnya sebelum melakukan sesuatu.

November 20, 2011

Gambar Perkahwinan Shera dan Zahiril Adzim

Alhamdulillah pasangan ini telah selamat dinikahkan dan sah menjadi suami isteri  di rumah penggantin perempuan di Ipoh, Perak. Dengan hanya sekali lafaz pasangan ini berjaya menunaikan tanggungjawap sebagai umatnya seperti yang diamanatkan kepada kita semua.

Majlis persandingan akan berlangsung di Kinding Hills Grand Ballroom, Ipoh dalam masa waktu terdekat. Dan untuk makluman anda sebelum ini pasangan ini telah bertunang pada 1 Mei 2011.

Dan berikut beberapa gambar yang ZoOM jumpa di Internet untuk kita kongsi bersama

November 12, 2011

Koleksi Gambar Perkahwinan Dira Abu Zahar Pengacara Melodi Dan Helmi


Setelah sekian lama keseorangan akhirnya pengacara program hiburan Melodi di TV3 ini (Zira) akhirnya menamatkan zaman bujangnya pada 11.11.11 semalam. Dalam ramai-ramai pasangan yang berkahwin pasangan ini menjadi perhatian kerana beliau menjadi perhatian dan artis yang sedang meningkat naik.

Majlis berlangsung di Kampung Dira di Merlimau, Melaka semalam (Hari Jumaat) petang, dan wang hantaran juga mempunyai angka yang mudah di ingati yakni RM17,17,17.71 (Maksud belum diketahui), dan mas kahwin beliau RM 7777,77.

Dan menurut info majlis akan berlangsung pada 13 November 2011 di Lanai@Matic, Jalan Ampang KL.


Semoga pasangan ini kekal hingga ke akhir hayat.

Dan Lagi gambar perkahwinan beliau di bawah :

Oktober 14, 2011

Gambar Perkahwinan Shazlin Shariff Bekas Isteri Radhi OAG

Alhamdulillah..itulah perkataan yang sesuai keluar daripada mulut umatnya, semoga dengan doa anda pasangan ini akan kekal sehingga ke akhir hayat. Walaupun kisah hitam bekas isteri Radhi ini pernah mengemparkan dunia hiburan dan peminat Radhi, namun ia tidak menghalang beliau daripada menunaikan tanggungjawap sebagai isteri dan ibu.


Semoga pasangan ini akan kekal hingga akhir hayat.

Oktober 02, 2011

Gambar Perkahwinan Nabil Dan Nazira

Sorry Wahai Pembaca di ZoOMartis, ZoOm baru berkesempatan nak berkongsi dengan anda gambar perkahwinan Nabil Raja Lawak ni.

Mungkin ada diantara anda yang belum melihat wajah Raja Sehari daripada Nogori ni, dan kalau rajin Click je gambar di bawah :



Julai 20, 2011

Gambar Perkahwinan Zul Handy Black Dengan Isteri Baru


Mungkin belum terlambat jika ZoOM share gambar ini dengan pembaca di ZoOMartis dan Facebook, gambar perkahwinan Zul Handy Black baru-baru ini ZoOM jumpa di laman blog Murasaki. Daripada pancaran wajah pasangan pengantin jelas menunjukkan bertapa bahagianya mereka disaat melangsungkan perkahwinan yang sudah pasti menjadi idaman setiap pasangan diluar sana.

Jika sebelum ini perkahwinan Zul hanya sampai ditengah jalan, beliau kembali menemui seorang lagi buah hati dan peneman hidup beliau dalam menempuh hari-hari yang akan bakal ditempuh bersama.

Dengan bertemakan warna putih, menyerikan lagi majlis tersebut..

Penulis Lirik Azlan Abu Hassan Berkahwin

 Tahniah ZoOM ucapkan kerana berjaya menunaikan tanggungjawap yang diamanahkan kepada kita sebagai umatnya. Menurut info yang diterima adik kepada abang Adnan Abu Hassan ini telah melangsungkan perkahwinan baru-baru ini.
 
Azlan, Adnan bersama  keluarga meraikan hari bahagia yang baru dibina.

ZoOM : APa Komen anda ?
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Julai 19, 2011

Perkahwinan Yasmin Hani Dengan Shahrin Bekas Suami Ida Nerina Oktober 2011


Seorang lagi artis yang akan berkahwin pada Oktober 2011, Yasmin Hani akan berkahwin bekas suami Ida Nerina yakni Shahrin Blackrose. Jika sebelum ini beliau selalu mengeluarkan perkataan "No Komen" hari ini cerita mengenai perkahwinan mereka yang akan mengakhiri Zaman Bujang Yasmin Hani.

Majlis perkahwinan akan dilangsungkan di Duchess Place, Jalan Ampang, tetapi menurut Yasmin Hani majlis tersebut hanya adakan secara kecil-kecilan dan untuk keluarga terdekat sahaja.

Dan berikut jawapan Yasmin Hani apabila ditanya oleh wartawan mengenai perkahwinannya dan tanggapan beliau mengenai bakal suaminya (Shahrin BlackRose)

Gambar Ida Nerina Bersama Shahrin (Sumber Sebelum @ Selepas *%*@)


ZoOM : Semoga Hari Bahagia itu akan tiba..Apa KOmen anda ?

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Julai 16, 2011

Gambar Perkahwinan Farah AF2 Dan Suami Johari Johan

Sama cantik dan sepadan, bagaikan pinang dibelah dua, pepatah yang boleh di gambarkan kepada pasangan ini yang menjadi perhatian masyarakat terutamanya dilaman blog kerana penuh dengan kesenian. Sudah pasti ia tidak akan dapat dilupakan sampai bila-bila oleh pasangan ini.

Majlis pernikahan pasangan mempelai ini telah diadakan di atas kapal Cruise Tasik, Putrajaya. Memang lain daripada yang lain. Farah menerima wang hantaran sebanyak RM25,185 dan mas kahwin RM2,500.

Dan berikut gambar yang ZOOm jumpa daripada laman blog OHBULAN, Credit to OHBULAN.