Memaparkan catatan dengan label Ana Raffali. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ana Raffali. Papar semua catatan

Februari 26, 2012

Update : 15 Gambar Pernikahan Majlis Pernikahan Ana Raffali Dan Aznaim

Inilah wajah ceria seorang gadis yang bakal menjadi isteri seseorang (Naim), senyuman Ana mencerminkan bertapa bahagianya beliau dikala meniti hari yang penuh bersejarah dalam hidup beliau. Mungkin ramai diantara anda hanya melihat sedikit gambar Ana berkahwin. Di heningan subuh ini ZOOM ingin berkongsi 15 gambar yang CLEAR untuk tatapan anda hari ini.

Lagi 15 Gambar Perkahwinan Ana di Bawah :

Februari 25, 2012

Gambar Kahwin Ana Raffali dan Naim



Alhamdulillah selesai sudah majlis pernikahan Ana Raffali dan suami Ahmad Aznaim Abdullah, Majlis pernikahan yang diadakan di Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati pada pukul 12 tengah hari tadi berlangsung dengan penuh bermakna bagi pasangan ini.

Pengantin perempuan menerima RM11,412 sebagai mas kahwin dan wang hantaran daripada pihak lelaki.

Dalam pada itu, pihak perempuan menerima tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang.

Antara barang hantaran yang diberikan oleh pihak perempuan kepada lelaki adalah seperti bunga rampai, buah, kek, dompet, kamera, iPad, jam tangan dan minyak wangi, sebentuk cincin dan sirih junjung.

Februari 24, 2012

Majlis Pernikahan Ana Raffali Dan Ahmad Aznaim

Majlis pernikahan Ana atau nama penuh Ana Raffali dan Naim atau Ahmad Aznaim esok 25 Februari 2012 di Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati, hulu Klang.

Dan majlis persandingan dilangsungkan pada hari yang sama, kerana menurut Ana majlis perkahwinan beliau hanya dilakukan secara sederhana dan hanya menjemput 1000 orang tetamu.

Sebelum melangsungkan perkahwinan sudah tentu tanggungjawap suami membimbing isteri, terutamanya jika Ana terlibat dengan bidang seni. Berikut jawapan bakal suami Ana apabila ditanya oleh wartawan mengenai bakal isterinya (Ana)
Naim pula yang sentiasa menemani Ana, menyatakan dia sentiasa menyokong perjalanan seni bakal isterinya itu. Berusaha menjalankan tanggungjawab suami sebaik mungkin, dia juga berharap peminat terus menyokong karier seni Ana.

“Saya tidak berniat untuk menghalang Ana daripada terus menyanyi. Saya tetap menghormati kerjaya seninya dan sentiasa menyokong apa yang dilakukannya untuk

Februari 08, 2012

Ana Raffali Berhijrah Sempena Maulidur Rasul | Ana Raffali Bertudung

Alhamdulillah akhirnya Ana Raffali telah berhijrah dengan memakai tudung dalam penampilan terbaru sempena Maulidur Rasul. Inilah gambar yang sempat ZOoM jumpa dalam internet untuk tatapan anda di ZoOMartis.






Apa kata anda mengenai gambar ini..nampak cantikkan Ana memakai tudung, apatah lagi tarikh perkahwinan beliau bakal tiba dengan imej sedemikian akan menyerikan lagi penampilan beliau.
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Januari 22, 2011

Jawapan Ana Raffali Dengan Gossip Kurang Ajar !!

Kesian ZoOm tengok Ana sebab baru je ingin mengembangkan bakatnya ada saja orang diluar sana yang sengaja mengambil kesempatan untuk menjatuhkan beliau. Kalau sebelum ini ZoOm ada berkongsi dengan anda mengenai seorang wartawan yang mensensaikan cerita Ana lambat dan kurang ajar kini empunya diri tampil menjawap gossip liar tersebut.


Ikuti luahan anak muda dan juara AJL25 ini mengenai komen si wartawan :



“Saya kecewa apabila cerita tersebut telah ditokok tambah untuk memberikan gambaran seolah-olah saya tidak bekerjasama dan bersikap kurang ajar.
“Sebenarnya lain yang berlaku, lain yang diceritakan, lain pula yang telah disampaikan sehingga orang menganggap saya benar-benar bermasalah,” katanya.
Justeru perkara tersebut turut menyebabkan timbul rasa kurang senang beberapa pihak terhadapnya.
“Memang saya terlambat, tapi tidaklah sampai satu jam atau beberapa jam seperti yang telah digembar-gemburkan. Saya juga tidaklah kurang ajar sehingga langsung tidak memohon maaf atas kelewatan itu," katanya.

Januari 19, 2011

Ana Raffali Dah Ada Kekasih !!

Maklum saja lah saham Ana Raffali tengah naik macam-macam cerita akan keluar samada di TV,akhbar ataupun laman blog di Malaysia Khasnya.
Dan yang terbaru wartawan telah menemuramah Abang Ana untuk mengorek rahsia dan berikut jawapan si abang mengenai adiknya.
“Saya tahu dia sedang berkawan dengan seseorang. Sebagai abang saya tidak kisah asalkan dia pandai jaga diri dan tidak leka," katanya kepada mStar Online ketika sama-sama menyertai Program Santai@Langkawi anjuran majalah pelancongan, Santai, di sini, baru-baru ini.
Dan ini pula jawapan Ana mengenai gossip dia sudah ada kekasih :
"Sehingga kini kami masih berkawan dan dalam proses mengenali hati budi masing-masing. Dia faham kerjaya saya," katanya.
Sambil berseloroh Ana berkata, tidak salah mereka berkawan tetapi asalkan “jangan pegang-pegang”, merujuk kepada lagu popular duetnya dengan Sohaimi Meor, iaitu lagu Kalau Berpacaran.

Januari 16, 2011

Al-Fatihah Untuk Nenek Ana Raffali

Semoga arwah nenek Ana Raffali  berada dikalangan orang-orang yang beriman dan dipermudahkan.Insyallah

AL-FATIHAH

Januari 10, 2011

Azmeer Tidak Setuju M.Nasir Pilih Ana Raffali

Baru Sehari AJL25 melabuhkan tirai dan baru sehari Ana Raffali ditabalkan sebagai JUARA namun ada kisah yang disensasikan oleh ramai orang diluar sana terutamanya mempertikaikan status si gadis berbaju kurung.


Komposer Azmeer tidak bersetuju dengan pilihan Sifu M.Nasir kerana memilih Ana Rafali selaku juara namun beliau memilih seseorang peserta yang hanya diketahui oleh Azmeer. Berikut "Statement" Azmeer mengenai AJl 25.



“Secara jujurnya saya tidak bersetuju dengan kemenangan itu. Siapakah artis yang saya rasa layak menjadi pemenang biarlah saya rahsiakan dulu buat sementara waktu,” 


Manakala Abang Amy Search pula mengharapkan Yuna yang menjadi Juara

Ana Raffali Lirik Tolong Ingatkan Aku

Tolong Ingatkan Aku Ana Raffali Lirik
Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi
Tolong ingatkan aku
kisah kau tersedar
dengan saku penyeluk masa
Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa ditebus hari
Tolong ingatkan aku
kisah kau tersedar
dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
setiap detik jantungku berdetak
setiap nota jiwaku berlagu-lagu
Bila marah merasuk minda
kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa
Tolong ingatkan aku
kisah ku tersedar
dengan kasih memeluk rasa
Ku teringatkanmu
setiap detik jantungku berdetak

Januari 09, 2011

Keputusan AJL25 2011 !!


Keputusan Juara AJL

Juara Ana Raffali 
Naib Juara ( MUH & Black )
Tempat Ke-tiga ( Noktah Cinta ) Ajai




Persembahan Terbaik 


Faizal Tahir ( Hanyut )



Jun 09, 2010

Ana Raffali Buat Album Untuk Bantu Keluarga

Bukan mudah untuk Ana Raffali mengecap kejayaan seperti sekarang. Dia bertuah apabila bertemu komposer terkenal, Aidit Alfian yang ‘menyelamatkannya’ daripada membuat persembahan secara percuma. "Saya rasa sebak bila Aidit beritahu tentang sejarah pembikinan album saya. Biar apa pun dugaan yang saya tempuhi, saya membuat sesuatu yang saya suka dan sentiasa ingat apa yang saya impikan.
“Segala-galanya kerana saya nak raih pendapatan untuk menolong ibu bapa. Saya ada perjuangan tersendiri.
“Selain itu, saya juga mahu masyarakat hargai lagu-lagu kita selain menempa nama dalam industri ini,” kata anak kesembilan daripada 11 beradik itu di majlis pelancaran album tersebut di Felda Villa, semalam.
Dalam pada itu, Aidit berkata dia mengenali Ana sejak November 2007. Pada Mac 2008, dia dan Ana mula membuat persembahan secara akustik di universiti Ana.
“Saya cuba membantunya apa yang perlu. Dari situ dia belajar tentang perbincangan. Dia sudah merasa pengalaman mendapat bayaran show dan ada yang tiada bayaran.
“Sekali dua mungkin okey tapi kita semua cari makan dengan muzik. Jadi, kita kena fikirkan caranya,” ceritanya.
Kini, Ana sudah mampu berdiri sendiri dengan menubuhkan syarikat penerbitannya iaitu Ana Raffali Muzik Enterprise.
Zoom: Alhamdulillah berkat usaha Ana Raffali selama ini beliau dapat membantu keluarga, walaupun masih baru dalam dunia hiburan beliau tanpa menoleh ke belakang terus memperjuangkan seni yang ada pada beliau.Semoga Artis bernama Ana Raffali akan berjaya mengecapi cita-cita beliau dalam dunia hiburan.

Mei 21, 2010

Gambar Ana Raffali Tanpa Baju Kurung !!

Kalau sebelum ini kita selalu melihat gambar Ana Raffali ni berbaju kurung tetapi baru-baru ini beliau mengikuti program bersama RTM memakai pakaian casual.Bagaimanapun apabila Ana muncul berbaju kasual, ramai yang tertanya-tanya pendirian Ana.


Bagi Zoom, Ana tak salah sebab untuk menyesuaikan acara dan pendirian tidak sama, takkan lah nak naik unta atau kereta "Go Kart" tu kena pakai baju kurung...Iskkk Iskk korang ni  pantang silap sikit je dah nak komen.


Apa pun kat bawah ni Zoom Upload Gambar Ana Yang Comel ni berbaju Kasual..!! Comel Tak ??






Januari 07, 2010

(Cerita Artis) Ana Raffali Yang Gemar Penampilan Baju Melayu


Ini mengenai kisah seorang anak gadis yang baru berkecimpung dalam industri muzik tanah air, dengan ikon dan trend dia yang tersendiri sedikit sebanyak mengajar sesetengah artis yang terus lupa akan adat resam mereka sebagai anak Melayu.

Ana Nurhidayah Mohd Raffali atau Ana Raffali, 24, merupakan seorang pendatang baru dalam dunia seni tanah air yang berkeupayaan untuk menyanyi, mengubah dan menulis lirik dalam waktu yang sama. Ana yang memperjuangkan diri dalam jalur muzik indie mengaku cukup selesa dengan penampilan baju kurung atau kebaya semasa menjayakan persembahan mahupun sesi fotografi dan konsert.



Baca Selanjutnya

Secara kebetulan Ana giat bermain gitar semasa menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam dan mengadakan persembahan untuk majlis-majlis tertentu di sana sambil memakai baju kurung atau kebaya.


Zoom: Apa kata anda di Zoomartis?

Disember 06, 2009

(Cerita Artis)Ana anggap ABP platform untuk lebih dikenali



Ana Raffali merupakan pendatang baru yang tersenarai dalam pencalonan awal Anugerah Bintang Popular berasa teruja dan terkejut dengan penghargaan tersebut. Kemeriahan dan debaran Anugerah Bintang Popular 2009 kebiasaannya lebih dirasai oleh sebahagian artis muda terutama yang baru pertama kali dicalonkan dalam anugerah terbabit. Rata-rata calon baru yang ditemui berasakan, ibarat medan terbaik untuk mereka meneruskan langkah lebih cemerlang dalam industri hiburan tempatan.



Baca Selanjutnya


"Semasa diberitahu tentang pencalonan ini, saya berasa terkejut dan gembira. Ini merupakan satu platform untuk lebih dikenali di dalam industri ini. Saya masih begitu baru dalam bidang ini dan tentunya calon yang bakal bersaing dalam kategori artis baru bersama saya adalah hebat-hebat. Dicalonkan pada peringkat awal ini sudah cukup membanggakan,"
ujarnya yang sedang mempromosikan single terbarunya 'Hujan Bunga Di Kuala Lumpur'.

Ana yang baru menamatkan pengajiannya di Universiti Teknologi Mara (UiTM) tekad menumpukan perhatian sepenuhnya dalam kerjaya seni kerana minat yang mendalam dalam menulis lagu dan menyanyi.