Ini mengenai kisah seorang anak gadis yang baru berkecimpung dalam industri muzik tanah air, dengan ikon dan trend dia yang tersendiri sedikit sebanyak mengajar sesetengah artis yang terus lupa akan adat resam mereka sebagai anak Melayu.
Ana Nurhidayah Mohd Raffali atau Ana Raffali, 24, merupakan seorang pendatang baru dalam dunia seni tanah air yang berkeupayaan untuk menyanyi, mengubah dan menulis lirik dalam waktu yang sama. Ana yang memperjuangkan diri dalam jalur muzik indie mengaku cukup selesa dengan penampilan baju kurung atau kebaya semasa menjayakan persembahan mahupun sesi fotografi dan konsert.
Baca Selanjutnya
Secara kebetulan Ana giat bermain gitar semasa menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam dan mengadakan persembahan untuk majlis-majlis tertentu di sana sambil memakai baju kurung atau kebaya.
Zoom: Apa kata anda di Zoomartis?