Baca Selanjutnya
Mungkin disebabkan perwatakan sopan dan mempunyai raut wajah lembut membuatkan Akim terus dilabel sebagai bernafsu songsang.
"Saya tahu di luar sana ramai yang cakap saya gay, saya tak kisah, asal keluarga saya tahu siapa Akim yang sebenarnya.ujar Akim yang bakal beraksi di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) pada 10 Januari ini.
"Saya tak kisah berkawan dengan sesiapa dan saya mengaku ada kawan daripada golongan gay dan lesbian. Tapi itu tidak bermaksud saya gay.
"Saya tak pernah tepis golongan begitu yang mahu berkawan dengan saya kerana mereka juga ada perasaan,"
Akim mengakui bahawa dia sering diganggu melalui telefon atau khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada golongan ini terutamanya pada waktu malam.
Selain itu juga gangguan daripada peminat fanatik memberi tekanan kepadanya apabila turut melibatkan keluarganya di Johor.
"Saya memang ada peminat yang betul-betul fanatik dan saya suka mereka kerana mereka semua menghargai saya sebagai penyanyi.ujar Akim yang kini turut terlibat dengan Album Era Rentak Hits Terkini bersama rakan Akademi Fantasia lain.
"Tapi saya marah kalau mereka ganggu keluarga saya. Saya tak kisah mereka kacau saya tapi tolonglah jangan ganggu ibu bapa saya,"
Zoom: Semoga Akim dan keluarga sabar menghadapi tomahan anasir-anasir di luar sana...Apa kata anda mengenai tuduhan GAY terhadap Akim ini !!?