Januari 10, 2011

Azmeer Tidak Setuju M.Nasir Pilih Ana Raffali

Baru Sehari AJL25 melabuhkan tirai dan baru sehari Ana Raffali ditabalkan sebagai JUARA namun ada kisah yang disensasikan oleh ramai orang diluar sana terutamanya mempertikaikan status si gadis berbaju kurung.


Komposer Azmeer tidak bersetuju dengan pilihan Sifu M.Nasir kerana memilih Ana Rafali selaku juara namun beliau memilih seseorang peserta yang hanya diketahui oleh Azmeer. Berikut "Statement" Azmeer mengenai AJl 25.



“Secara jujurnya saya tidak bersetuju dengan kemenangan itu. Siapakah artis yang saya rasa layak menjadi pemenang biarlah saya rahsiakan dulu buat sementara waktu,” 


Manakala Abang Amy Search pula mengharapkan Yuna yang menjadi Juara




Sementara itu M.Nasir pula berkata lagu nyanyian Ana Raffali itu bersifat sensitif, peribadi dan jujur.



“Lagu itu mempunyai rasa. Itu yang penting dan yang kita cari sebenarnya. Sama ada betul atau salah, keputusan itu dibuat dengan penuh kesedaran, penuh pengetahuan muzik, cita rasa dan pembaharuan.


“Lagu ini dikategorikan sebagai lagu terbaik tetapi mungkin penonton rasa lagu ini tidak ‘besar’. Saya melihat kepada kekuatan lirik dan lagunya. Ada kebanyakan lagu yang lemah pada lirik atau lagu dan kedua-duanya,” kata M. Nasir pada sidang media selepas acara itu di Stadium Putra, Bukit Jalil di sini, malam Ahad lalu.



“Saya suka pesona melodi dan kejujuran lagu ini berbanding lagu lain. Lirik lagu Tolong Ingatkan Aku lain dari yang lain dan bagus.
“Sebagai ketua juri, saya memilih lagu dan lirik yang bagus dan bukan yang popular,” ujarnya lagi.


ZoOm : Apa Kata Anda Adakah anda setuju dengan Komposer M.Nasir....Azmeer..Amy ?