Maklum saja lah saham Ana Raffali tengah naik macam-macam cerita akan keluar samada di TV,akhbar ataupun laman blog di Malaysia Khasnya.
Dan yang terbaru wartawan telah menemuramah Abang Ana untuk mengorek rahsia dan berikut jawapan si abang mengenai adiknya.
“Saya tahu dia sedang berkawan dengan seseorang. Sebagai abang saya tidak kisah asalkan dia pandai jaga diri dan tidak leka," katanya kepada mStar Online ketika sama-sama menyertai Program Santai@Langkawi anjuran majalah pelancongan, Santai, di sini, baru-baru ini.
Dan ini pula jawapan Ana mengenai gossip dia sudah ada kekasih :
"Sehingga kini kami masih berkawan dan dalam proses mengenali hati budi masing-masing. Dia faham kerjaya saya," katanya.
Sambil berseloroh Ana berkata, tidak salah mereka berkawan tetapi asalkan “jangan pegang-pegang”, merujuk kepada lagu popular duetnya dengan Sohaimi Meor, iaitu lagu Kalau Berpacaran.Video Youtube Ana Raffali :
Lirik Lagu Kalau Berpacaran:
Sohaimi Mior Hassan
Kalau berpacaran
Memang banyak pantang larang
Menjaga susila
Ibu bapa adik abang
Apabila berdua
Carilah tempat yang terang
Agar tidak pula
Mencuba aksi terlarang
Korus
Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang
Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman
Ana Raffali
Kalau berpacaran
Jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mama
Hantarkan rombongan
Meminang dengan segera
Kalau terlambat kasihmu disambar buaya
Ulang korus
Altimet
Yeah
Kita sambung cerita
Kalau kamu berdua
Aku yang ketiga
Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa
Berani buat terima padah
Kalau tak sedia
Ucap syahadah
Ulang korus 2x