Memaparkan catatan dengan label artis kahwin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label artis kahwin. Papar semua catatan

Mac 22, 2012

Taiyuddin Dan Kekasih Nak Kahwin Tahun Ini Kerana Duit Dah Cukup

Alhamdulillah duit dah cukup untuk mendirikan mahligai indah yang sudah lama di impikan oleh Taiyuddin atau nama sebenar Sallehuddin Abu Bakar. Setelah 10 tahun berkecimpung dalam dunia hiburan, barulah Taiyu dapat menarik nafas lega.


Jika sebelum ini bagaikan kais pagi makan pagi tawaran yang diterima sebelum tampil dengan imej tersendiri dalam filem Hantu Bonceng. Dan jika anda melihat gelagat Taiyu dalam beberapa drama dan filem baru-baru ini     
"Trademark" dan gaya tersendiri seringkali menjadi bualan masyaraatkat.


Dan berikut beberapa ayat yang keluar daripada mulut dan hati Taiyu mengenai cerita beliau akan melangsungkan perkahwinan tahun ini.

"Alhamdulillah, jika sebelum ini saya selalu termenung kerana tidak ada tawaran lakonan, sekarang ini saya termenung lagi, bilalah saya dapat berehat. 
"Kerana rezeki yang diperoleh juga, saya bercadang untuk berkahwin pada tahun ini. Usia saya semakin meningkat dan saya mahu menimang anak serta melihatnya membesar di depan mata. 

Julai 19, 2011

Perkahwinan Yasmin Hani Dengan Shahrin Bekas Suami Ida Nerina Oktober 2011


Seorang lagi artis yang akan berkahwin pada Oktober 2011, Yasmin Hani akan berkahwin bekas suami Ida Nerina yakni Shahrin Blackrose. Jika sebelum ini beliau selalu mengeluarkan perkataan "No Komen" hari ini cerita mengenai perkahwinan mereka yang akan mengakhiri Zaman Bujang Yasmin Hani.

Majlis perkahwinan akan dilangsungkan di Duchess Place, Jalan Ampang, tetapi menurut Yasmin Hani majlis tersebut hanya adakan secara kecil-kecilan dan untuk keluarga terdekat sahaja.

Dan berikut jawapan Yasmin Hani apabila ditanya oleh wartawan mengenai perkahwinannya dan tanggapan beliau mengenai bakal suaminya (Shahrin BlackRose)

Gambar Ida Nerina Bersama Shahrin (Sumber Sebelum @ Selepas *%*@)


ZoOM : Semoga Hari Bahagia itu akan tiba..Apa KOmen anda ?

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Julai 02, 2011

Gambar Perkahwinan Tomok Dengan Rahayu

Alhamdulillah Semoga dimurahkan rezeki dan kekal sehingga ke akhir hayat.
Berikut gambar yang sempat ZoOM jumpa untuk tatapan anda di ZoOMartis & Facebook



Januari 16, 2011

Artis Indonesia : Gambar Perkahwinan Irwansyah dan Zaskia Sungkar

Inilah gambar perkahwinan artis Indonesia yang menjadi pujaan jutaan wanita disana, Zaskia adalah gadis yang bertuah kerana berjaya mencuit dan menambat hati Irwansyah.
Lagi gambar perkahwinan Irwansyah dan Zaskia dibawah :


Januari 15, 2011

Gambar Perkahwinan Rebecca Nur Islam Dan Peguam Nor Azam Sulaiman

Inilah gambar pengantin baru artis kita yang bernama Rebecca Nur Islam yang mengakhiri zaman bujangnya bersama pilihannya seorang peguam bernama Nor Azam semalam di kediaman mereka di Ukay Perdana



Pasangan pengantin tiba pada pukul 9 malam bersama 13 dulang hantaran bagi pihak lelaki dan 15 dulang dibalas oleh pihak perempuan.


Rabecca yang menjalinkan hubungan percintaan sejak tiga tahun lalu itu melangsungkan acara pertunangan setengah jam lebih awal sebelum diijabkabulkan.
Dia turut menerima mas kahwin RM333.33 manakala wang hantaran dirahsiakan.

Disember 04, 2010

Gambar Perkahwinan Pelawak Zaibo Dan Isteri Siti Hawa

Alhamdulillah, kahwin juga abang Zaibo kita ni...lepas ni adalah orang yang jaga makan minum beliau dikala berdua. Semoga pasangan ini bahagia hingga ke akhir hayat. Berikut berita yang ZoOm dapat dari akhbar kegemaran ZoOm iaitu Mstar



November 20, 2010

Gambar Perkahwinan Elyana Selepas Sah Menjadi Isteri Khairul Anuar

Alhamdulillah akhirnya Erneelya Elyana Emrizal, 23 atau Elyana sah menjadi isteri orang, beliau dinikahkan oleh ayah sendiri iaitu Emrizal Shamsuddin sambil disaksikan Imam Masjid Datuk Keramat, Azizan Othman pada pukul 9.40 malam, Jumaat.

September 25, 2010

Jimmy Shanley dan Nursuhaila Eliani Datuk Suhaimy Edar Kad Kahwin

Akhirnya hari bahagia pengacara popular Jimmy Shanley dan Nursuhaila Eliani Datuk Suhaimy datang jua, mereka akan disatukan pada 1 Oktober bulan depan di rumah pengantin perempuan di Sunway Rahman Putra Sg Buloh.

November 05, 2009

(Cerita Artis) Lan "Kristal" Nikah Disember ini !!!


Akhirnya kahwin juga mamat dari kristal ini, dulu masa budak-budak lain jer fesyen dan rambut dia.Dah besar makin bergaya juga mamat ni.Zoom berharap jika dah kahwin nanti potong la rambut tue. Sebagai umatnya sama-samalah kita berpesan-pesan..!!! apa pun Lan Kristal akan bernikah pada 5hb Disember, bersanding di rumah 6hb dan rumah lelaki 20hb Disember.



Baca Selanjutnya

Zoom pernah ternampak gambar kekasih atau bakal isteri Lan ni, nanti kalau sempat zoom uploadkan..!!! Memang comel bakal isteri Lan ini, siap bertudung pula..!! Apa KOmen anda !!?

Oktober 22, 2009

(Gambar) Perkahwinan Khalid Jamlus dan Zarina Zainal !!!!!


Gambar kat bawah ni adalah gambar perkahwinan antara Khalid Jamlus dan Zarina Zainal yang berlangsung pada 18 Oktober 2009. Kalau nak tau, Zarina Zainal ni adalah anak kepada arwah Dato’ Z. Majlis perkahwinan ni berlangsung di DZ Damai Abadi, Kampung Idaman. Rasanya tak keluar media sangat pasal perkahwinan dieorang ni. Apa-apa pun belum terlambat lagi nak ucap tahniah dan selamat pengantin baru kepada mereka.



Baca Selanjutnya

sama Cantik sama padan, bagai pinang di belah dua. SOrry sebab lambat upload untuk u pembaca di zoomartis.Gambar dah ada cuma hari ni busy renew Road Tax kereta..!!!! APa pun layan la gambar Khalid dan isteri kat bawah ni...!! KOmen Tau...






Oktober 19, 2009

(Gambar) Shasha bashir Yang Privacy !!!


Hebat juga minah ni kahwin erkk, zoom pun baru tau dia dah kahwin kat sini zoom upload beberapa file gambar kahwin artis ni..!!!Layanzzz komen la apa2 yang patut sebab nanti zoom komen lain pulak jadinyer..!! anyway Ada sape-sape tau umur husband shasha ni ?



Baca Selanjutnya







(Gambar) Pernikahan Sofea-Ismail Yang Privacy !!!


PERANGAI ‘gila-gila’ Sharifah Sofea memikat hati Syed Ismail sehingga mereka akhirnya memilih untuk mempunyai ikatan yang sah, semalam.

Dengan sekali lafaz, pelakon popular Sharifah Sofea Syed Hussein, 24, telah sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Syed Ismail Syed Ibrahim Al-Ali, 31, di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta tepat pukul 12.15 tengahari semalam.

Jika Ismail tertarik dengan keletah manja dan ‘gila-gila’nya, Sofea pula memilih suaminya kerana sifat yang sama dan menyenangi diri lelaki itu sendiri.




Baca Selanjutnya




“Saya suka sebab ‘he’s him’. Dia suka membuat saya ketawa dan perasaan suka dan sayang itu datang begitu sahaja tanpa saya sedar..,” kata anak kelahiran Liverpool, England ini.

Sementara itu, lelaki bergraduan bisnes dari sebuah universiti di Australia ini menambah dia menyenangi Sofea kerana wanita itu sempurna di matanya.

“Dia melengkapi hidup saya kerana dia suka membuat saya gembira dan seorang yang kelakar,” ujar Ismail pula.

Pasangan yang bercinta selama dua setengah tahun ini diijabkabulkan oleh bapa Sofea sendiri, Syed Hussein Syed Harun dengan mas kahwin sebanyak RM100 sambil disaksikan oleh Penolong Pendaftar Nikah Masjid, Ustaz Mohd. Nazarudi Nadzir.

Turut hadir adalah ibu Sofea, Maureen Hussein, ibu dan bapa Ismail, Sharifah Saidah Tun Syed Nasir dan Syed Ibrahim Al-Ali serta keluarga dan rakan yang rapat.

Pengantin perempuan menerima sembilan hantaran berupa wang hantaran berjumlah RM20,000, cincin, set beg tangan beserta beg duit Coach, telekung sembahyang dan sejadah, coklat, set persalinan wanita, al-Quran, set perhiasan mutiara dan sirih junjung.

Sementara pengantin lelaki pula menerima 11 hantaran berupa telefon bimbit Blackberry, kemeja Hugo Boss, al-Quran, komputer riba Dell, set dompet dan tali pinggang Hugo Boss, coklat, jam tangan, cincin dan sirih junjung.

Menurut Sofea, dia dan suami memilih untuk tidak bertunang sebaliknya memilih untuk terus bernikah selepas melalui proses merisik pada 26 Mac lalu.

Alasannya kerana tidak mahu membazir. Kesederhanaan majlis yang serba ringkas itu terpamer apabila majlis resepsi Sofea juga berlangsung di masjid itu tanpa upacara bersanding dan sekadar majlis nikah dan makan tengahari.

“Saya berasa sedih, gembira, masih ‘khayal in my way’. Saya rasa seperti nak nangis sekarang kerana sangat gembira dan perasaan bercampur baur.

“Perkahwinan kami berlangsung dengan cepat seperti yang dirancang sehingga saya tak rasa terlalu gementar.

“Memang inilah majlis kahwin yang saya nak,” luah anak ketiga daripada empat beradik ini yang manis memakai cincin nikah emas putih bertatah berlian dari Arab Saudi di jari kirinya.

Pertemuan dan jodoh Sofea bagaikan ‘secocok’ apabila dia yang merupakan anak perempuan bongsu dalam keluarganya itu disatukan dengan anak tunggal kacukan Melayu-Jordan itu.

Erti perkahwinan juga lebih bermakna buat Sofea dan dia menganggap ‘tiada ‘batasan’ antara satu sama lain dan tiada siapa yang boleh menghalang kami untuk melakukan apa yang kami ingini..’.

Selepas berkahwin, pelakon drama ‘Spa Q’ selama dua musim berturut-turut dan ‘Nur Kasih’ ini berkata dia akan meneruskan kerjayanya dalam bidang lakonan.

Ismail juga berkata dia tidak mempunyai apa-apa masalah dengan karier seni isterinya cuma Sofea perlu meminta kebenaran tentang tawaran lakonan daripadanya.

Mengenai bulan madu, Sofea yang cantik mengenakan baju kurung ala-ala ‘dress’ dan ‘veil’ berwarna putih rekaan Amir Luqman ini sambil tersenyum manja hanya menyerahkan hal itu kepada suaminya.

“Kami mempunyai dua pilihan lokasi bulan madu iaitu sama ada ke Kepulauan Maldives atau Colorado, Amerika pada bulan Februari tahun depan,” jawab suaminya yang turut berbaju Melayu warna yang sama sambil sesekali memandang Sofea.

Mereka berdua juga tidak merancang tentang anak sebaliknya menyerahkan hal itu kepada kuasa Allah untuk memberikan rezeki anak pada bila-bila masa sahaja.

Minggu hadapan, majlis resepsi di sebelah pengantin lelaki akan dilakukan di Hotel Concorde, Kuala Lumpur.

“Tidak ramai yang dijemput dalam majlis itu melainkan keluarga dan rakan terdekat. Majlis itu berlangsung dalam suasana ‘privasi’.

“Memanglah nampak seperti tak manis bila tak jemput semua termasuk pihak media tetapi sekurang-kurangnya kami jemput ke majlis nikah kami,” ujarnya yang akan tinggal bersama suaminya di Shah Alam.

Selepas selesai majlis perkahwinan mereka, Sofea akan sibuk dengan pengambaran sitkom ‘Simpang Tiga’ dan menantikan tayangan filem ‘Pisau Cukur’ lakonannya

Info: Mstar

Zoom Komen: Tahniah Zoom ucapkan untuk pasangan ini, semoga berkekalan hingga ke anak cucu dan ke akhir hayat. "Sweet" nyer si sofea ni berbaju penggantin, kalau sebelum ni zoom ada post gossip gambar sofea kat pusat tue. Memang nampak gadis melayu yang melambangkan keayuan dan kemesraan bersama suami yang tercinta.Apa KOmen anda !?

Ogos 08, 2009

(Gambar) Perkahwinan Norman Dan Isteri





PETALING JAYA: Setelah kira-kira dua tahun menjalinkanhubungan cinta, Norman Abdul Halim, 37, dan pilihan hatinya, ShireenMardziah Hashim, 44, selamat diijabkabulkan di Masjid Saidina UmarAl-Khattab, Bukit Damansara, malam tadi, hanya dengan sekali lafaz.
Majlis pernikahan penyanyi, pelakon dan juga merupakan Ketua PegawaiEksekutif Kumpulan KRU Studios dengan pasangannya yang bertugas sebagaiKetua Pegawai Eksekutif KRU International itu berlangsung di dalamsuasana sederhana dengan disaksikan oleh kira-kira 500 tetamu.
Antara yang hadir ialah ibubapa Norman, Abdul Halim Kamal dan ZarinaA W Fenner, adik-beradiknya; Yusry, Edry dan Halina serta ahli keluargaShireen, saudara-mara dan kenalan rapat kedua-dua belah pihak.

Tahniah Zoom Ucapkan Kepada Norman DAn Isteri..Semoga Berbahagia Hingga Ke Akhir Hayat..

Julai 15, 2009

(Gossip) Fasha Sandha Dah Kahwin?


Fasha Sandha sudah berani membawa buah hati’nya ke set pengambaran tanpa perlu berselindung dengan sesiapa lagi. Malah, buah hati’nya membeli’kan makanan untuk Fasha Sandha serta krew-krew penerbitan. Bagus’lah, ingat juga pada mereka yang bekerja.

Menurut sumber, si lelaki’nya meminta kebenaran daripada pihak pengarah untuk bertemu Fasha Sandha. Waktu hendak balik pula, Fasha Sandha siap cium tangan lelaki yang di’jadikan pujaan hatinya. Romantik Nyer Fasha Dengan "Husband" ( Belum Dapat dipastikan)

Zoom comment: Bagus Lah Fasha dah kahwin tak der la Gossip2 Panas Lagi kot..Kot Jer tapi rasa2 makin panas sebab berita perkahwinan Fasha belum dapat dipastikan dan dibuktikan oleh media.Itu Hanya Ura2 sahaja,Tapi Kalau betul la..Kenapalah nak rahsia kan Benda Elok..Gambar2 yang pelik2 nak jer hebohkan..Iskk Iskkk Tak tau la Zoom Nak Komen apa..Satu lagi saper Ke jejaka Yang bertuah itu? RIZAL ?
Apa PUn Zoom Mendoakan Kebahagian Fasha Dengan Suami Atau Bakal Suami tue..Amin...

Jun 29, 2009

(Gambar) Perkahwinan Catriona Ross dan Shaharuddin

Saksikan gambar-gambar perkahwinan Catriona Ross dan Shaharuddin yang bertempat di Kota Bharu, Kelantan. Korang Layan La dulu Gambar Perkahwinan Catriona nie dulu erkk, Nak cari gossip panas jap :)









PERASAAN gemuruh dan segan bercampur baur saat majlis pernikahan aktres Catriona Norhayati Ross Bahrin Ross, 29, dengan penerbit dan pengarah rancangan televisyen Astro, Shaharuddin Mokhtaruddin, 30, malam kelmarin.

Cerita Catriona atau Cat, saat dia dibawa ke luar sambil menutup muka dengan kain layah mengikut adab perkahwinan Inggeris, ramai mata yang tertumpu kepadanya sehingga membuahkan rasa segan.

Majlis nikah semalam berlangsung dengan begitu meriah. Kebetulan ibu saya meminta untuk saya memakai ‘veil’ seperti perkahwinan orang putih dulu-dulu.
Apabila saya turun, ramai yang bersorak kecil hingga saya malu nak bertentang mata dengan semua.

Ada yang memanggil saya untuk mengambil gambar, memberikan ucapan ‘good luck’ dan bergembira ketika saat itu,” kata Cat ketika menggambarkan suasana majlis pernikahannya.
Dengan sekali lafaz, Cat sah bergelar isteri Shaharuddin selepas dinikahkan oleh Imam Masjid Paya Rambai, Mohd. Alwi Mohd. Zain berwalikan bapa Cat, Bahrin Ross Abdullah di kediaman keluarganya di Kota Bharu, Kelantan.

Bila nikah kami dah sah, terus saya rasa terharu dan gembira kerana dah selamat jadi seorang isteri.
Saya juga bersyukur kerana kejadian yang tak diingini tidak berlaku dan keluarga kedua belak pihak turut sama gembira.

(Gambar) Perkahwinan Audi Mok dan Nikki


PETALING JAYA: Komposer terkenal Audi Mok Chuang Yew danbekas peserta Malaysian Idol, Nikki atau Nicolette Louisa Palikat sahbergelar suami isteri selepas melafazkan ikrar dalam satu upacaraperkahwinan di Gereja St. Francis Xavier di sini, petang tadi.

Hampir 500 orang menghadiri upacara akad nikah atau perkahwinantradisional Katolik yang sebenar-benarnya. Mereka terdiri daripadaahli-ahli keluarga, kawan rapat dan kawan-kawan daripada industrihiburan.
Suasana gereja umpama satu taman bunga apabila ia dihiasi ratusanros berwarna oren dan merah jambu dihias bersama lili casablanca. Dewanharum dengan bau bunga-bungaan.

Laluan bergerbang di tengah dewan bertaburan dengan kelopak-kelopakbunga ros. Majlis perkahwinan itu yang bertemakan warna "orangepeppermint" iaitu oren, hijau dan putih bermula tepat pukul 2.20 petang.

Apa Pun Korang Layan la gambar perkahwinan Nikki dan Audi Kat bawah ni k, Nak Survey2 Gossip Lain PUlak...Bab Fasha Tue Sure Meletop :P










Jun 24, 2009

(Gambar) Majlis Persandingan Pihak Lelaki, Adlin dan Emelda


Sebelum ini zoom pernah menyiarkan gambar perkahwinan adlin di pihak perempuan,HAri ini zoom upload gambar perkahwinan Adlin dan Emelda di Pihak perempuan yang bertemakan Pengantin Jawa pada 21 Jun 2009 lalu.Walaupun dilangsungkan di rumah Adlin Majlis berlangsung dengan penuh meriah seperti Pementasan Puteri Gunung Ledang.



Majlis ini juga meriah dengan kehadiran ramai artis seperjuangan Adlin dan Emelda,Malah pengunjung telah datang semenjak awal pagi lagi untuk menyaksikan persandingan Adlin Dan Emelda.

Tahniah Adlin Dan Emelda Walaupun tidak dilangsungkan di hoteldi Hotel,Majlis tetap meriah dan berseri.

Zoom COmment: Pandai Adlin Dan Emelda,Dengan keadaan kemerosotan ekonomi sekarang ini.mereka berdua bijak memilih dan merancang perkahwinan.Tahniah sekali lagie