Jun 29, 2009

(Gambar) Perkahwinan Catriona Ross dan Shaharuddin

Saksikan gambar-gambar perkahwinan Catriona Ross dan Shaharuddin yang bertempat di Kota Bharu, Kelantan. Korang Layan La dulu Gambar Perkahwinan Catriona nie dulu erkk, Nak cari gossip panas jap :)









PERASAAN gemuruh dan segan bercampur baur saat majlis pernikahan aktres Catriona Norhayati Ross Bahrin Ross, 29, dengan penerbit dan pengarah rancangan televisyen Astro, Shaharuddin Mokhtaruddin, 30, malam kelmarin.

Cerita Catriona atau Cat, saat dia dibawa ke luar sambil menutup muka dengan kain layah mengikut adab perkahwinan Inggeris, ramai mata yang tertumpu kepadanya sehingga membuahkan rasa segan.

Majlis nikah semalam berlangsung dengan begitu meriah. Kebetulan ibu saya meminta untuk saya memakai ‘veil’ seperti perkahwinan orang putih dulu-dulu.
Apabila saya turun, ramai yang bersorak kecil hingga saya malu nak bertentang mata dengan semua.

Ada yang memanggil saya untuk mengambil gambar, memberikan ucapan ‘good luck’ dan bergembira ketika saat itu,” kata Cat ketika menggambarkan suasana majlis pernikahannya.
Dengan sekali lafaz, Cat sah bergelar isteri Shaharuddin selepas dinikahkan oleh Imam Masjid Paya Rambai, Mohd. Alwi Mohd. Zain berwalikan bapa Cat, Bahrin Ross Abdullah di kediaman keluarganya di Kota Bharu, Kelantan.

Bila nikah kami dah sah, terus saya rasa terharu dan gembira kerana dah selamat jadi seorang isteri.
Saya juga bersyukur kerana kejadian yang tak diingini tidak berlaku dan keluarga kedua belak pihak turut sama gembira.