Memaparkan catatan dengan label Football. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Football. Papar semua catatan

Julai 27, 2012

Keputusan Bola Sepak Olimpik 2012 : Jepun 1 - Spanyol 0

LONDON: Pasukan bolasepak Jepun mencatat sejarah dalam temasya Olimpik apabila mereka menewaskan Sepanyol 1-0 dalam perlawanan pembukaan acara bolasepak yang baru sahaja selesai pada petang Khamis.

Keputusan ini juga merupakan kemenangan pertama Jepun ke atas Sepanyol pada mana-mana peringkat kejohanan bolasepak antarabangsa.

Secara keseluruhannya permainan pasukan Jepun lebih tersusun dan dari sudut taktikal jauh lebih superior berbanding Sepanyol.

Jika tidak kerana ketangkasan penjaga gol Sepanyol yang juga penjaga gol Manchester United, David de Gea, Jepun patut menang dengan kelebihan lima atau enam jaringan.

Julai 23, 2012

Adidas Predator Lethal Zones

ADIDAS secara rasminya telah melancar but bola terbaru,Predator Lethal Zones yang lebih moden dan sempurna untuk dipakai lebih-lebih di bahagian serangan.

Dengan tampil rekaan lebih saintifik di lima bahagian utama depan but membolehkan pemain-pemain membuat pengawalan, hantaran bola, menggelecek, first touch dan sweet spot (bahagian depan kiri) dengan lebih tepat dan laju.

Dengan lima titik yang direka khas ini sekali gus menjadikannya sebagai but sempurna bagi pengawalan bola.

Julai 04, 2012

Berita Kelayakan Myanmar Untuk Piala Asia U22 Bakal Dibatalkan !!!!

Nampaknya kelayakan Myanmar untuk Piala Asia (AFC) bawah 22 tahun bakal dibatalkan gara-gara menyenaraikan pemain yang telah melebihi had umur kelayakan AFC 22 tahun. Dipercayai terdapat tiga pemain Myanmar semalam berumur lebih dari 22 tahun.

Rujuk had umur kelayakan di sini: http://en.wikipedia.org/wiki/2013_AFC_U-22_Asian_Cup_qualification

Antara pemain myanmar yang dikatakan telah melebihi had umur adalah penjaring gol Myanmar pada malam itu iaitu Kaung Si Thu. Kaung di lahirkan pada 22 Januari 1987 dan bermaksud dia sebenarnya berumur 25 tahun (lebih umur had kelayakan)

Julai 01, 2012

Perlawanan Spain Vs Italy | Live Streaming Italy VS Spain | Siaran Langsung Spain vs Italy | Keputusan Perlawanan Spain vs Italy

Beberapa jam lagi kita akan menyaksikan satu perlawanan yang sudah pasti ditunggu-tunggu oleh ramai peminat bola sepak diluar sana. Khasnya kepada penyokong pasukan Italy yang berjaya melangkah ke pentas final dengan bergaya setelah mengalahkan Jerman selaku pasukan pilihan.

Sementara itu Spanyol atau Spain juga tidak kurang hebatnya apabila melangkah ke pentas final dengan bergaya termasuk mengalahkan Portugal dengan sepakan penalty.

Road To Final - Wajah-wajah ceria melangkah ke pentas FINAL EURO 2012
Pasukan Spain 
Pasukan Italy

Jun 30, 2012

Berita Terkini : Kaka Peluk Agama Islam

Beberapa hari lepas ZoOM ada terbaca satu laman blog mengenai seorang pemain bola terkenal memeluk ISLAM, dan sana-sini kecoh bercerita dan menaip mengenai cerita yang tersebar dengan pantas terutamanya di laman internet (Blog & Laman sosial).


Gambar diatas dan dibawah menunjukkan Kaka dan isteri serta rakan berada di dalam Masjid dan yang membuatkan berita ini seperti ada kebenarannya ketika isteri Kaka memakai Pakaian wanita soleha(bertudung) ketika berada didalam Masjid dan majlis tertentu.


Namun hakikatnya gambar tersebut mempunyai cerita tersendiri, dan ZoOM kini memahami apakah sebenarnya berlaku.


Menurut info dari blog atanahmad, gambar tersebut diambil ketika Kaka datang ke Arab Saudi untuk mempromosikan Dubai memalui sukan bola sepak.


Sepanjang berada disana beliau dibawa ke tempat-tempat tertentu termasuk Masjid, dan bagi menghormati budaya,adat resam dan agama Negara yang beliau lawati, isteri beliau telah memakai pakaian dan tudung.


Tetapi bagi ZoOM jika ia menjadi kenyataan, siapa yang tahu kerana hidayah dan pentunjuknya hanya datang daripada ALLAH yang Maha esa dan berkuasa. 


Semoga ia akan menjadi kenyataan. Insyallah


Lagi Gambar Kaka dan isteri dibawah :

Jun 29, 2012

Euro 2012 : Keputusan Germany Vs Italy Euro 2012 | Italy Mara Ke Final Euro 2012

Keputusan Perlawanan Jerman vs Itali Euro 2012 | Separuh Akhir


SEPARUH AKHIR 2 | SF2
29 Jun 2012 | 2.45 pagi | Stadion Narodowy, Warsaw | TV3 dan Live Astro 801, 825, 845
Winner QF2 vs Winner QF4
JERMAN [1] vs [2] ITALI

Perlawanan menarik yang diberikan kedua-dua pasukan dalam tempoh 90 minit permainan akhirnya Itali mengetepikan Jerman 2-1 untuk mara ke final bertemu dengan juara bertahan Sepanyol.

Jun 26, 2012

Keputusan perlawanan bolasepak kelayakan AFC - Malaysia VS Filipina


Untuk makluman, tiada siaran langsung diadakan pada perlawanan ini yang bermula pada 25 Jun 2012 , 4.45 petang waktu Malaysia. Dan berikut adalah keputusan bagi perlawanan semalam di Myanmar :

Malaysia vs Filipina 7-0 (4-0)
Kesebelasan utama:-
                   [---Izham---]
Fandi--Fadhli Shas--Shahrul saad--Ariff
Rozaimi,—-Ashri,—–Gary—wan Zahrulnizam
------——-Irfan (c)—————-
==———- Thamil———-
Malaysia – Minit ke 3 ( Rozaimi )
Malaysia – Minit ke 33 ( Fandi Othman )
Malaysia – Minit ke 35 ( Rozaimi )
Malaysia – Minit ke 40 ( Wan Zaharulnizam )

Jun 09, 2012

Jadual Perlawanan EURO 2012 | EURO 2012 Schedule




Jadual Perlawanan EURO 2012 (Kumpulan A)

Semak jadual Euro 2012 bagi kumpulan A (Poland, Greece, Rusia dan Republic Czech)



8 Jun – 11:55 malam | POLAND vs GREECE
9 Jun – 02:45 pagi | RUSSIA vs REP CZECH

Mei 22, 2012

[ Berita Sukan ] Nazmi Faiz Sah Bermain di Eropah, Kontrak tiga Musim Bersama Beira-Mar

PEMAIN bola sepak negara, Nazmi Faiz Mansor, 17, dilaporkan telah menandatangani kontrak bersama kelab Portugal, Beira-Mar sehingga Jun 2015.

Nazmi Faiz melalui Twiter rasminya, NazmiFaiz2112 berkata:
"Insya-Allah saya akan melalukan yang terbaik dan saya akan menjadikan rakyat Malaysia bangga dan syukur alhamdulillah... saya mahu ucapkan terima kasih kepada keluarga dan peminat-peminat saya yang terus menyokong saya."

Nazmi Faiz sebelum ini bersama empat pemain dari negara  lain menjalani ujian pemilihan sebelum dipilih sebagai pemain untuk kelab liga divisyen satu itu. Nazmi Faiz mencipta sejarah apabila menjadi pemain Malaysia yang pertama bermain di Eropah. Pemain muda ini telah menandatangani kontrak bersama Beira-Mar untuk tiga musim yang akan datang.

Nazmi hadir untuk sesi pemilihan minggu lepas telah berjaya menambat hari pihak pengurusan kelab tersebut yang merasakannya mempunyai potensi yang amat besar di Eropah.

Mei 03, 2012

Berita Bola : Ajax Amsterdam Muncul Juara Liga Belanda

THE HAGUE: Ajax Amsterdam muncul juara Liga Belanda musim ini dan yang ke-31 bagi kelab itu selepas menumpaskan VVV-Venlo 2-0, awal pagi tadi.

Ia adalah kejuaraan berturut-turut kedua selepas menang tiga tahun berturut-turut pada 1994 hingga 1996.
Kemenangan itu menyaksikan pesaing terdekatnya, Feyenoord tertinggal enam mata untuk di tempat kedua.

Ia juga menyaksikan kehebatan pengurusanya, Frank de Boer yang bangkit dan melonjakkan prestasi kelab itu yang sebelum ini tercicir lapan mata daripada pendahulu liga PSV Eindhoven dan AZ Alkmaar pada pertengahan Februari lalu. - AFP 

Sumber : Bharian

Harap-harap MU pun macam ni :)...Glory...Glory... !! Jangan MArah





Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Disember 28, 2011

The World Class Goalkeeper, Khairul Fahmi Di Majalan Glam

Penjaga Gol Kebangsaan yakni Khairul Fahmi Che Mat kini menjadi perhatian sekali lagi kerana wajah beliau jelas terpampang sebagai penghias 'Cover Page" Majalah Glam. Mungkin sekarang ini penerbit dan pengedar sudah jelas akan kemampuan ahli sukan mampu menjadi penarik majalah mereka.

Namun yang menjadi perhatian ZoOm adalah ayat ini "The World Class Goalkeeper", Tabik spring dekat Khairul Fahmi@Apek kerana terpilih menjadi penghias muka depan majalan Glam ini.

JIka sebelum ini kisah panas pertunangan beliau yang hanya sampai separuh jalan, dan seterunya kisah percintaan beliau dengan gadis bernama Dahlia melonjakkan nama beliau diarena hiburan dan bahan bacaan di Malaysia khasnya.

ZoOM : Seksi nyeerrr Aperk dekat majalah ni :) Apa Pula Kata Anda ?
 
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

November 28, 2011

Gossip Panas Gambar Apek @ Khairul Fahmi Dengan Gadis Seksi

Belum pun habis dan reda mengenai gossip putus tunang dan gambar mesra bersama gadis bernama Dahlia, kini ada lagi orang yang sengaja atau ingin mencari publisiti dengan menyebarkan gambar teman tapi mesra Apek (Khairul Fahmi Che Mat).

ZoOM pada mulanya memikirkan wajah Dahlia yang COMEL tetapi gambar terbaru yang ZoOM Search didalam Google menunjukkan seorang gadis yang dikatakan bernama Shida. Asal usulnya tidak diketahui tetapi berdasarkan gambar yang ada dibawah mereka memang mesra (Tahap kawan je kot).

Ketika diambang kejayaan dan sebagai seorang yang dikagumi, satu persatu kisah panas beliau yang timbul sehingga ada pihak tertentu yang menegur beliau.

Semoga Apek tabah dan cekal menghadapi semua dugaan ini, TAPI PERSOALANNYA SIAPA YANG SEBARKAN !!!! APA KATA ANDA ?

Lagi Gambar Panas:

November 21, 2011

Malaysia Vs Indonesia di Sukan Sea 2011

Malam ini sudah pasti ditunggu-tunggu oleh semua lapisan masyarakat yang berbilang kaum di Malaysiai khasnya. Setelah kita berhempas pulas sehingga berjaya ke FINAL, dan sering kali dicemuh dan di kritik, namun semua itu tidak bermakna jika kita berjaya mengalahkan pasukan yang menjadi pilihan dan sebagai tuan rumah.

Malam ini pukul 8.00 berjuta mata akan menyaksikan sejarah yang sudah pasti membuatkan ramai insan diluar sana tersenyum dan mempunyai modal perbualan setiap kali berjumpa dengan rakan-rakan atau sanak saudara.

Sekali lagi kita hanya mampu melihat jeritan sang merah putih yang mengemparkan satu stadium, namun doa dan sokongan anda sudah pasti akan menaikkan semangat pejuang negara.


ZoOM : Apa kata anda  mengenai perlawanan bola sepak diantara Malaysia dan Indonesia Malam ini ?

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

November 18, 2011

Live Streaming Malaysia Vs Myanmar | Siaran Langsung Malaysia Vs Myanmar di Tonton

Bagi anda yang berada diluar kawasan dan hanya mempunyai perhubungan internet, esok merupakan hari yang dinanti-nanti oleh peminat bola sepak tempatan. Bagi memastikan anda dapat menonton secara LIVE, ZoOM ingin berkongsi dengan anda Live Streaming di Tonton.com.my.


Dan berikut link yang boleh anda guna untuk menyaksikan perlawanan diantara Malaysia dan Myanmar dalam perlawanan Separuh Akhir esok.

Link : Tonton <--- Click 2x


Apa kata anda mengenai perlawanan esok ( Malaysia Vs Myanmar)

ZoOM : Malaysia 2-Myanmar 0

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

November 17, 2011

Live Streaming Malaysia Vs Indonesia Di Internet

Malam ini menyaksikan perlawanan yang sudah pasti ditunggu-tunggu oleh segenap lapisan masyarakat, termasuk ZoOM sekali. Siapa yang bakal memenangi perlawanan malam ini sudah pasti akan meningkatkan moral pasukan mereka. Bagi ZoOm walaupun kita dicemuh dan dikritik oleh pasukan seberang, namun semua itu tidak bermakna jika berjaya mengalahkan mereka.

Dari kertas pasukan Indonesia telah layak ke separuh akhir, namun dari segi mentaliti sudah pasti ada sesuatu yang ingin dibuktikan, terutamanya kepada rakyat yang inginkan kemenangan ketika menentang Malaysia Malam ini.

Tidak kurang hebatnya iklan dan propaganda yang disebarkan, tidak terlepas laman forum dan blog menjadi medan melepaskan luahan dan pendapat masing-masing mengenai perlawanan malam ini.

Siapa Yang bakal menjadi JUARA kumpulan A, pasti akan terjawab selepas 90 minit diatas padang..

ZoOM : Apa Kata Anda Mengenai Perlawanan ini ?


Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

November 13, 2011

Live Streaming Indonesia Vs Thailand | Siaran Langsung Indonesia Vs Thailand

Satu lagi perlawanan kumpulan A di Sukan Sea Indonesia yang menjadi tumpuan setelah Pasukan Malaysia Membelasah Kemboja 4 berbalas 1 sebentar tadi.

Jika anda mempunyai Astro, siaran 801 ada memaparkan live streaming @ siarang langsung perlawanan diantara Indonesia dan Thailand.

Sudah pasti anda mengharapkan sesuatu diantara pasukan ini.

JIka anda ingin menonton secara online boleh la Click di sini LIVE STREAMING

Selamat Menonton
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Perlawanan Bola Sepak Malaysia Vs Kemboja Ahad Ini | Live Malaysia Vs Kemboja


Esok merupakan perlawanan bola sepak di antara pasukan Malaysia dan Kemboja, sudah pasti perlawanan pada hari ini akan dinantikan oleh jutaan rakyat Malaysia yang mengharapkan pingat emas yang kita bawa pulang sebelum ini tidak terlepas kepada Negara lain.


Setelah seri dengan pasukan Singapura dan mengalahkan pasukan

Julai 21, 2011

Video Gol Konterversi Malaysia Vs Chelsea

Nasib baiklah Gol ini dikira kalau tidak sudah tentu kita akan meraikan kejayaan mengekang kemenangan gergasi bola sepak dunia.

Saksikan Gol Drogba yang menjadi gol tunggal perlawanan.



ZoOM : Tahniah daripada ZoOM dan Friends :P

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Julai 19, 2011

Gambar Pasukan Chelsea Yang Tiba Di Malaysia Sempena Asia Tour 2011


Pasukan Chelsea yang ditaja oleh MAS sempena Asia Tour 2011 kali ini, adakah pasukan kita mampu menangkis serangan pasukan gergasi bola sepak ini. Jika sebelum ini pasukan kita dibelasah 4-0 ketika menentang Arsenal, 6-3 oleh Liverpool ( Well Done Harimau Malaya I Salut U Alls) dan kini tiba giliran Chelsea untuk menguji pasukan kita sebelum berkunjung ke Singapura pada 23 Julai 2011. 

Adakah siaran langsung akan disediakan oleh ASTRO ? Entahlah...pernah sesekali ZoOm nak CUTTTT ASTERUK ni, namun niat terpaksa dibatalkan kerana masih tidak ada pesaing kecuali UNIFI... Namun masih belum mencakupi siaran yang diperlukan.Apa-apa pun mari kita layan beberapa gambar CHELSEA Team ini...


 Kapten pasukan Chelsea bersalaman dengan peminat Chelsea di Malaysia

Julai 17, 2011

Live Streaming : Malaysia VS Singapore 28 Julai 2011

Sebagai persiapan bagi anda yang memakai Asteruk takut hujan melanda dikawasan anda jadi alternatif jika mempunyai hubungan dengan pelayar (Internet), anda boleh menggunakan sumber / link ini :

USTREAM


Prepare sebelum Terlambat...Info akan update, ZoOM masih mencari Live Streaming yang boleh dipercayai..

Apa kata anda mengenai siaran langsung Perlawanan Malaysia VS Arsenal & Malaysia VS Liverpool ?


Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!