Memaparkan catatan dengan label Elyana. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Elyana. Papar semua catatan

Januari 09, 2011

Elyana Mengandung !!!


Alhamdulillah, ini yang ZoOm baca dari Laman Blog Elyana mengenai berita beliau sudah berbadan dua, semoga ibu dan anak berada dalam keadaan sihat walafiat.

Mungkin selepas ini Elyana akan kurangkan aktiviti diluar bagi menjaga kandungan yang sudah pasti diawal bulan perlu perhatian yang lebih.

November 20, 2010

Gambar Perkahwinan Elyana Selepas Sah Menjadi Isteri Khairul Anuar

Alhamdulillah akhirnya Erneelya Elyana Emrizal, 23 atau Elyana sah menjadi isteri orang, beliau dinikahkan oleh ayah sendiri iaitu Emrizal Shamsuddin sambil disaksikan Imam Masjid Datuk Keramat, Azizan Othman pada pukul 9.40 malam, Jumaat.

Februari 07, 2010

(Artis Malaysia) Biodata Elyana


NAMA PENUH: Erneelya Elyana binti Emrizal

KELAHIRAN: 5 Julai 1987

LAHIR: Shah Alam, Selangor

BANGSA: Melayu

BAHASA: Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu

KERJAYA: Pelakon, Penyanyi

KEMAHIRAN: Berlakon, Menyanyi

ALBUM: Single 'Niat', Satu, Segalanya, Bicara Mata Ini, Jadi Diriku

FILEM: 2008 – Dunia Baru The Movie (Pelakon Utama)

2006 – Gong (Pelakon Pembantu)



Baca Selanjutnya

Julai 13, 2009

(GAMBAR)Majlis Pertunangan Elyana


Alhamdulillah Akhirnya Elyana Dah menjadi Tunang Orang,Jaga tunang tu bebaik..jangan jadi seperti sesetengah artis tunang pun lari...kalau nak cakap Husband Lari Jangan Citer melambak dik...OK la Ur Alls, Zoom Ada Upload sedikit Gambar Pertunangan Elyana semalam...Layan la k..Jangan LUpa Comment...Opss LUpa sebelum tue biar zoom comment dulu...Make UP Elyana tu saper..? nanti cari Make Up Lain K...Bukan Tak Ok..Lebih sket..x nmpk Naturalll. :P Jangan Marah yer Mak Andam...comment Membina..bukang Mengutuk :P







Julai 09, 2009

(Celebrity News ) Elyana Bertunang Ahad ni !!


HUJUNG minggu ini, hari bahagia buat penyanyi Elyana. Mana tidaknya, dia bakal mengikat tali pertunangan dengan kekasih hatinya setelah sekian lama bercinta.

Zoom ucapkan Semoga Pertunangan Hingga Ke Jinjang Pelamin..We Wish U :P

Jun 14, 2009

(Celebrity News ) Elyana terpaut jejaka sushi ???


ELYANA bakal bergelar tunangan orang pada 11 Julai ini

TIADA angin tiada ribut, tiba-tiba penyanyi yang sinonim dengan kaki ayam dan sifat selamba, Elyana, 22, akan menjalani satu tingkat dalam fasa kehidupannya sebagai gadis.

11 Julai bakal menyaksikan pemegang nama Erneelya Elyana Emrizal menjadi tunangan kepada K (nama mahu dirahsiakan), seorang pengusaha restoran sushi di Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Zoom Admin Mengucapkan Selamat Bertunang..Semoga kekal ke Jinjang Pelamin..

Tiga tahun menyemai cinta bersama, hati mudanya kini bersedia untuk memulakan langkah ke alam perkahwinan.

Pada awal perkenalan, ‘jejaka sushi’ tersebut tidak mengenali Elyana sebagai seorang penyanyi. Perkenalan yang diusulkan seorang kawan itu juga bermula hambar.

Namun bak kata pepatah, ikan di laut asam di darat, di dalam kuali bertemu jua. Jalinan cinta terbentuk setelah masing-masing merasakan ada magnet dan listrik antara mereka.

Selama berkawan, Elyana yang mesra dipanggil Nana dengan bakal tunangannya, K, tidak terlepas daripada menjadi bahan tohmahan orang kononnya mereka tinggal serumah.

Elyana tidak lagi tinggal bersama di kediaman ibu bapanya sejak lebih setahun lalu, sebaliknya pulang ke rumah sendiri kerana mahu berdikari.


'K’ (baju petak) menjadi pilihan Elyana walaupun jarak usia mereka ialah 12 tahun.

Mei 13, 2009

Gambar Pelakon Penyanyi Elyana Pakai Tudung Cute


Asean Girls Cute Comel And Not Sexy :P
Comelnya Elyana pakai tudung. Manis yek?

Gossip: Elyana dan Ally Iskandar Dating Bercinta?


Zoom ada dengar dari komen pembaca blog ini yang kata dia ada terserempak dengan Elyana dan Ally Iskandar sedang dating dan makan-makan di sebuah restoran di Mutiara Damansara berhampiran dengan rumah Nor Azlin yang disimbah cat tu. Kira romantik jugaklah Ally Iskandar ni duk melayan Elyana. Borak sambil ketawa riang.

Mesti ramai yang tak percaya Ally Iskandar dan Elyana tengah dilamun cinta. Mungkin penangan dari persembahan romantik cute miut dari Elyana masa AJL FInal yang lalu, buat Ally terpikat. Budiey pun tak percaya sebab Ally ni selera dia tinggi. High taste punya. Setakat Elyana, rasanya Ally tak pandang. Zoom percaya hubungan Elyana dan Ally Iskandar hanyalah kawan biasa sahaja. Tak gitu Ally?

April 30, 2009

Elyana dan Kekasih tinggal sebumbung?


Saya berasa pelik sebenarnya kenapa Elyana sentiasa menjadi mangsa wartawan media mengenai gossip-gossip yang kadang-kalanya bukan suatu isu yang besar. Sebagai contoh sebelum ini heboh diperkatakan Elyana membuat persembahan dengan berkaki ayam. Pada pendapat saya, itu bukanlah isu yang besar mana, mungkin kerana sebelum isu itu dia dikatakan tidak menghormati artis veteran dan kemudian secara automatik dia seperti di’pulaukan malah cuba dijatuhkan oleh wartawan-wartawan media tanahair.

Kemudian apabila Elyana kembali membuat persembahan dengan berkasut, wartawan media seperti menjadikan ia satu benda yang baru dan menjadikan ia artikel yang besar di akhbar. Apakah itu? C’mon dude, seteruk-teruk Elyana berkaki ayam ketika membuat persembahan tapi dia seorang penyanyi & pelakon yang amat berbakat (— yang ini wartawan media jangan cuba menafikan pula.)

Malah yang terbaru ini, gossip yang tebal melanda diri Elyana apabila dikatakan kini dia menetap di rumahnya sendiri. Bukan itu sahaja, malah gossip tersebut menambah Elyana kini menetap dirumah sendiri sebagai alasan untuk tinggal berdikari & menetap bersama dengan kekasihnya (— gambar) itu.

Kredit gambar: Kekasih Elyana (syokkahwin.com)