Memaparkan catatan dengan label Pemain Bola Sepak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pemain Bola Sepak. Papar semua catatan

Februari 07, 2012

Nur Eilunie Natasha atau Leuniey Menafikan Apek Punca Beliau Putus Tunang

KOTA BHARU - Nur Eilunie Natasha Nazri atau Leuniey, yang sebelum ini didakwa ada hubungan dengan Khairul Fatmi Che Mat, menafikan pertunganannya terputus bulan lalu kerana penjaga gol kebangsaan itu.

Sebaliknya, Leuniey, 21, berkata, pertunangannya dengan pasangannya, yang juga anak usahawan terkenal di Kelantan, terputus kerana tidak ada persefahaman dan masalah peribadi.
“Saya terima ini sebagai satu dugaan, mungkin telah tersurat jodoh kami telah tiada. Perkara ini telah diselesaikan dengan baik dan keluarga saya telah berjumpa dengan keluarga bekas tunang saya itu. 
“Kedua-dua pihak menerima keputusan ini dengan sebaiknya. Saya ingin tegaskan perkara ini tidak ada kena-mengena dengan Apex,” katanya pada sidang media di butik pengantin milikibunya di sini, semalam.

Februari 04, 2012

Gossip Khairul Fahmi Dengan Awek Baru Bernama Liuney

Pagi tadi ZoOm terdengar gossip mengenai kisah percintaan penjaga gol Malaysia, menurut radio tersebut Khairul Fahmi digossipkan dengan seorang gadis lain selepas hubungannya dengan Dahlia Teck putus ditengah jalan. Namun bukti yang kukuh masih belum dipastikan kerana ia hanya omongan kosong daripada si pemberi gossip.


Tetapi jika betul gossip yang di hebah dan ditaip dalam laman blog, sudah pasti ia memalukan beliau kerana menurut info tersebut KFCM (Khairul Fahmi Che Mat) kini bercinta dengan bekas tunang orang. Dan info tersebut juga mengatakan gadis bernama Liuney (Nama sebenar belum tahu) memutuskan pertunangan kerana penangan Apek @KFCM.

November 22, 2011

Gambar Ketibaan Pasukan Harimau Muda di LCCT Sepang Semalam

Kita berjaya membuktikan pasukan HARIMAU MUDA lebih layak bergelar juara, walaupun 1001 provokasi daripada pihak lawan namun kita tidak gentar malah menunjukkan persembahan terbaik semalam. Penghujung cerita setelah kita seri 1-1 dan berakhir dengan tendangan penalti, berjuta rakyat seberang terpaksa mengigit jari walaupun pada mulanya diatas kerta mereka lebih layak.

Namun diatas padang belum tahu siapa yang bakal juara, bak kata pepatah "Tuah ayam nampak di kaki, Tuah Manusia siapa tahu".

Pasukan Harimau Muda sampai lewat daripada jadual penerbangan pagi tadi yakni sekitar pukul 7.30 dan selesai urusang mengambil barang pukul 8.00 lebih barulah terubat segala penantian lebih seribu penyokong yang membanjiri lapangan terbang LCCT. Malah ada yang sanggup menunggu kehadiran wira NEGARA selepas habis perlawanan. Inilah yang kita inginkan dalam menongkah arus perjuangan yang masih jauh dihadapan.

Bagi ZoOm satu lagi misi besar menentang pasukan Syria di Stadium Bukit Jalil bakal menyaksikan anak muda ini membawa nama Malaysia ke pentas Antarabangsa. Sama-samalah kita mendoakan semoga pasukan ini akan cekal dan berjuang habis-habisan demi nama Negara dan pasukan khasnya.

Akhir Kata yang tidak dapat digambarkan mengenai kemenangan semalam yang menjadikan semua jantung rakyat Malaysia khasnya berdegup kencang menanti keputusan perlawanan yang diakhiri dengan tendangan Penalti. Apa yang boleh dikatakan "Anda Adalah Yang TERBAIK daripada yang Baik

ZoOM : Apa Kata Anda ?

Dan berikut beberapa gambar yang ZoOM jumpa daripada blog, terutamanya Mybloghub yang hadir sendiri di LCCT.
Semasa menaiki Baracuda ( Kenderaan pergi dan balik dari Hotel ke Stadium)

Januari 22, 2011

Gambar Perkahwinan Ayu Raudhah Dan Zaquan Adha

ALOR SETAR: Hanya dengan sekali lafaz, aktres Ayu Raudhah,26, akhirnya sah bergelar isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan dan Negeri Sembilan, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak, 23, pada majlis pernikahan mereka di Masjid Sultanah Bahiyah, di sini, Jumaat.
Pasangan ini telah dinikahkan pada pukul 3.45 petang oleh imam masjid tersebut, Mustafa Kamil Abdul Jamil yang mewakili walikan pihak perempuan iaitu abang Ayu, Roshidi Abu Bakar @ Che Wan.
Pada majlis yang serba ringkas itu, Ayu atau nama sebenarnya Raudhah Abu Bakar @ Che Wan yang kelihatan anggun dengan busana rekaan Man Kajang berwarna krim menerima mas kahwin RM1,888 serta tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki dan berbalas sembilan dulang.

Januari 20, 2011

Perkahwinan Ayu Raudhah Dan Zaquan Adha 21 Januari Ini

Pasangan sehati dan sejoli ini akan berkahwin hari ini, gambar masih dalam proses pencarian untuk dikongsi bersama pembaca di ZoOmartis. Tapi yang ada cuma kad jemputan kahwin Ayu Raudhah dan Zaquan ini.


Gambar ada di bawah :)

Disember 15, 2010

Keputusan Piala Suzuki Malaysia 2 Vietnam 0

Tahniah pasukan bola sepak kebangsaan mempunyai bekal yang cukup untuk dibawah ke Vietnam pada perlawanan kedua. Sebentar tadi Malaysia membenam lawannya iaitu Vietnam 2- 0 .


Sudah pasti peminat bola sepak Negara boleh menarik nafas lega dengan keputusan yang berpihak kepada pasukan Malaysia.


Apa kata anda mengenai perlawanan sebentar tadi.

Oktober 28, 2010

Aidil Zafuan Nafi Tuntut Anak !!

Apa nak jadi, dari mana la wartawan tersebut dapat maklumat mengenai Aidil ingin tuntut anak daripada Rita. Pasangan ini baru nak menjernihkan keadaan ada pula pihak yang buat cerita, Zoom tau akhbar tu sebab Zoom pun baca pagi tadi malas je nak cakap akhbar apa. Semoga wartawan tersebut akan mengambil iktibar daripada kesilapan yang lalu.Berikut penjelasan Aidil mengenai gossip tersebut;

Oktober 25, 2010

Ayu Raudhah dan Zaquan kahwin 20 Januari 2011




Sementara majlis resepsi sebelah pengantin lelaki dijangka berlangsung pada 29 Januari 2011 di Seremban, Negeri Sembilan. Ayu dan zaquan telah rasmi bertunang pada 17 Oktober lalu dalam satu majlis merisik di rumah keluarga Ayu di Subang Jaya.

Disember 18, 2009

(News) Malaysia Juara Sukan Sea Laos !!!


Kami di Zoomartis mengucapkan Tahniah kerana kejayaan pasukan bawah 23 Tahun Malaysia yang menjadi juara setelah mengalahkan Vietnam ( 1-0 ),kerana minat dengan bola sepak walaupun hujan yang mengakibatkan rumah zoom mengalami ganguan Siaran Astro yang anda sedia maklum akan mengalami masalah jika HUJAN..!!! Nasib baik la ada TV3 dan TV2, dapat juga la zoom melepaskan geram dengan astro yang cekik darah walaupun siarang tidak sebaik dan berpatutan dengan apa yang dibayar oleh pelanggan.Ops dah menyimpang dah zoom ni, apa-apa pun tahniah sekali lagi dari kami warga Zoomartis..APA KATA ANDA ???



Baca Selanjutnya


November 03, 2009

(Gambar) Terbaru Rita, Aidil Dan Anak ( Rayyan )



Comelnya anak pasangan bola sepak dan artis malaysia ini..Mana tak nya, ayah dan ibu pun dah cantik dan hendsome..Apa KOmen anda !!!?

Nampak ceria dan bahagia pasangan ini...!!!



Baca Selanjutnya
>


Oktober 22, 2009

(Gambar) Perkahwinan Khalid Jamlus dan Zarina Zainal !!!!!


Gambar kat bawah ni adalah gambar perkahwinan antara Khalid Jamlus dan Zarina Zainal yang berlangsung pada 18 Oktober 2009. Kalau nak tau, Zarina Zainal ni adalah anak kepada arwah Dato’ Z. Majlis perkahwinan ni berlangsung di DZ Damai Abadi, Kampung Idaman. Rasanya tak keluar media sangat pasal perkahwinan dieorang ni. Apa-apa pun belum terlambat lagi nak ucap tahniah dan selamat pengantin baru kepada mereka.



Baca Selanjutnya

sama Cantik sama padan, bagai pinang di belah dua. SOrry sebab lambat upload untuk u pembaca di zoomartis.Gambar dah ada cuma hari ni busy renew Road Tax kereta..!!!! APa pun layan la gambar Khalid dan isteri kat bawah ni...!! KOmen Tau...






Julai 20, 2009

(Gossip) Siapakah Girlfriend Sebenar Zaquan Adha? Yuyu? Elly? Ayu Raudhah?




siapakah sebenarnya kekasih hati kembarkepada suami Rita Rudaini, Zaquan Adha. Kejap dulu kami sungguh jelasbahawa Yuyu yang berwajah seperti angel itu adalah kekasih Zaquan Adha.Kemudian about this year, it was Elly, and then he was gossiped withAyu Raudhah. The latest that heard that he¡¯s going out with someperempuan ke kelab malam. Which is which bro?

Julai 18, 2009

(Gossip) Ayu Raudah Main Suap-Suap Dengan Zaquan Adha!!


Kesian Kat Dua Pasangan Kembar ini,Tak Habis2 dengan konterversi nya.Nak BUat macam mana dik dah jadi terkenal...Paparazi dan mamarazi kat luar tu banyak ni yg trbaru zoom dpt dr ohartis (pinjam sat) korang baca ler

=====================####=================
Assalamualaikum pengarang Oh! Artis..
semalam sy ade bc paper mengenai Ayu Raudah & Zaquan Adha. Ahad yang lepas sy ade g bekfas bersama hubby di sebuah kopitiam di Subang Jaya. Amboi bukan main mesra diorang. Jadi memang betul la mereka bercinta ek. Tapi dalam paper semalam dia lebih suka llki yang berumur n matured. Tapi mgkin Zaquan ni ni walau muda tapi matured kot..kalo x, xkan makan pon dia suapkan Ayu. Zaquan makan x guna sudu tapi guna tangan.

Ada gak dia mengusap belakang Ayu..hurm..memang mesra. Harap2 hubungan ni menjadi la ek. Sy nk snap gambar tapi x dapat. Coz Zaquan betul2 menghadap ke arah sy dan asik memandang pada sy. Takut sy snap ler tuh. Masa dlm situ, hanya sy org melayu n kalo citer ni kuar, memang dia tau sape yg cite..hehehe..

K la..tu jerk nak bgtau. Wassalam.

- Cute Mama


====================###==========================



Zoom Comment: Untuk adik beradik kembar ni,banyak2 bersabar mungkin apa yang berlaku ada hikmah nyer..utk yg nk kahwin kumpul duit,dah cukup kahwin jer.

Julai 16, 2009

(Gossip) Rozita Che Wan sorok 'cinta' dengan Asrarudin?


SEBELUM ini sebuah program TV ada mengeluarkan cerita tentang aktres Rozita Che Wan yang khabarnya turut memilih pemain bola sebagai 'teman sosial' sekaligus mengikut jejak langkah adiknya, aktres Ayu Raudhah yang sedang 'berkawan' dengan pemain bola sepak kebangsaan, Mohd. Zaquan Adha.

Desas-desus yang mengatakan Rozita bakal menamatkan zaman 'janda'nya dengan seorang Datuk bagaikan ternoktah apabila cerita terbaru ini dikeluarkan.

Wanita berusia 30-an ini pada mulanya enggan mengulas tentang lelaki muda itu kerana bimbang seandainya menimbulkan cerita negatif di kemudian hari.

Namun setelah berfikir sejenak, terus dia menukar fikiran lalu bersikap terbuka membicarakan tentang pemain bola itu bagi mengelakkan timbul pelbagai spekulasi pula.

"Memang saya mengenali pemain bola ini. Namanya Asrarudin Putra Omar. Dia pemain Selangor dan kebangsaan.

"Saya dah kenal dia sejak 4 hingga 5 bulan lepas melalui Ayu. Pertama kali kenal, waktu tu di gelanggang futsal Sports Planet, Ampang.

"Sehingga sekarang, saya dan dia hanya berkawan. Saya seronok berkawan dengannya sebab dia budak baik dan 'stailo'. Bila saya tiada teman untuk keluar, dia selalu temankan saya menonton wayang dan bersiar-siar.

"Tapi tidaklah sampai terfikir untuk menjalinkan hubungan lebih dari seorang kawan," kata Rozita yang berkali-kali menegaskan Asrarudin hanya kawan baiknya sekarang ini.


Zoom Rasa Budak NI kot...Muda Lagi Budak NI..Sekarang ni ada sesetengah Artis Perempuan Cari Lelaki Yang Muda untuk menjadi Teman..No comment la asal korang bahagia.

NAMA PENUH: Mohd Asraruddin Putra Omar
TARIKH LAHIR: 26 Ogos 1988
POSISI: Pertahanan, Penyerang
PASUKAN TERDAHULU: -

PERIBADI
Merupakan adik kepada bekas pemain skuad remaja Selangor, Adi Putra Omar ... Memulakan karier di posisi penyerang sebelum beraksi di sayap kiri untuk skuad Bawah 20 di bawah kendalian K Rajagopal dan skuad Piala Presiden Selangor ... Ditukar ke posisi pertahanan oleh jurulatih Robert Alberts bagi menghadapi Kejohanan Piala Juara-Juara Belia