Memaparkan catatan dengan label Ayu Raudhah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ayu Raudhah. Papar semua catatan

September 20, 2012

Gossip Lama Dan Panas : Twitter Rita Perli Ayu Raudhah Apabila Keguguran






 Entah dimana silapnya, dan siapa patut disalahkan. Kisah Rita dan bekas keluarganya pada minggu lepas kembali dilanda taufan dek kerana luahan Rita dalam akaun twitter beliau selepas Ayu keguguran.

Sekadar berkongsi dengan anda dan nilailah sendiri yer :)


Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Jun 23, 2012

Gambar Comel Ayu Raudhah Semasa Menonton Perlawanan ATM VS Johor


Gambar ini ZoOM jumpa di Laman Facebook seorang rakan yang sering kali berkongsi gambar yang menakjubkan. Dan tentu sahaja ZoOM boleh kongsi sumber yang sama untuk pembaca di ZOOMartis.

Daripada sumber menunjukkan Ayu tidak akan melepaskan peluang jika ada masa terluang untuk menemani suami jika ada perlawanan melibatkan ATM (Pasukan Suami Ayu)

Apa KOmen ANda mengenai gambar Ayu kita ni !?


Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Oktober 30, 2011

Ayu Raudhah Keguguran Selepas Hamil Enam Minggu

Sebenarnya ZoOM dah tahu cerita keguguran Ayu Raudhah ni beberapa minggu lepas melalui seseorang yang  ZoOM kenal di Hospital tersebut, namun kerana menjaga privacy terpaksalah tunggu sehingga ada cerita di akhbar atau pun media hiburan.


Sesuatu yang berlaku sudah tentu ada hikmahnya, dan sama-sama kita mendoakan semoga pasangan ini akan tabah dengan dugaannya.


Dan berikut "Statement" beliau ketika ditanya oleh wartawan GUA:

“Ya, saya mengandung enam minggu tapi sekarang dah tak ada lagi. Saya baru gugur tak sampai seminggu. Mulanya saya tak tahu saya mengandung sebab bila periksa, keputusannya negatif. Saya sekali lagi membuat

Januari 22, 2011

Lagi Gambar Perkahwinan Zaquan Adha Dan Ayu Raudhah

Wajah pasangan yang akan meniti hari bahagia bersama, ada banyak lagi koleksi gambar pasangan ini semasa malam berinai dan pada majlis perkahwinan untuk tatapan anda di bawah, Sudah pasti ramai diantara anda ingin melihat senyuman pasangan sehati dan sejoli ini.

Januari 20, 2011

Perkahwinan Ayu Raudhah Dan Zaquan Adha 21 Januari Ini

Pasangan sehati dan sejoli ini akan berkahwin hari ini, gambar masih dalam proses pencarian untuk dikongsi bersama pembaca di ZoOmartis. Tapi yang ada cuma kad jemputan kahwin Ayu Raudhah dan Zaquan ini.


Gambar ada di bawah :)

Disember 13, 2010

Gambar Adik Rozita Che Wan Bertunang

Inilah yang dinamakan aura keluarga yang menjadi artis di Malaysia, tempias populariti kakak beliau menyebabkan satu Malaysia tahu kisah pertunangan beliau.

Namun adik RCW dan ARCW belum lagi menjejak langkah sebagai artis, mungkin akan bergerak kearah tersebut. Siapa sangkah jika di izinkan mungkin ia akan menjadi kenyataan,

Lagi gambar pertunangan adik RCW dan ARCW dibawah.

November 26, 2010

Bekas Kekasih Ayu Raudhah , Pekin Mendoakan Kebahagiannya.

Hari demi hari bekas kekasih beliau menghitung hari bahagia yang semakin hampir, mungkin sudah tidak ada jodoh jejaka ini redha dengan ketentuannya malah mendoakan semoga bekas insan yang disayangi bahagia.


Berikut "Statement" bekas kekasih Ayu Raudhah ni:



"Mungkin sudah sampai jodohnya untuk berkahwin, saya doakan yang terbaik buatnya.
"Walaupun kami putus, masing-masing masih lagi bertanya khabar seperti biasa," kata Pekin yang ditemui pada tayangan filem Hantu kak Limah Balik Rumah (HKLBR), di sini, Isnin.

Oktober 25, 2010

Ayu Raudhah dan Zaquan kahwin 20 Januari 2011




Sementara majlis resepsi sebelah pengantin lelaki dijangka berlangsung pada 29 Januari 2011 di Seremban, Negeri Sembilan. Ayu dan zaquan telah rasmi bertunang pada 17 Oktober lalu dalam satu majlis merisik di rumah keluarga Ayu di Subang Jaya.

Januari 04, 2010

(Drama) Nur Kasih di Filemkan oleh Khabir Bahtia !!


Ini komen Ayu Raudhah mengenai kariernya, didalam akhbar online hari ini.Ini buka tips tetapi info yang tepat dan pasti drama Nur Kasih akan di Filemkan..!!!

"Menyentuh tawaran filem pula, Ayu berkata dia dijangka akan turun ke lokasi penggambaran filem Nur Kasih arahan Kabir Bhatia pada April depan. Selain Nur Kasih, Ayu yang turut terlibat dalam filem Madu Empat (arahan Razak Mohaideen) dan Durian vs Timun (arahan AR Badul) teruja untuk menyaksikan kedua-dua filem lakonannya itu menjengah pawagam pada tahun ini.



Baca Selanjutnya

Sebelum ini Fizz ada bercerita Khabir mungkin akan memfilemkan drama Nur Kasih ni, dengan adanya "statement" dari Ayu ni, sudah nyata drama tersebut akan di Filemkan dalam bulan April..Sama-sama kita tunggu filem Nur Kasih Pula..Apa kata anda ?

Disember 14, 2009

(Gossip) Ayu Terima Zaquan Sebagai Suami !!?



Selama enam bulan Ayu dan Zaquan menyemai benih-benih cinta bersama, adik kepada pelakon Rozia Che Wan ini sudah berani bercerita mengenai hubungannya dengan pemain bola sepak kebangsaan kembar ( Zaquan ).

Tapi segalanya diserahkan kepada takdir untuk menentukan jodohnya sama ada dengan si dia bernama Zaquan atau pun orang lain. Bagi Ayu sendiri, dia menerima segala ketentuan kerana percaya perkara yang baik seperti itu memang banyak dugaannya. Berikut "statement" Ayu Raudhah mengenai hubungan mereka

"Ayu tak mahu terlalu mengharapkan apa-apa tetapi kalau jodoh Ayu dengan Zaquan itu terbaik, Ayu akan menerimanya dengan baik,"
katanya.





Baca Selanjutnya

Semoga Angan-angan pelamin anda berdua akan termakbul, semakin cepat tarik perkahwinan lagi bagus sebab masyarakat di luar sana ada seribu satu persoalan mengenai perhubungan anda berdua termasuklah zoom. Sebelum ini zoom ada terlihat si Zaquan ni makan dengan minah mana entah dekat ikan bakar di Kelana Jaya. Nampak si gadis dan Zaquan cuma makan bersama tapi nampak mesra, malas lah nak komen banyak-banyak.. !! Anda sebagai pembaca di Zoomartis je la yang KOmen k..!!!

Julai 20, 2009

(Gossip) Siapakah Girlfriend Sebenar Zaquan Adha? Yuyu? Elly? Ayu Raudhah?




siapakah sebenarnya kekasih hati kembarkepada suami Rita Rudaini, Zaquan Adha. Kejap dulu kami sungguh jelasbahawa Yuyu yang berwajah seperti angel itu adalah kekasih Zaquan Adha.Kemudian about this year, it was Elly, and then he was gossiped withAyu Raudhah. The latest that heard that he¡¯s going out with someperempuan ke kelab malam. Which is which bro?

Julai 12, 2009

(GAMBAR)Ayu Raudha Seksi Dalam Mangga


Alahai Apa La Nak JAdi Dengan Ayu NI !!! Majalah Mangga PUn satu sensorrttt la sket,Makin Lama Makin Sexy2 aweks,Mak Janss,Jantan2 dalam tue...Untuk Pengetahuan Korang Zoom Pernah Masuk Surat Khabar Dalam Ruangan "Kacak Dan Bergaya" Lucu Tapi benar.Pengalaman Yang Tak dapat Zoom Lupakan..Mula-mula nak temankan Mamber Gi shoot utk ruangan kacak dan bergaya,Last2 Gambar Zoom Pun Kena AMik Sekali..Satu Malaysia Tengok Gambar Zoom..Hari TU mana-mana Zoom Pergi ada jer yang gelakan Zoom..

Dah la,Malas Nak Citer bab tu,Lepas Jer we all masuk paper,Ada offer dari Mangga :P nak amik shoot tapi kena Mandi kat dalam kolam tak pakai baju...Alahai automaticcc We all Tolak...Ikutkan HAti nak jer pegi tapi fikir2 balik kang heboh pulak satu malaysia..

Sorry YEr Reporter kalau u all masuk blog ni..saje nak citer pengalaman lama...tu 4 tahun lepas...Surat Khabarr lama Yang di tempek Pic Zoom MAsih Zoom Simpan..nak upload tapi malu...nak sensortt sket baru nak upload :)

Jun 16, 2009

(Gossip) Gambar Ayu Raudah kena xx-ray



Ini Zoom Dapat Kat Forum Cari, Tapi Amik kAt BBlog Lain...
Iskk ISkk MAcam-Macam Citer Bab Artis Ni..Dari Segi Pemakaian,pergaulan
Percintaan,Keluarga Semua User Nak Tau..Apa-Apa Pun Korang Layan La Gambar Ni..

Mei 23, 2009

( Gossip ) Ayu Raudah Masih Berteka Teki Status Tunang


SEKITAR Januari lalu, timbul cerita kononnya pelakon Ayu Raudhah dikatakan akan bertunang dengan si jejaka bernama Mohd. Iznan Ibrahim atau popular dengan panggilan Pekin.
Mengenali hati budi masing-masing sejak enam tahun lalu, majlis pertunangan itu diperkata orang bakal dilaksanakan pada bulan Februari.

Sementelah, Ayu pernah berkata bahawa dirinya menerima dengan hati terbuka andai aktor terbabit adalah jodohnya.
Begitu juga dengan Pekin, dia turut mengakui selesa bersama Ayu serta sudah mengenali dengan lebih rapat akan keluarga pelakon berwajah manis itu.

Bagaimanapun, hari berganti hari, segala cerita mengenai majlis pertunangan itu senyap begitu sahaja.
Hal tersebut membuatkan ada yang membuat telahan bahawa kedua-dua mereka tidak serasi untuk bersatu sebagai suami isteri.

Ayu yang diajukan tentang perkara tersebut berkata, dirinya masih berkawan rapat dengan Pekin.
Kami jarang berjumpa. Ayu dan Pekin masing-masing sibuk dengan karier sendiri. Walaupun sibuk, kami sering berhubung.

“Ayu pun sudah lama tidak berlakon bersama-sama dengan Pekin.
Mengenai perancangan majlis pertunangan itu, Ayu rasa ramai keliru kerana pada Februari lepas sebenarnya kakak Ayu yang berkahwin,’’ katanya ketika ditemui pada majlis menandatangani kontrak duta produk Giena Skincare di Subang Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Ujar pelakon berusia 24 tahun itu, sebagai wanita, dia sememangnya mahukan seorang lelaki sebagai suami di hatinya.
Kalau ikutkan perancangan, Ayu memang hendak berkahwin ketika usia 21 tahun, tapi dalam keadaan sekarang mungkin pada usia 25 tahun agaknya,’’ jelas Ayu tersenyum.

Ditanya tentang siapakah lelaki pilihan hatinya, Ayu menjelaskan bahawa lelaki berkenaan sudah tentu perlu memahami hati dan perasaannya.
Asalkan dia baik dan ikhlas serta memahami karier Ayu sebagai pelakon, itulah lelaki pilihan Ayu.

Ayu juga tidak suka orang mencadangkan lelaki itu atau lelaki ini untuk berkenalan rapat dengan Ayu,’’ katanya.
Menurut pelakon yang popular menerusi drama bersiri Manjalara ini, dalam hidup bersosial, dirinya mengakui agak sukar untuk didekati.
Adakalanya Ayu terpaksa ‘mematikan’ telefon bimbit dan tidak akan melayan jika tidak mengenali siapa yang menghubungi Ayu,” jelasnya.

Duta produk kecantikan

Sementara itu, bercakap mengenai pelantikannya sebagai produk Giena Skincare keluaran Beauty Arena Sdn. Bhd., Ayu memberitahu dia amat menyukai produk kecantikan yang dihasilkan oleh syarikat berkenaan.

Dilantik sebagai duta selama setahun, Giena Skincare yang diasaskan oleh Nor Azizan Ghazali membuatkan kulit wajahnya menjadi sekata serta kurang berjerawat.
Ia sangat semulajadi dengan haruman bunga-bungaan. Selaku duta, Ayu akan menjadi jurucakap produk terbabit dan akan mengikuti segala aktiviti promosi produk.
Ayu bukanlah tercari-cari untuk menjadi duta produk tetapi ini ditawarkan sendiri oleh pemilik Beauty Arena, Nor Azizan.

Dia pelawa Ayu sejak tahun lepas lagi. Waktu itu, memang Ayu mencari produk kecantikan untuk wajah kerana Ayu sibuk dengan lakonan,’’ katanya.
Dalam pada itu, Nor Azizan berkata, pelantikan Ayu dilakukan memandangkan pelakon itu sedang meningkat naik namanya di persada seni tanah air.
Dia seorang yang berdisiplin, manja dan lemah lembut. Kita telah menawarkan perkhidmatan rawatan muka dan urutan badan untuk Ayu mengurangkan tekanan kerja,’’
ujarnya.

Karier

Panjang berbicara soal kecantikan, Ayu yang diajak bercerita tentang kariernya berkata, saat ini dia baru sahaja selesai menjalani penggambaran telemovie berjudul Kasih Alam di sebuah perkampungan orang asli di Raub, Pahang.
Bakal ditayangkan di TV2, penggambaran selama dua hari itu memberikan pengalaman baru dalam hidup Ayu dalam menyelami kehidupan orang asli.

Selain Kasih Alam, Ayu juga terlibat dengan penggambaran drama episod berjudul Lara yang dijalankan di Kemboja.
Dua minggu Ayu di Kemboja. Ayu melakonkan watak wanita Kemboja. Terpaksalah belajar bahasa masyarakat di sana.

Penggambaran dilakukan di sebuah perkampungan orang Melayu di sana. Ada yang boleh bercakap bahasa Melayu tetapi dalam loghat Kemboja.
Selain itu, Ayu turut menjalani penggambaran sebuah drama bersiri Nur Kasih. Ayu terlibat dalam lakonan di Tanah Suci Mekah,’’ tambahnya.

Mei 13, 2009

Asean Girls : Ayu Raudhah duta kecantikan


Ayu Raudhah Che Wan sering dapat tempias kakaknya Rozita Che Wan. Orang asyik bercakap dan memerhatikan kejelitaan Rozita.

Sampai ada yang terlupa kepada Ayu. Bukannya kerana Ayu tak cantik, tapi sebab populariti kakak yang sering diperkatakan.

Nampaknya kini Ayu pula dapat perhatian apabila dilantik sebagai duta produk kecantikan Giena Skincare dan Francais Beauty Palace.

Majlis menandatangani kontrak diadakan di The Saujana, Subang pada 11 Mei 2009 lalu.

Namanya, Ayu Raudhah yang unik dan ada ciri-ciri jenama produk kecantikan yang suci membawa tuah apabila dilantik sebagai duta.

Beruntung Ayu. Sebagai duta pastilah wajah Ayu akan menghiasi iklan produk tersebut sekali gus meningkatkan lagi popularitinya.

Lagi gambar Ayu Raudhah dalam Foto Cun Mangga-Gambar oleh SYEFRY MONIZ.