Memaparkan catatan dengan label Khabir Bahtia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Khabir Bahtia. Papar semua catatan

Januari 04, 2010

(Drama) Nur Kasih di Filemkan oleh Khabir Bahtia !!

Ini komen Ayu Raudhah mengenai kariernya, didalam akhbar online hari ini.Ini buka tips tetapi info yang tepat dan pasti drama Nur Kasih akan di Filemkan..!!!

"Menyentuh tawaran filem pula, Ayu berkata dia dijangka akan turun ke lokasi penggambaran filem Nur Kasih arahan Kabir Bhatia pada April depan. Selain Nur Kasih, Ayu yang turut terlibat dalam filem Madu Empat (arahan Razak Mohaideen) dan Durian vs Timun (arahan AR Badul) teruja untuk menyaksikan kedua-dua filem lakonannya itu menjengah pawagam pada tahun ini.

Baca Selanjutnya

Sebelum ini Fizz ada bercerita Khabir mungkin akan memfilemkan drama Nur Kasih ni, dengan adanya "statement" dari Ayu ni, sudah nyata drama tersebut akan di Filemkan dalam bulan April..Sama-sama kita tunggu filem Nur Kasih Pula..Apa kata anda ?

Disember 01, 2009

(Nur Kasih)Drama Nur Kasih Arahan Khabir bahtia Ditonton 5 Juta Orang !!

DRAMA bersiri arahan Khabir Bakhtia, Nur Kasih, yang mengisahkan tentang pengorbanan dua beradik, Aidil dan Adam, yang mempunyai karaktor yang sangat berbeza, telah mencetuskan satu fenomena baru apabila berjaya mencatat jumlah peratusan penonton yang tinggi selesai siaran episod terakhir pada malam Jumaat lalu.

Melalui kajian dan sumber yang dikeluarkan oleh AGB Nielsen Media Research, drama bersiri 26-episod itu telah menerima kadar penontonan (berpandukan kepada penonton berumur 4 tahun keatas) sebanyak lebih 4.1 juta (19 TVR) atau 59% dari peratusan penonton yang menonton pada 27 November, 2009, Jumaat dari jam 9.00 hingga 10.00malam.

Baca Selanjutnya

Terbitan Filmscape & Juita Viden Sdn Bhd, Nur Kasih adalah hasil arahan sutradara Kabir Bhatia dan penulis skrip Mira Mustaffa yang telah mendapat sambutan menggalakkan hingga mencetuskan satu fenomena baru di kalangan masyarakat Malaysia sejak siri itu mula disiarkan di TV3 bermula 29 Mei 2009, setiap Jumaat, jam 9.00 malam.

Rata-rata menyatakan rasa puas hati, dan ada juga yang merasa terharu berbaur gembira dengan kesudahan siri menarik ini di mana akhirnya Nur Amina menemui kebahagiaan bersama Adam.

Info :Mstar

Zoom Komen : Tahniah Zoom ucapkan kepada khabir Bahtia dan pelakon yang menjayakan Drama "Nur Kasih" !! Apa komen anda !?