November 26, 2010

Bekas Kekasih Ayu Raudhah , Pekin Mendoakan Kebahagiannya.

Hari demi hari bekas kekasih beliau menghitung hari bahagia yang semakin hampir, mungkin sudah tidak ada jodoh jejaka ini redha dengan ketentuannya malah mendoakan semoga bekas insan yang disayangi bahagia.


Berikut "Statement" bekas kekasih Ayu Raudhah ni:



"Mungkin sudah sampai jodohnya untuk berkahwin, saya doakan yang terbaik buatnya.
"Walaupun kami putus, masing-masing masih lagi bertanya khabar seperti biasa," kata Pekin yang ditemui pada tayangan filem Hantu kak Limah Balik Rumah (HKLBR), di sini, Isnin.

Tegas Pekin, kehilangannya seketika daripada industri seni bukan kerana dia melarikan diri selepas putus cinta dengan Ayu pada tahun lalu, sebaliknya sibuk dengan pelajarannya di Institut Seni Indonesia (ISI), Jogjakarta.
"Tidaklah, mana ada. Saya yang minta putus, buat apa saya nak lari. Sebenarnya saya sibuk dengan pengajian saya di Jogjakarta dan baru saja tamat pengajian pada Ogos lalu.