Memaparkan catatan dengan label ayu raudhah dan zaquan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ayu raudhah dan zaquan. Papar semua catatan

Januari 11, 2012

Perang Dingin Rita Rudani Dan Adik Ipar Zaquan Di Twitter


Setelah beberapa lama menyepikan diri daripada dunia hiburan, kini tampil gossip dan konterversi panasyang terbaru mengenai artis bernama Rita Rudani ini. Menurut info daripada Murai dan dan gambar yang terdapat diatas yang dipetik daripada laman Twitter menunjukkan Akak Ipar dan Adik Ipar bergaduh sesama sendiri (Dalam Alam Maya Jer tau).

Bagi anda yang mengetahui kisah Rita dan Suami beliau yang memang sudah tersebar sebelum ini mengenai hubungan dingin dengan keluarga mertuanya.

Apa-apapun Zoom berharap buanglah yang keruh dan ambil yang jernih, kerana tidak semua manusia sempurna di muka bumi ini.

Zoom : Apa Pula Kata Anda?
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Januari 30, 2011

Hubungan Rita Rudaini Dan Keluarga Mentua Kembali Jernih

Walaupun apa yang terjadi ikatan keluarga tidak akan mendung sepanjang hari begitu jugalah kisahnya mengenai Rita Rudani dan keluarga Mertuanya yang kini kembali bersinar. 


Menurut info keluarga mertua dan Rita telah kembali jernih apabila suami Rita, Aidil Zafuan,24, membawa ibu dan bapanya Azizah Arshad,58, dan Abdul Radzak Salleh,61, untuk menziarahi cucu mereka, Airit Rayyan Rizqin yang berusia dua tahun di pusat perubatan itu akibat demam panas.


Diantara ayat yang keluar daripada ibu mertua Rita yang sudah pasti menyentuh perasaan :


“Emak sayangkan Rita. Mak restu perkahwinan Rita dengan Aidil,” kata Azizah sambil memeluk menantunya dengan linangan air mata.


Malah Rita juga meminta maaf dengan mencium tanda hormat dan sayang sebagai seorang menantu, bagi ZoOm saat itu memang amat manis jika anda sendiri yang merasainya.


Dan Rita juga dikatakan kini mengandung 5 bulan menjemput keluarga mentua untuk melawat cucunya.

Januari 22, 2011

Lagi Gambar Perkahwinan Zaquan Adha Dan Ayu Raudhah

Wajah pasangan yang akan meniti hari bahagia bersama, ada banyak lagi koleksi gambar pasangan ini semasa malam berinai dan pada majlis perkahwinan untuk tatapan anda di bawah, Sudah pasti ramai diantara anda ingin melihat senyuman pasangan sehati dan sejoli ini.

Gambar Perkahwinan Ayu Raudhah Dan Zaquan Adha

ALOR SETAR: Hanya dengan sekali lafaz, aktres Ayu Raudhah,26, akhirnya sah bergelar isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan dan Negeri Sembilan, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak, 23, pada majlis pernikahan mereka di Masjid Sultanah Bahiyah, di sini, Jumaat.
Pasangan ini telah dinikahkan pada pukul 3.45 petang oleh imam masjid tersebut, Mustafa Kamil Abdul Jamil yang mewakili walikan pihak perempuan iaitu abang Ayu, Roshidi Abu Bakar @ Che Wan.
Pada majlis yang serba ringkas itu, Ayu atau nama sebenarnya Raudhah Abu Bakar @ Che Wan yang kelihatan anggun dengan busana rekaan Man Kajang berwarna krim menerima mas kahwin RM1,888 serta tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki dan berbalas sembilan dulang.