Namun diatas padang belum tahu siapa yang bakal juara, bak kata pepatah "Tuah ayam nampak di kaki, Tuah Manusia siapa tahu".
Pasukan Harimau Muda sampai lewat daripada jadual penerbangan pagi tadi yakni sekitar pukul 7.30 dan selesai urusang mengambil barang pukul 8.00 lebih barulah terubat segala penantian lebih seribu penyokong yang membanjiri lapangan terbang LCCT. Malah ada yang sanggup menunggu kehadiran wira NEGARA selepas habis perlawanan. Inilah yang kita inginkan dalam menongkah arus perjuangan yang masih jauh dihadapan.
Bagi ZoOm satu lagi misi besar menentang pasukan Syria di Stadium Bukit Jalil bakal menyaksikan anak muda ini membawa nama Malaysia ke pentas Antarabangsa. Sama-samalah kita mendoakan semoga pasukan ini akan cekal dan berjuang habis-habisan demi nama Negara dan pasukan khasnya.
Akhir Kata yang tidak dapat digambarkan mengenai kemenangan semalam yang menjadikan semua jantung rakyat Malaysia khasnya berdegup kencang menanti keputusan perlawanan yang diakhiri dengan tendangan Penalti. Apa yang boleh dikatakan "Anda Adalah Yang TERBAIK daripada yang Baik
ZoOM : Apa Kata Anda ?
Dan berikut beberapa gambar yang ZoOM jumpa daripada blog, terutamanya Mybloghub yang hadir sendiri di LCCT.
Sejumlah penyokong yang berada di LCCT pada waktu subuh
Sejumlah Penyokong yang menyambut kepulangan "WIRA NEGARA"
Gambar wajah-wajah pejuang yang mengharumkan nama NEGARA
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis