Memaparkan catatan dengan label Rebecca Nur Islam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Rebecca Nur Islam. Papar semua catatan

Januari 26, 2012

Rabecca Nur Islam Pelakon Filem Keramat Berani Kerana Seekers !!

SEJAK membawakan watak penggoda dan antagonis membuatkan pemilik nama Rabecca Nur Islam, 25, ini bagaikan sinonim dengan peranan sedemikian.

Hal itu sedikit sebanyak membataskan kemampuan lakonannya. Namun begitu, Keramat barangkali tanda awal bakal mengubah persepsi penggiat seni lakon, juga peminat mengenai kebolehan wanita tinggi lampai ini.

yazura, wanita tertekan yang cuba mencari penyelesaian terhadap masalahnya menuntut pelbagai ketahanan mental dan fizikal daripada Rabecca iaitu menghayati babak dirasuk dan akhirnya menjadi pembunuh.

Pada 20 minit babak terakhir menonton filem itu, bagi yang sudah menyaksikannya pasti kagum dengan kemampuan tubuh Rabecca yang seakan-akan elastik apabila mengangkat punggungnya separa kepala dengan hujung terjengkit serta reaksi wajah mengerang dalam keadaan mencangkung yang menggesa seluruh adrenalin ketakutan.

Sempat kedengaran usikan suara nakal seperti meragui apakah benar yang terpamer di dalam layar skrin itu diri wanita mesra disapa Becca itu atau teknik CGI semata-mata.

“Saya sendiri tidak percaya melihatnya kerana saya seakan-akan tidak sedar dengan apa yang berlaku ketika menjayakan babak dirasuk itu.

Jun 09, 2011

Rabecca Nur Al-Islam Keguguran Kandungan

Pelakon yang baru berkahwin dengan peguam yakni Rabecca Nur Al-Islam dikhabarkan keguguran anak yang masih dalam kandung dan berusia 2 bulan. Berita sedih ini berlaku apabila pada ahad lepas beliau ditahan di Pusat Perubatan Gleneagles, Kuala Lumpur

Nasib baiklah suami tersayang Nor Azam Sulaiman dan anak angkat beliau Nor Adam Danie menjadi pengubat kesedihan dan banyak memberi sokongan kepada Rebecca.

Mungkin apa yang berlaku ada hikmahnya, semoga beliau dikurniakan zuriat yang sudah pasti menjadi idaman setiap isteri yang baru berkahwin.

ZoOM : APa KOmen ANda ?
Suka Gossip Ini ClickLah Like !!

Januari 15, 2011

Lagi Gambar Rebecca Nur Islam Kahwin


Gambar bersama teman rapat akak Umie Aida yang Sporting... :)

Kalau ada masa nanti ZoOM akan cuba search di Google dan Yahoo untuk dikongi bersama dengan pembaca di ZoOmartis. Sehingga 19.40 ZOom hanya dapat berkongsi gambar-gambar ini untuk tatapan anda..

Gambar Suami Semasa akad nikah ...

Gambar Perkahwinan Rebecca Nur Islam Dan Peguam Nor Azam Sulaiman

Inilah gambar pengantin baru artis kita yang bernama Rebecca Nur Islam yang mengakhiri zaman bujangnya bersama pilihannya seorang peguam bernama Nor Azam semalam di kediaman mereka di Ukay Perdana



Pasangan pengantin tiba pada pukul 9 malam bersama 13 dulang hantaran bagi pihak lelaki dan 15 dulang dibalas oleh pihak perempuan.


Rabecca yang menjalinkan hubungan percintaan sejak tiga tahun lalu itu melangsungkan acara pertunangan setengah jam lebih awal sebelum diijabkabulkan.
Dia turut menerima mas kahwin RM333.33 manakala wang hantaran dirahsiakan.

November 23, 2010

Gossip Gambar Seksi Rebecca di Laman Forum

Mungkin gambar lama yang diupload oleh seorang ahli di laman forum tersebut, tetapi ia menjadi topic perbualan hangat sehingga mencapai 13 muka surat komen tidak sampai sehari.


ZoOm pun terkejut juga nampak gambar ni sebab tak pernah terjumpa dan terbaca mengenai gambar tersebut yang sudah pasti menjadi bualan segenap lapisan masyarakat.


Gambar dekat bawah ni...click baca lagi..k

Februari 17, 2010

(Cerita Artis) Rebecca buat rawatan keluarkan susu demi Adam


Ini lah yang dinamakan sifat keibuan yang ada pada diri Rebecca Nur Al Islam, kerana sayangkan dan ingin menyusukan sendiri anak angkatnya Nor Adam Daniel,2 .Rebecca mengenepikan pandangan orang lain apabila beliau sanggup menjalani rawatan suntikan mengeluarkan susu badannya.Berikut luahan Rebecca mengenai anak angkat dan rawatan keluarkan susu badan.

"Selepas sahaja saya mendapatkan Adam, saya telah pergi ke sebuah hospital swasta untuk mendapatkan rawatan suntikan mengeluarkan susu," jelas Rabecca yang mengaku agak teruja untuk merasai pengalaman menyusukan anak.


Gadis kelahiran negeri Johor ini sanggup menyusukan Adam setiap hari walaupun sibuk dengan tugasannya seharian.

Disebabkan proses penyusuan ini juga membuat naluri keibuan Rabecca terhadap Adam seperti ibu sejati.

"Saya menyusukan Adam setiap hari dan saya rasa Adam seperti anak saya sendiri," ujar Rabecca yang sempat menyusukan anak lelakinya selama 3 bulan.

"Saya tidak mempunyai masalah. Tapi menurut doktor, dada saya akan terasa bengkak kerana proses pengeluaran susu.


"Tapi selepas tiga bulan menyusukan Adam, keadaan saya kembali seperti biasa," kata Rabecca.

Kata Rabecca, kasih dan sayangnya terhadap kanak-kanak membuatnya nekad untuk bergelar ibu seawal umurnya 22 tahun.

"Saya tidak pernah rasa terbeban kerana terpaksa menjaga Adam. Lagipun jika saya mempunyai masa lapang, kami akan habiskan masa bersama.

"Mujurlah, Adam bukan seorang budak yang banyak kerenah," kata aktres muda ini.

Menyedari dirinya belum berkahwin, Rabecca tidak pernah menjadikan tanggungjawab sebagai ibu sebagai alasan untuk dia meletakkan tugasan menjaga anaknya kepada ibu dan pembantu rumah.

"Saya pernah berjanji dengan diri saya untuk tidak menyusahkan sesiapa dan akan berusaha menjadi ibu yang terbaik untuk anak saya.

"Saya bersamanya setiap masa, tapi jika saya sibuk atau waktu penggambaran tidak mengizinkan membawa Adam, saya terpaksa tinggalkannya dengan ibu saya.


"Saya memang ada pembantu rumah tapi disebabkan banyak kes penderaan, saya tidak percaya tinggalkan Adam dengan orang lain," katanya yang tinggal bersama ibu dan kakaknya.

Tanggungjawabnya sebagai ibu turut membuatnya lebih prihatin tentang pengorbanan sebenar seorang ibu.

"Kini saya lebih menghargai pengorbanan ibu bapa saya yang bersusah payah berkorban untuk membesar dan memenuhi keperluan saya.

"Saya sedih tengok sesetengah anak yang sanggup membuang ibu bapa mereka sendiri," jelas Rabecca lagi.

Sepanjang bergelar ibu, Rabecca mengakui dia kini lebih matang dan menganggap segala gosip dan tohmahan yang diterimanya itu sebagai landasan untuknya lebih berjaya pada masa hadapan.

"Semenjak ada Adam, saya tidak ambil kisah mengenai gosip yang melanda diri saya.

"Adam memberi kekuatan pada saya dan saya menganggap kehadiranya membawa tuah dalam hidup saya," katanya yang mesra dipanggil 'Mama' oleh anaknya.

Menurut Rabecca, dia mula terdetik di hati untuk mengambil anak angkat setelah membaca berita di akhbar tentang pembuangan bayi yang semakin serius.

"Saya mempunyai anak buah seramai 14 orang. Semasa mereka masih bayi, saya selalu menjaga mereka.

"Saya sedih mendengar berita pembuangan bayi. Setiap hari saya berdoa supaya perkara sebegitu tidak berlaku lagi kerana sedih melihat bayi-bayi yang dibuang," katanya.

Kali pertama Rabecca menyuarakan hasrat untuk mengambil anak angkat, ibunya agak terkejut dan menyuruh dia fikir kembali kerana tanggungjawab itu sangat besar memandangkan dia masih muda serta belum berkahwin.

Tapi Rabecca tetap dengan pendiriannya untuk mengambil anak angkat. Dia juga berjanji akan memberikan penekanan pendidikan agama kepada Adam.

Di sebalik kesibukan tanggungjawab dan kariernya, ramai yang sudah tahu Rabecca sedang hangat bercinta dengan seorang duda beranak dua.

Rabecca mengaku dia kini sedang bahagia menjalani kehidupan bersama insan tersayang.

"Walaupun tidak selalu bersama, namun saya dengannya tiada masalah dan kami bahagia dengan cara sekarang.

"Anaknya juga boleh menerima saya dan kami selalu keluar makan bersama," katanya yang sudah terbiasa dipanggil 'Mama' oleh anak kekasihnya itu.

Ditanya desas-desus mengenai rumah tangga yang akan dibina pada tahun ini, Rabecca memberitahu dia akan mengumumkan mengenai rancangan perkahwinannya enam bulan sebelum mereka mengambil keputusan untuk berkahwin.

"Setakat ini, keluarga di sebelah sana sudah menerima saya tapi kami belum putuskan apa-apa lagi.

"Saya akan jemput semua rakan media dan kenalan artis serta semua orang yang kenali saya," ujarnya yang merancang mengadakan dua buah resepsi perkahwinan di Johor dan Kuala Lumpur.

Zoom: Bertuahnya anak angkat Rebecca ini, Apa kata anda ?

Februari 08, 2010

(Gambar) Anak Natasha dan Rebecca yang comel !!

Kehadiran Natasha Hudson dan Rebecca Nur Al Islam ke persada seni sememangnya memberikan tuah kepada industri kita. Biarpun pernah dikaitkan dengan beberapa konterversi, dua orang sahabat ini tidak gentar untuk memperhambakan diri pada seni dan sedia berdepan dengan cabaran yang lebih besar pada masa hadapan.

Lihatlah wajah anak-anak mereka disamping ibu tersayang,nampak berseri dan gembira tatkala si jurugambar meneruskan kerjanya..

Zoom:Apa kata anda !!?



Baca Selanjutnya

November 20, 2009

(Gossip)Rebecca Artis Ambulans !!


Rasa nak gelak pun ada apabila terbaca artikel dan temuramah wartawan bersama artis ini,Kalau anda baca tajuk gossip pun tentu tertanya-tanya kenapa Rebecca ini digelar "Gadis Ambulans".Semuanya gara-gara ketika penggambaran Rebecca terjatuh dan krew penggambaran terpaksa memanggil Ambulans untuk membawanya mendapatkan rawatan.Jum kita Zoom Statement Artis "Ambulans" ini..!!



Baca Selanjutnya

Semuanya gara-gara dia didakwa beberapa kali jatuh pengsan di lokasi penggambaran sehingga pihak produksi perlu menyediakan ambulans.

“Saya baru dua kali jatuh di lokasi penggambaran dan terpaksa memanggil ambulans, bukannya banyak kali seperti yang didakwa.

“Orang bodoh je yang minta jatuh, tapi saya memang terjatuh...,” ujar Rabecca ketika diaju tentang perkara itu.

Menurut gadis yang mesra dengan panggilan Becca ini, dia mengaku jatuh di lokasi penggambaran drama ‘Jangan Tegur..Lagi’ di sekitar Hospital Sungai Buloh baru-baru ini.

“Dua minggu lepas, saya terjatuh dan belakang badan saya terkena besi ‘terpacak’ setelah duduk di atas kerusi yang tidak berskru. Waktu tu, saya tengah ‘touch up’ muka dan tidak sedar yang kerusi itu tidak berskru.

“Masa mula-mula duduk tu, ‘ok’ lagi tetapi apabila saya gerakkan sedikit kerusi itu, saya terus terjatuh selepas itu.

“Nasib baik ‘make up artist’ dapat pegang saya tetapi waktu itu tulang belakang saya dah rasa sakit dan tidak boleh bergerak.

“Sebab mereka bimbang untuk mengangkat saya, itu yang terpaksa panggil ambulans. Nasib baik lokasi penggambaran itu dekat dengan Hospital Sungai Buloh.

“Selepas itu, empat jam saya ditempatkan di wad kecemasan dan setelah di x-ray, doktor kata tulang belakang saya tak patah.

“Saya juga bernasib baik kerana tidak ditahan di hospital itu. Doktor hanya beri saya cuti sakit selama dua hari untuk berehat,” ujarnya di mana dalam masa yang sama mengakui mempunyai penyakit migrain.

Dalam empat atau lima tahun lalu, Becca berkata dia juga pernah mengalami kecederaan sehingga terpaksa menggunakan khidmat ambulans.

“Saya betul-betul terjatuh semasa melakonkan babak berlari dengan pelakon Fauzi Nawawi dalam sebuah drama arahan Feroz Khan. Saya tergelincir jatuh kerana terpijak kertas sehingga pengsan.

“Saya tidak teruk pun tetapi mereka (krew) takut nak angkat dan selepas itu mereka terpaksa memanggil ambulans,” cerita Becca.

Zoom: Apa Komen Anda Mengenai Gossip "Gadis Ambulans" ni ?