Baca Selanjutnya
BAGI mereka yang bakal menonton lakonan sulung Yasmin Khanifdi layar perak menerusi filem Jalang yang akan mula memasuki pawagampada 26 November ini, pasti akan merasakan gadis berusia 21 tahun iniseolah-olah 'klon' kepada aktres Fasha Sandha.
Suaranya yang kedengaran seakan-akan Fasha serta wajah yangmempunyai iras pelakon popular itu ketika di dalam filem tersebutsememangnya membuatkan Yasmin sering 'diusik' oleh tetamu yang hadirpada majlis prebiu filem itu, dengan mengatakan dirinya saling tidaktumpah seperti Fasha.
Namun, bagi Yasmin sendiri atau nama sebenarnya Rosyasmin MohdKhanif, persamaan seperti itu hanya secara kebetulan dan akui pelakonberusia 21 tahun ini, dia sendiri juga sebenarnya kurang selesa dengan'disamakan' dengan Fasha.
Namun, bagi Yasmin sendiri atau nama sebenarnya Rosyasmin MohdKhanif, persamaan seperti itu hanya secara kebetulan dan akui pelakonberusia 21 tahun ini, dia sendiri juga sebenarnya kurang selesa dengan'disamakan' dengan Fasha.
"Sejujurnya, saya sendiri tidak tahu kenapa orang cakap saya macamFasha...mungkin secara kebetulan saja sebab ramai yang merasakan suarasaya seperti dia. Malah, sebelum ini pun memang ada juga yang berkatasedemikian.
"Tetapi kalau boleh, saya tidak mahu dikaitkan sebagai klon atausebagainya. Saya hanya menjadi diri saya sendiri dan tidak berniat punmeniru sesiapa.
"Lagipun saya masih baru dalam bidang lakonan ini dan saya harap,saya dapat dikenali dengan identiti tersendiri," kata anak kelahiranKuala Lumpur ini ketika ditemui sejurus berakhirnya prebiu filem arahanNazir Jamaluddin itu di Cineleisure, semalam.
Lantas menyambung cerita tentang filem sulung lakonannya itu pula,kata Yasmin, dia akui agak berdebar menantikan reaksi penonton apabilafilem terbitan De Baron Sdn Bhd itu muncul di pagawam kelak.
Semuanya gara-gara watak perempuan jalang dan aksi 'daring' yang dipamerkannya di dalam filem itu.
"Pada awalnya, saya tidak terfikir pun lakonan ini boleh mencetuskankontroversi walaupun saya tahu ia berkisarkan tentang perempuan jalang.Tetapi, setelah filem ini siap, saya akui memang gementar untuk lihatreaksi ramai kelak.
"Apapun, saya ingin tegaskan di sini, saya hanya melakonkan watakitu saja," ujar Yasmin yang sebelum ini banyak terlibat di dalamiklan-iklan komersial antarabangsa.
Selain Yasmin, turut membintangi filem yang berklasifikasi 18PLnamun bebas daripada potongan Lembaga Penapisan Filem (LPF) iniantaranya ialah Hairi Othman, Maria Farida, Helmi Husaini, Kuswadinata,Fizow Omar, Yank Kasim, Norlia Ghani, Faizal Hussein dan Ridzuan Hashim.
Secara ringkasnya, Jalang mengisahkan tentang Maria, seorangPerunding Kanan di salah sebuah syarikat antarabangsa milik Tan SriJamaudi yang menjadikan tubuh badannya sebagai barang dagangan demimendapatkan projek-projek besar di dalam dan luar negara.
Dia terperangkap dengan cinta lamanya, Ikram yang juga merupakananak kepada Datuk Nahu, orang perantaraan yang menjadi ‘jambatan’kepada kehidupan tidak bermoralnya.
Selepas dibuang buat kali yang kedua oleh kekasihnya Ikram, sebaikmendapat tahu tentang kehidupan sosialnya, Maria membawa diri kekampUng ibu angkatnya Mak Esah bagi muhasabah diri.
Dia diburu oleh teman baiknya Ben Adam yang dalam diam menyintainyawalaupun sejak awal lagi sudah mengetahui tentang kisah buruknya.
Mengulas lanjut tentang filem itu lagi, kata Yasmin yang pernahmembintangi beberapa buah drama sebelum ini, walaupun sedar pasti adayang akan mengkritik tentang penampilan seksinya dan aksi 'daring' didalam filem tersebut, dia bagaimanapun mempunyai alasan tersendiri.
"Tajuknya pun ialah 'jalang', jadi kalau tidak ada sikit babak-babakseperti itu, penonton tidak akan nampak betapa jalangnya perempuan itu.Tetapi babak-babak itu pun bukannya melampau sangat.
"Apapun, menerusi lakonan saya ini, sejujurnya memang saya tidakbegitu puas hati kerana rasanya saya boleh buat lebih baik lagi.
"Lagipun, ini adalah filem pertama saya dan saya harap dapatberpeluang membaiki lagi kelemahan diri,"katanya yang akan membintangidua buah filem baru selepas ini iaitu Blues Untuk Aku dan Insaf.
Ditanya pula bagaimana penerimaan keluarganya dengan penampilanpertamanya di layar perak menerusi filem yang agak 'panas' ini, ujarYasmin, memang dari awal lagi dia sudah memberitahu ibubapanya tentangjalan cerita filem tersebut.
"Saya menerima skrip filem ini seminggu sebelum memulakanpenggambaran di Langkawi. Dan saya jelaskan kepada keluarga tentangceritanya. Saya sanggup terima tawaran filem ini kerana saya tahu adamesej di sebalik apa yang ingin disampaikan.
"Setelah berbincang dengan ibubapa, mereka bersetuju tetapi memintakakak saya menjadi PA (pembantu peribadi) supaya dia boleh memantaulakonan saya dalam filem ini," kata pelakon dan model ini.
Zoom Komen : Semoga Berjaya Dalam Dunia Industri Hiburan Tanah air, Gossip-gossip tu kurangkan la erkk.. :) KOmen yerr..!!!