Maya Karin terpaksa redha dan sabar dengan kemelut yang melanda mahligai yang dibinanya bersama insan tersayang, Steven David Shorthose atau Muhammad Ali Abdullah, 41. Usia perkahwinannya yang baru sahaja hampir dua tahun itu membuatkan Maya ini tidak dapat menyembunyikan perasaan kecewa dan sedihnya kerana terpaksa melalui saat-saat getir dalam hidupnya.
"Saya memang sedih, saya tidak pernah terfikir perkara tersebut boleh terjadi dalam hubungan kami. Saya dan suami sedang mengalami keretakan dalam rumah tangga kami," katanya.
Maya yang masih lagi merahsiakan punca keretakan hubungan dengan suaminya itu, turut menjelaskan tidak wujud langsung orang ketiga sebagai punca dalam masalah rumah tangganya. Jadi betullah desas desus selama ini yang rumahtangganya retak, kan dah terbukti. Apatah lagi Menteri juga ambil pendapat mengenai perkara ini di dada utama akhbar tempatan.