Februari 10, 2012

Maya Karin Dilantik Sebagai Duta Muhibah Untuk OKU




KUALA LUMPUR: Yayasan Orang Kelainan Upaya Kelantan (YOKUK) telah melantik pelakon terkenal Maya Karin sebagai Duta Muhibah YOKUK dalam usaha mewujudkan persekitaran yang lebih kondusif untuk golongan orang kurang upaya (OKU).
"Saya benar-benar harap sebagai Duta Muhibah, saya dapat menonjolkan usaha-usaha YOKUK dalam membantu OKU dan menggalakkan orang awam menderma secara murah hati," katanya.

YOKUK adalah sebuah badan kebajikan bukan kerajaan yang menyediakan perkhidmatan kepada lebih 3,400 OKU di pusatnya di Kota Baharu, Kelantan, sejak 13 tahun lalu.

Bercakap kepada pemberita pada majlis pelantikannya di sini, Khamis Maya berkata peranannya sesuai dengan dirinya kerana beliau suka membantu.

Pada majlis itu Maya dan beberapa individu dan syarikat menyampaikan sumbangan kepada YOKUK serta melancarkan kempen baru YOKUK untuk mengumpul dana bagi membantu menampung kos pemulihan OKU di Kelantan dikenali sebagai "Menaja Pemulihan Seorang OKU".

Sementara itu, Pengarah Eksekutif YOKUK Datin Suliana Shamsuddin Alias berkata kehadiran selebriti itu akan memberi yayasan itu semangat untuk meningkatkan lagi kualiti hidup golongan kurang upaya.-BERNAMA


Info : Mstar & Bernama

ZoOM : Semoga niat murni dan ikhlas Maya akan dibalas dengan kebaikan.Apa kata anda mengenai artis yang terlibat dengan kebajikan seperti apa yang Maya buat ini.
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!