Memaparkan catatan dengan label Tips ZOOM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tips ZOOM. Papar semua catatan

April 03, 2012

Keluarga : Tips Untuk Mendapatkan Bayi Kembar


Faktor-faktor dan kebarangkalian mendapat anak kembar:

1.GENETIK
Jika dalam salasilah keluarga kita terdapat pasangan yang mempunyai anak kembar, kemungkinan besar kita juga mampu mendapat anak kembar. Ini kerana trait sedemikian mungkin telah diturunkan kat kita. Trait yang dimaksudkan ialah penghasilan dua ovum secara serentak dalam satu masa.

2.UMUR
Perempuan yang berumur 35-40 dan ke atas mempunyai potensi yang lebih besar untuk mendapat anak kembar. Pada ketika ini, kebanyakan wanita akan mengambil rawatan untuk kesuburan. Tambahan pula, mereka akan lebih cenderung untuk menghasilkan lebih dari satu ovum semasa proses ovulasi kerana proses tersebut telah terganggu oleh proses perimenopause.

3.BILANGAN ANAK
Lagi banyak bilangan seseorang individu pernah melahirkan anak, lagi tinggi peluang beliau untuk melahirkan anak kembar selepas itu.


4.BERAT dan KETINGGIAN
Perempuan yang tinggi atau perempuan yang lebih berat mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk mendapat anak kembar. Info dari kajian saintifik.

Mac 29, 2012

How To Check Your Blog Speed | Blog Speed Test | Timbang Berat Blog

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Anda tercari-cari cara untuk meringankan blog?
Antara tips ringankan blog Anda.


1. Minimumkan penggunaan widget untuk blog korang. Guna widget yang perlu untuk kebaikan pembaca sahaja. Bukan untuk menyusahkan pembaca.




Lihat gambar di atas. Jika lebih banyak widget yang digunakan, maka semakin lambat la blog korang untuk di paparkan secara keseluruhannya. Blogspot akan memanggil widget-widget tersebut daripada tapak asal widget tersebut berada.


ZoOM cadangkan, tidak perlu gunakan widget cursor mouse, widget jam, widget EPL, link within, auto music dan sebagainya. Widget seperti ini tidak penting untuk pembaca.


2. Paparkan 1 atau 2 sahaja entri di main page / laman utama blog Anda. Maksudnya, tidak perlu memaparkan ke semua entri korang dalam satu page. Ini akan menyebabkan blog Anda lambat untuk loading.


3. Kurangkan penggunaan photo yang bersaiz besar (bilangan byte photo) dan

Disember 15, 2011

ZoOM Tips : 8 Tips Menjadi Isteri Solehah



Wanita dan isteri yang solehah merupakan idaman dan dambaan bagi setiap suami di dunia ini. Ajaran Islam telah pun menggariskan panduan dan peraturan iaitu menjauhi larangan dan mematuhi segala perintah Allah agar hidup kita sentiasa mendapat rahmat dan diberkati.

Begitu juga dalam kehidupan berumahtanggan dan perkahwinan. Sesuatu perkahwinan itu akan terus kekal abadi jika pasangan suami-isteri tersebut menjalani hidup berlandaskan ajaran Islam. Oleh itu, pada blog post kali ini saya akan berkongsi dengan anda mengenai tips-tips yang boleh anda amalkan sebagai seorang isteri untuk menjadi seorang isteri solehah.

Berikut adalah tips-tips tersebut:


  1. Jangan sesekali anda meninggikan suara anda kepada

November 19, 2011

Tazkirah & Ilmu : 10 Tanda Si Dia Jodoh Anda

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa.
Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita?
Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar,
mata untuk melihat dan akal untuk berfikir.
Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan.

Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya.
Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?
Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :
1. Bersahaja

Julai 19, 2011

Insiden Tembak Menembak Di Seremban | Tips Balik Kampung

Hari ini ZoOM Cuti Rehat sebab cuti banyak lagi, dalam "Mood" boring sebab tak ada keje nak buat ternampak satu cerita yang baru berlaku di Seremban pagi tadi. Menurut info yang sahih dan tempat serta bukti gambar diatas menunjukkan berlaku tembak menembak di Pusat Bandar Seremban.

Sebenarnya "Post" ZoOM ingin berpesan sesama pembaca di ZoOMartis  dan Facebook supaya berhati-hati dikala musim perayaan yang semakin dekat. Sentiasa berhati-hati walau dimana anda berada, samada di rumah atau pun diluar sana. Penjenayah yang terdesak tak teragak-agak melakukan sesuatu diluar batasan manusia tanpa memikirkan nasib orang lain.

Fikir-fikirkanlah dan ingat mengingatilah diantara kita....


DAN BERIKUT TIPS SEBELUM BALIK KAMPUNG !!

1. Gas memasak


Biasanya kita hanya mencabut kepala gas tersebut dan merasakannya dah cukup, tapi sebenarnya tidak. Menurut abang Jat, tong² gas yang kita gunakan kat rumah sekarang sudah berusia dan sudah terlalu banyak kali digunakan. Jadi ada injap(kalau tak silap) yang sudah agak longgar. Ia tetap akan mengeluarkan gas setelah kita cabut kepala gas.

Jun 14, 2011

Tips ZoOM : Apa Yang Lelaki TIDAK SUKA Tentang Wanita

Wanita yang suka mengumpat
Sombong dan bongkak
Menunjukkan sikap yang terlalu memiliki
Wanita yang suka menunjuk-nunjuk untuk dapatkan perhatian
Terlalu ingin mengetahui hal peribadi si lelaki
Sukar buat keputusan terutamanya hal berkenaan hubungan mereka
Kurang sifat kasih sayang
Pengotor dan pemalas
Tak bertanggungjawab langsung
Tak pandai mengemas
Terlalu bebas dan kuat bersosial hingga tiada batasan pergaulan
Kuat berleter walau hal remeh temeh
Boros berbelanja
Tidak tahu memasak
Queen Control atau suka mengarah-arah
Tak pandai bergaya atau selekeh
Suka bermekap tebal sehingga hilang keayuan asli
Suka mengungkit-ungkit hal-hal lalu
Panas baran
Kuat merajuk dan sukar dipujuk

Jun 13, 2011

5 Kategori Wanita Yang Tidak Boleh Diajak Dating

Jika semalam ZoOM berkongsi dengan pembaca mengenai jejaka yang suka berpoya-poya hari ini mari kita berkongsi serba sedikit tips yang ZoOm jumpa didalam laman sesawang untuk dikongsi bersama. Walaupun hanya berupa tips simple tetapi mungkin ia berguna kepada insan bernama jejaka/adam/lelaki diluar sana.Jum layan.... :

5 Kategori adalah....

1. Kawan baik kakak anda.

Kenapa? Ini kerana apada permulaannya semua pasti nampak baik tetapi jika suatu hari nanti anda berselisih faham, semua rahsia anda akan dibongkar kepada kakak. Agak susah untuk anda mempertahankan diri bila ‘diserang’.

2. Setiausaha anda.

Kenapa? Seperti sedia maklum, ada orang yang memandang serong pada kerjaya seorang setiausaha. Bagi mereka, setiausaha hanya mahu menggoda boss, seterusnya berkahwin. Jika ia, anda keluar dengan setiausaha dan dalam masa yang sama, anda sudah berkahwin, anda mengiakan tanggapan orang ini.

3. Bekas teman wanita.

Jun 12, 2011

Tips ZoOM : Rahsia Wanita

Satu lagi sumber yang boleh dipercayai bagi golongan lelaki gunakan untuk memikat hati seseorang..mungkin berguna bagi anda, jika tak menjadi suruh je mak/ayah pinang anak sesiapa yang comel dan pandai ambil hati orang tua...lupa hormat orang tua...Sama-sama kita baca dan fikirkan..

Anda telah lama cuba menarik perhatian seorang perempuan. macam-macam telah anda lakukan, daripada belanja makan sehinggalah mengajaknya menonton wayang.

Tetapi apa yang berlaku tidak seperti yang anda harapkan.

Dia jarang menghantar SMS apatah lagi untuk menelefon. Setahu anda, dia juga sering keluar dengan lelaki lain. Peliknya anda masih lagi mengharap suatu hari nanti dia mungkin akan menerima anda. bagaimana untuk mengetahui bilakah anda harus melupakannya?

Jika anda seorang yang peka dan teliti, dia sebenarnya memberi banyak petanda bahawa dia tidak berminat untuk menjalinkan hubungan dengan anda.

Senarai tingkah laku yang bakal anda baca di bawah ini merupakan petanda yang biasanya dilakukan oleh wanita untuk menolak seseorang lelaki secara halus.

Setelah memahaminya, anda sebenarnya di dalam posisi terbaik untuk menentukan sama ada ingin meneruskan usaha atau melupakan hasrat itu tanpa perlu menggadaikan perasaan sendiri.

1- Dia menyatakan tidak bersedia untuk menjalin hubungan Inilah jalan penyelesaian paling klasik dan berkesan yang sering diamalkan oleh wanita apabila menyedari ada lelaki yang tidak disukainya cuba mendekati dirinya.

Cara ini 'bersih', tidak memerlukan sebarang persediaan dan langsung tidak memberi peluang untuk lelaki mencuba dengan lebih bersungguh-sungguh.

Jun 11, 2011

Cara Nak Tahu Boyfriend Anda Seorang Playboy [Bacaan Wanita]

Sekadar berkongsi dengan anda di ZoOmartis terutamanya kaum Hawa/Wanita yang sering kali kecewa dengan pasangan yang masing-masing. Baca dan fahami dan jika boleh dipraktikkan gunakan sebaik mungkin dan jika sebaliknya anggaplah ia sebagai bahan bacaan anda di laman maya ini.

1. If he is a playboy...dia xkan ajak korg untuk datang ke rumah ibu bapanya...i mean dia xkan ajak korg datang umah..

Tips: Pergi umah dia..then terus kol cakap dah ada kat rumah dia....haaa mau gelabah..heheh


2. Bila kat public...dia akan berlagak stylo and good looking..walaupun xbrapa nak style..dia akan wujudkan jarak antara korg dan dia...dan dia takkan kenalkan korg kat kawan-kawan dia..

Tips: Kalau kebetulan terserempak dengan kawan-kawan dia..korg suruh jer Boyfriend korg introduce kan kawan dia secara paksa..macam nak kenal2 gitu.....bagi jeles la kan..tgk dia jeles ke x...

3. Si playbooyer ni akan slalu cakap BUSY.. xde masa...banyak keje..ni lah itulah.....yelah...masa yang ada pi cari pompuan lain..

Tips: call pada waktu2 tertentu..atau tanya kawan-kwan dia..betul ker dia busy...atau buat-buat busy..kalau betul xpa...kalau xbetull.. aku raasa korg kena nilai balik..adakah dia lelaki yang ko cari selama ini?? teng teng teng...........


4.Dia akan slalu fixed kan masa date korang...for xample..dia akan sentiasa ajak kamu date hari jumaat...

Jun 10, 2011

PERBEZAAN ANTARA ISTERI DAN ‘GIRLFRIEND’ PADA PANDANGAN SEORANG SUAM

Sekadar Hiasan

Info yang ZoOm dapat daripada Internet untuk dikongsi bersama pembaca di ZoOMartis Dot Net & Facebook Fan, memang lawak tetapi ada yang boleh dijadikan pedoman atau panduan.
¤ isteri macam tv, ‘girlfriend’ macam handphone.
Dirumah tengok tv, pergi keluar bawak handphone

¤ Takde duit jual tv, ada duit beli handphone baru

¤ Kadang-kadang seronok tengok tv,
tapi selalunya masa banyak habis main handphone

¤Tv percuma sepanjang hayat, tapi handphone kalau tak bayar servis line,
talian akan ditamatkan serta merta.

¤ Tv saiznya besar, berat dan buruk, tapi Hp ‘cute’, comel, ramping dan banyak butang boleh picit dan boleh dibawa kemana-mana pada bila-bila masa saja.

¤ Kos penyelengaraan tv murah aje, lagipun jarang rosak, tapi Hp.. mak oii.. mahalnya selalu meragam plak tu.

¤ Yang sadisnya Tv ada remote control, tapi Hp takde

April 22, 2011

Pedoman : Untuk Tatapan para Suami

Ada aku peduli isteri dan anak2ku sudah makan atau belum...

Ada aku peduli jika isteriku tak sempat makan kerana sibuk melayan anak-anak....

Ada aku peduli jika isteriku masih di dapur menyediakan keperluan pagi esok ketika aku sedang berdengkur...

Ada aku peduli siapa yang membelikan sabun mandi, ubat gigi dan meletakkannya di dalam bilik aku bersiram....

Ada aku peduli dah berapa lama isteri aku begitu setia menggosok kain bajuku...

Ada aku peduli bagaimana layanan yg isteriku dambakan dari aku seorang suami...

Ada aku peduli apa perasaan isteriku bila aku pulang kerumah dengan wajah kusam dan masam....

Ada aku peduli adakah wang yang masih bersisa utk isteri dan anakku ketika aku hendak kepergian....

April 16, 2011

Doa : Doa Untuk Kekasih

Petua dan doa untuk pasangan diluar sana :




Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ya Allah...
Seandainya telah Engkau catatkan...
Dia milikku tercipta buatku...
Satukanlah hatinya dengan hatiku...
Titipkanlah kebahagiaan antara kami...
Agar kemesraan itu abadi...


Ya Allah...
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani...
Seringkanlah kami melayari hidup ini...
Ketepian yang sejahtera dan abadi...
Maka jodohkanlah kami...


Tetapi Ya Allah...
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku...
Bawalah dia jauh daripada pandanganku...
Luputkanlah dia dari ingatanku...
Dan periharalah aku dari kekecewaan...


April 05, 2011

Tips ZoOm : Tips Menjaga Bibir

Setiap kali kita melihat wajah seseorang, bibir merupakan salah satu dari bahagian yang tidak terlepas pandang. sebenarnya penampilan bibir amat penting sekali terutamanya bagi wanita. Bibir yang mengelupas dan kering akan membuatkan seseorang itu nampak selekeh atau tidak sihat.

Tahukah anda bahawa bibir sebenarnya sangat sensitif dan pelukan penjagaan yang sempurna? Lapisan bibir sangat nipis dan sensitif kepada cahaya matahari, bahan kimia, dan juga bahan-bahan lain yang mungkin terdapat dalam makanan atau minuman. Oleh itu elakkanlah dari memakai kosmetik yang mengandungi telalu banyak plumbum atau merokok yang boleh memberi kesan yang tidak baik untuk bibir anda.
Untuk memastikan bibir anda sentiasa sihat dan menarik, lakukanlah penjagaan seperti berikut :
  • Mengunakan lips balm/vaseline pada malam hari dapat memberikan nutrasi serta memperbaiki kulit bibir.
  • Bersihkan bibir anda setiap kali hendak mandi. Pastikan sisa-sisa kosmetik dibesrsihkan dengan

April 03, 2011

Tips ZoOm : Tips Kuruskan Badan Secara Sihat

Salah satu TIPS yang ZOOM jumpa dan rasa-rasa boleh dikongsi bersama pembaca di ZoOMartis. Bagi ZOOm nak kuruskan badan secara berlapar tidak sesuai kerana seluruh badan akan kekurangan tenaga.

JIka sebelum ini anda yang membaca artikel ini sering berlapar kerana berdiet bacalah 23 petua ini.




1JANGAN BERLAPAR


Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil,tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah.

Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi.


2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN

Tips ZoOM : Tips Mengatasi Perasaan Marah

Assalamualaikum Dan Salam Satu Malaysia, Kali ini ZoOm ingin berkongsi dengan anda beberapa Tips yang perlu kita praktikkan dalam kehidupan seharian. Dan kali ini ZOoM ingin berkongsi beberapa tips bagi mengatasai perasaan marah anda.


Perasaan amarah ini bak seumpama bukit yang tinggi. Jika kita tak dapat mengawal perasaan ni mungkin boleh menjadi gunung tetapi andai kita bijak mengawalnye insyaAllah ia akan menjadi semanis madu.








  • Baca Ta'awwuz ( “A'uzubillahi minas Syaitanirrajim” yang bermaksud jauhilah kami dari syaitan yang kena rejam ) kerana marah itu datang daripada hasutan syaitan



  • Ambil wudhu kerana wudhu ni bak ais yang menyejukkan sesuatu yang hot.




  • Berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar diselamatkan kita daripada sifat marah. Berdiam diri tue lebih baik dari bercakap banyak yang kadang2 menampakkan kebodohan diri sendiri.




  • Try imagine satu suasana yang indah dan mendamaikan macam suasana angin sepoi bahasa di tepi pantai atau bunyi air terjun yang menderu indah. Bestkan insyaAllah tenang…