Memaparkan catatan dengan label Perompak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Perompak. Papar semua catatan

Julai 19, 2011

Minah Kilang Hampir Dirogol Perompak Ganas !!



Dua org mamat sedang melakukan rompakan dlm sebuah bas:

Mamat 1 : Jgn sape2 pun bangun dan buat bising. Ni satu rompakan. Keluarkan semua brg bharga.

Minah 1 (Penumpang bas) : Nak keluarkan apa bang, kami mana ada bawak emas ke berlian ke, kami ni nak pegi kerja je ni ha, dah lewat ni. Bekal nasik ada la..

Terdengar saja cakap dari salah sorang minah tu, 2 orang mamat ni pun turun dari bas dan melihat bas tu dari luar. Baru la mamat2 ni tahu yang bas mereka rompak tu rupa-rupanya bas kilang. Patut la warna biru dn patutla semua pakai baju biru...Bas Kilang upernyer. Oleh itu, dengan selambanya mamat2 tu naik semula dalam bas.

Mamat 2 : Kalau barang kemas takde, takpe.. Tapi kami akan rogol kamu semua.

Minah 1 : Eh..eh.. awak biar betul. Takan nak rogol plak.. Abis tu nenek duk kat seat belakang tu takkan nak rogol jugak..?

Nenek duk seat belakang : Oooiii minah.....! Ko dengar tak mamat tu cakap tadi.. ia kata semua kan??? SO SEMUA LA!!!

Hahahaha...Lawak2


Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Insiden Tembak Menembak Di Seremban | Tips Balik Kampung

Hari ini ZoOM Cuti Rehat sebab cuti banyak lagi, dalam "Mood" boring sebab tak ada keje nak buat ternampak satu cerita yang baru berlaku di Seremban pagi tadi. Menurut info yang sahih dan tempat serta bukti gambar diatas menunjukkan berlaku tembak menembak di Pusat Bandar Seremban.

Sebenarnya "Post" ZoOM ingin berpesan sesama pembaca di ZoOMartis  dan Facebook supaya berhati-hati dikala musim perayaan yang semakin dekat. Sentiasa berhati-hati walau dimana anda berada, samada di rumah atau pun diluar sana. Penjenayah yang terdesak tak teragak-agak melakukan sesuatu diluar batasan manusia tanpa memikirkan nasib orang lain.

Fikir-fikirkanlah dan ingat mengingatilah diantara kita....


DAN BERIKUT TIPS SEBELUM BALIK KAMPUNG !!

1. Gas memasak


Biasanya kita hanya mencabut kepala gas tersebut dan merasakannya dah cukup, tapi sebenarnya tidak. Menurut abang Jat, tong² gas yang kita gunakan kat rumah sekarang sudah berusia dan sudah terlalu banyak kali digunakan. Jadi ada injap(kalau tak silap) yang sudah agak longgar. Ia tetap akan mengeluarkan gas setelah kita cabut kepala gas.

Februari 12, 2011

Norlia Ghani Di Ragut Di Ampang Park

Selepas Nasha Aziz dirompak baru-baru ini, dan yang terbaru artis veteran kita Norlia Ghani pula diragut ketika sedang menunggu teksi selepas mengeluarkan duit RM8000 daripada bank.


Macam macam yang digunakan oleh penjenayah pada hari ini untuk mendapatkan duit secara mudah tanpa mengeluarkan banyak tenaga.  Tapi inilah senario yang kerap kali kita dengar dan kadang-kadang ia berlalu didepan mata kita. Namun anda semua perlu berjaga-jaga jangan pula suatu hari nanti diri sendiri yang mengalami kisah hitam macam akak Norlia Ghani kita lalui.


Bagi ZoOm jika ingin mengeluarkan duit yang banyak, anda perlu memastikan ada lebih daripada 2 orang yang menemani anda. 


Anda pula bagaimana ?

Disember 18, 2010

Nama kumpulan perompak yang kelakar


*Sekadar berkongsi apa yang saya terbaca tadi tentang 1 rompakan. Ceritanya x la klaka, cuma gelaran kumpulan tu mcm menggeletek usus saya. Slalu dengar nama geng mamak la, kumpulan gagak hitam ke macho la jugak, ini nama...

Geng Bedak Sejuk
TEMERLOH: Dalam usaha mengelak wajah mereka dicam, dua penyamun bertindak melumur bedak sejuk pada muka mereka sebelum merompak seorang tukang gunting mengakibatkan kerugian hampir RM1,000 di Jalan Pak Sako, dekat sini, Isnin lalu.

Oktober 14, 2009

(Gossip) Kes Melissa Maureen dirompak dan dicabul: Polis kurang beri perhatian !!!


Kejadian berlaku minggu lepas pada waktu malam, apabila Melissa Maureen dan suami, Malique (bekas ahli Too Phat) bersama anak perempuan, Inca Medina, lima bulan sampai rumah di Section 6, Kota Damansara., didekati empat orang lelaki yang menaiki dua buah motosikal, Dua daripada lelaki itu membawa parang.

Tidak puas dengan mengambil dompet, telefon bimbit, rantai dan jam tangan mereka, dua dari perompak itu mula mencabul Melissa. Apabila Malique cuba menolak tangan mereka, kepalanya ditetak sebelum perompak-perompak itu memecut pergi.



Baca Selanjutnya

Dalam akhbar Malay Mail semalam, Melissa memberitahu keadaan Malique dan anaknya baik. Walaupun kehilangan kira-kira RM5,000 dalam bentuk wang tunai dan barangan tapi yang membuatkan Melissa paling terkilan ialah apabila kes mereka seakan tidak mendapat perhatian pihak polis.

Menurut Melissa, pihak polis hanya sampai di tempat kejadian 45 minit selepas panggilan dibuat. Selepas itu, disuruh Melissa dan suami ke balai polis Kota Damansara untuk membuat laporan. Di sana, pegawai polis bertugas dikatakan mengambil masa satu jam untuk mengambil laporan mereka, sambil menonton TV dan dengan keadaan kepala Malique yang berdarah.

Tambah Melissa, pegawai berkenaan gagal memasukkan butir-butir seperti dirinya dicabul serta nombor plat motosikal perompak. Selepas itu, mereka diberikan nama seorang inspektor dari cawangan Mutiara Damansara untuk dihubungi tetapi tiada nombor telefon yang diberikan. Selang beberapa hari kemudian, apabila mereka berjaya mendapatkan nombor inspektor berkenaan, mereka dimaklumkan beliau sendiri bahawa dia sedang bercuti

Zoom KOmen: Kesian kat Melissa ni mesti dia masih lagi trauma...!!