Julai 19, 2011

Insiden Tembak Menembak Di Seremban | Tips Balik Kampung

Hari ini ZoOM Cuti Rehat sebab cuti banyak lagi, dalam "Mood" boring sebab tak ada keje nak buat ternampak satu cerita yang baru berlaku di Seremban pagi tadi. Menurut info yang sahih dan tempat serta bukti gambar diatas menunjukkan berlaku tembak menembak di Pusat Bandar Seremban.

Sebenarnya "Post" ZoOM ingin berpesan sesama pembaca di ZoOMartis  dan Facebook supaya berhati-hati dikala musim perayaan yang semakin dekat. Sentiasa berhati-hati walau dimana anda berada, samada di rumah atau pun diluar sana. Penjenayah yang terdesak tak teragak-agak melakukan sesuatu diluar batasan manusia tanpa memikirkan nasib orang lain.

Fikir-fikirkanlah dan ingat mengingatilah diantara kita....


DAN BERIKUT TIPS SEBELUM BALIK KAMPUNG !!

1. Gas memasak


Biasanya kita hanya mencabut kepala gas tersebut dan merasakannya dah cukup, tapi sebenarnya tidak. Menurut abang Jat, tong² gas yang kita gunakan kat rumah sekarang sudah berusia dan sudah terlalu banyak kali digunakan. Jadi ada injap(kalau tak silap) yang sudah agak longgar. Ia tetap akan mengeluarkan gas setelah kita cabut kepala gas.

Jadi untuk keselamatan, selepas cabut tong gas, sila letakkan di tempat terbuka, iaitu ada pengudaraan. Takut² nanti kalau kita biarkan di dalam, gas² yang keluar sedikit demi sedikit akan membahayakan keselamatan (kalau ada sedikit haba sekalipun memang bahaya)

2. Mengantuk semasa memandu

Kalau memandu semasa siang/panas, mata kita akan cepat mengantuk, jadi ada tips dari saudara Zikri iaitu kita berhenti dahulu dan pijaklah jalan tar yang panas tanpa memakai kasut atau selipar.( jangan buat tengah² jalan pulak).

Setakat ni dah ada yang cuba dan memang berkesan. Belum jumpa lagi fakta saintifik tentang cara ni.hehe. Tengah cuba dicari.

Cadanganku ; Sediakan tuala kecil yang direndam dalam air dan letakkan disebelah pemandu. Setiap kali mengantuk, ambil tuala yang basah itu dan sapulah kat muka. Mesti segar sedikit.hehe

3. Bila kembali

Bila kita sudah kembali ke rumah selepas raya nanti, pastikan buka semua tingkap terlebih dahulu untuk pengudaraan. Risau kalau tong gas yang disimpan mengeluarkan gas dan terperangkap di dalam rumah. Jangan sampai dirumah terus nyalakan api rokok!.


Itu adalah antara tips yang tak pernah dengar lagi. Banyak lagi tips yang sudah biasa kita dengar seperti cabut semua plug@ matikan suis utama, motor simpan kat dalam rumah dan lain². Kalau ada tambahan sila tambah di ruang komen. Terima kasih.

ZoOM : APa KOmen anda ?

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!