Selepas Nasha Aziz dirompak baru-baru ini, dan yang terbaru artis veteran kita Norlia Ghani pula diragut ketika sedang menunggu teksi selepas mengeluarkan duit RM8000 daripada bank.
Macam macam yang digunakan oleh penjenayah pada hari ini untuk mendapatkan duit secara mudah tanpa mengeluarkan banyak tenaga. Tapi inilah senario yang kerap kali kita dengar dan kadang-kadang ia berlalu didepan mata kita. Namun anda semua perlu berjaga-jaga jangan pula suatu hari nanti diri sendiri yang mengalami kisah hitam macam akak Norlia Ghani kita lalui.
Bagi ZoOm jika ingin mengeluarkan duit yang banyak, anda perlu memastikan ada lebih daripada 2 orang yang menemani anda.
Anda pula bagaimana ?
Memaparkan catatan dengan label Norlia Ghani. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Norlia Ghani. Papar semua catatan
Februari 12, 2011
September 28, 2009

Pelakon Rusdi Ramli, 39, (dua, kiri) bersama ayahnya, Ramli Ismail, 68, (dua, kanan) menunggu jenazah Edi Rezal Ramli, 33, di luar Bilik Mayat Hospital Besar Kuala Lumpur Menurut pelakon yang lebih dikenali menerusi drama komedi ini, anak bujangnya itu tinggal bersamanya di pangsapuri itu.
Kiranya, Syawal yang diraikan kali ini agak meruntun hatinya namun dalam berduka, pelakon yang dikenali dengan nama Joyah ini tidak lepas mendoakan agar pencuri itu berubah dan mengambil iktibar daripada kemalangan yang berlaku kepada anaknya.
“Arwah cuba menangkap pencuri yang masuk ke rumah orang lain tetapi selepas itu dia terjatuh.
“Ramai orang nampak dia jatuh dan saya pun tak pasti samada pencuri tu berjaya ditangkap atau tak sebab orang lain lebih menumpukan kepada anak saya yang jatuh.
“Saya harap pencuri itu insaf sebab anak saya pun dah meninggal..
“Saya terkejut kerana ia berlaku semasa kita seronok beraya dan tak sangka yang tahun ini merupakan tahun terakhir dia sambut raya dengan saya dan ahli keluarga yang lain.
“Masa raya baru-baru ini, kami sempat juga raya bersama dan mak saudara dia pun ada datang dari Amerika. Jadi, kami dapat beraya beramai-ramai.
Labels:
Artis Malaysia,
Keluarga Artis,
Kisah Sedih,
Norlia Ghani,
Rusdi Ramli
September 27, 2009
(Celebrity News) Adik Rusdi Ramli Meninggal Dunia !!

KUALA LUMPUR 27 Sept. — Tindakan berani anak ketiga pelakon Norlia Ghani ketika cuba menangkap pencuri yang menceroboh sebuah unit di tingkat tujuh Pangsapuri Murni Titiwangsa, Keramat di sini meragut nyawanya sendiri apabila dia terjatuh dari bangunan itu hari ini.
Kejadian pada kira-kira pukul 12 tengah hari itu menyebabkan Edi Rizal Ramli, 33, yang juga adik kepada pelakon Rusdi Ramli maut akibat tergelincir ketika mahu memanjat ke balkoni unit berkenaan.
Abang mangsa, Romiza, 36, berkata, seorang lelaki dikatakan memasuki unit di tingkat tujuh dengan memanjat saluran paip dan Edi Rizal yang mahu menangkap lelaki itu turut berbuat demikian tetapi tergelincir akibat tidak dapat mencapai palang besi di anjung unit itu.
Romiza berkata, terdahulu adiknya bergegas ke tingkat tujuh sebaik diberitahu seorang pencuri sedang bersembunyi di situ selepas lelaki berkenaan dikatakan memecah masuk unit kediaman di tingkat lapan.
“Dia (Edi) kemudian panjat balkoni melalui saluran paip selepas gagal masuk melalui pintu hadapan unit di tingkat tujuh itu tetapi dia tergelincir dan terjatuh,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur(HKL). - Bernama
Al-Fatihah semoga arwah berada dikalangan orang yang beriman..
Labels:
Anak Artis,
Artis Malaysia,
Malaysia News,
Norlia Ghani,
Rusdi Ramli
Langgan:
Catatan (Atom)