September 28, 2009
Pelakon Rusdi Ramli, 39, (dua, kiri) bersama ayahnya, Ramli Ismail, 68, (dua, kanan) menunggu jenazah Edi Rezal Ramli, 33, di luar Bilik Mayat Hospital Besar Kuala Lumpur
Menurut pelakon yang lebih dikenali menerusi drama komedi ini, anak bujangnya itu tinggal bersamanya di pangsapuri itu.
Kiranya, Syawal yang diraikan kali ini agak meruntun hatinya namun dalam berduka, pelakon yang dikenali dengan nama Joyah ini tidak lepas mendoakan agar pencuri itu berubah dan mengambil iktibar daripada kemalangan yang berlaku kepada anaknya.
“Arwah cuba menangkap pencuri yang masuk ke rumah orang lain tetapi selepas itu dia terjatuh.
“Ramai orang nampak dia jatuh dan saya pun tak pasti samada pencuri tu berjaya ditangkap atau tak sebab orang lain lebih menumpukan kepada anak saya yang jatuh.
“Saya harap pencuri itu insaf sebab anak saya pun dah meninggal..
“Saya terkejut kerana ia berlaku semasa kita seronok beraya dan tak sangka yang tahun ini merupakan tahun terakhir dia sambut raya dengan saya dan ahli keluarga yang lain.
“Masa raya baru-baru ini, kami sempat juga raya bersama dan mak saudara dia pun ada datang dari Amerika. Jadi, kami dapat beraya beramai-ramai.
Labels:
Artis Malaysia,
Keluarga Artis,
Kisah Sedih,
Norlia Ghani,
Rusdi Ramli