September 28, 2009

(Gossip) Suami Noniswara didenda RM 700 Pukul isteri !!!!

Rosman bernikah dengan aktres Noniswara pada 31 Julai lalu

KUALA LUMPUR: Pengerusi Syarikat Telekomunikasi, U Mobile, Datuk Rosman Ridzuan, yang juga suami kepada pelakon Noniswara Baharudin didenda RM700 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini, selepas mengaku bersalah memukul bekas isterinya, Azura Ibrahim, empat tahun lalu.

Majistret Mohd Faizi Che Abu turut mengarahkan Rosman dipenjara seminggu jika gagal membayar denda itu.

Pada 20 Ogos lepas, Rosman, 52, mengaku tidak bersalah di mahkamah yang sama bagaimanapun menukar pengakuan kepada bersalah sebaik pertuduhan mengikut Seksyen 323Kanun Keseksaan itu dibacakan terhadapnya.

Rosman, yang baru sahaja berkahwin dengan Noniswara Julai lalu, didakwa dengan sengaja mencederakan Azura Ibrahim, 37, di Tingkat 3 Plaza Kuala Lumpur, 179 Jalan Bukit Bintang, di sini, pada pukul 12.30 tengah hari, 8 April 2005.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Ain Zulkifli manakala Rosman diwakili peguam Firuz Jafril.

Info: Mstar

Zoom Komen: Dah Denda Rm700 mungkin dah selesai la masalah di mahkamah tetapi dekat luar hanya mereka dan mereka je yang tau..!!! zoom pun nak tau reaksi dari pihak bekas isteri..Sama-sama kita tunggu...!!! Apa Komen u alls