Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah
yang maha Esa.
Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan
untuk kita?
Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk
mendengar,
mata untuk melihat dan akal untuk berfikir.
Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia
cinta yang ditakdirkan.
Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya.
Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya.
Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan
cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan,
dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang
diperkatakan?
Berikut adalah 10
petanda yang
menunjukkan dia adalah jodoh kita :
1. Bersahaja
Kekasih kita itu
bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara
percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak
dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya,
sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang
berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia
adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh
kita.
2. Senang
Bersama
Walaupun kita
selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan
pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang,
gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang
sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin
berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit
kehilangan.
3. Terima Kita
Seadanya
Apapun kisah
silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu
perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak
mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang.
Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil
hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia
berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah
bersedia menjadi pasangan hidup kita.
4. Sentiasa
Jujur
Dia tidak kisah
apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur
yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh
dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi
kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila
berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila
dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita.
Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang
disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah
sebaik-baik pilihan.
5. Percaya
Mempercayai
Setiap orang
mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat
mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin
memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang
berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari
dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia
kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak
berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta
sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang
memperoleh kedua-duanya.
6. Senang
Bekerjasama
Bagi kita yang
inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita
dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu
memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.
Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan
meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat
melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat
melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya
bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.
Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang
memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini
menyusahkan?
7. Memahami Diri
Kita
Bagi pasangan
yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia
bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita
mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia
menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira
kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga
bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri
lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi
pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala
suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi
pasangan hidup kita.
8. Tampilkan
Kelemahan
Tiada siapa yang
sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang
sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan
keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak
terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu
bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya.
Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila
dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang
kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan
sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup
bersamanya.
9. Kata
Hati
Dengarlah kata
hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui
dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling
tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu
sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu.
Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia
ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah
segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
10. Solat Istikharah
dan Tawakkal
Jodoh dan
pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia
ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan
sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang
mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon
supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat
petunjukNya.
ZoOM : Bak kata pepatah Jodoh dan pertemuan ditangannya, jangan terlalu berharap dengan sesuatu yang belum pasti dapat dicapai dan dikotakan dalam dunia ini.
Apa Kata Anda Mengenai Info ini ?
Info : Pemaniskata