Kisah seorang budak yang masih mentah dan memerlukan seseorang untuk menjaga kanak-kanak ini, namun apa yang berlaku sebaliknya. Kerana kesempitan hidup yang tidak dapat dielakkan beliau menjadi mangsa keadaan dek kerana kesempitan hidup keluarga. Berikut kisah yang sempat ZoOm Jumpa dan kongsi bersama dengan and, bacalah :
Pemandangan menyedihkan ini terjadi di Kemboja. Dimana seorang anak kecil yang bernama Tha Sophat yang berusia 18 bulan terpaksa menyusu terus dari seekor lembu,sejak ibunya keluar mencari pekerjaan kerana keadaan hidup yang tidak punya apa apa setelah badai melanda negeri tersebut.
Datuk Tha Sophat yang kini menjaganya mendedahkan bahawa cucunya melakukan hal ini sejak Julai lalu, ketika orang tuanya meninggalkan Kemboja untuk mencari nafkah ke Thailand.Menurut Um Oeung (46), cucunya Sophat mendadak sakit ketika berhenti menyusu dari ibunya, dan ketika budak tersebut melihat seekor lembu menyusu pada ibunya, Dia mulai melakukan hal yang sama, yakni menyusu langsung dari induk lembu setiap hari.
Oeung pernah cuba menghalang cucunya menyusu dari lembu tersebut, namun itu membuat Sophat menangis dan membuat datuk yang sangat menyayangi Sophat tak berdaya sehingga terpaksa membiarkannya.Tetangga serta pegawai tempatan di desa Pheas di wilayah Siem Reap (sekitar 195 kilometer dari ibu kota Phnom Penh) mengatakan mereka tidak berkenan mengenai cara Oeung merawat cucunya tersebut.
“Mereka terus menyalahkan saya, dan memaksa saya untuk tidak membiarkan Sophat menyusu dari lembu lagi. Kerana mereka mengatakan bahawa anak itu akan merasa malu ketika dia besar dan nanti akan menjadi nakal, “katanya sambil menambah bahawa saat ini dia telah menghadkan Sophat menyusui, yakni satu kali saja setiap hari.
Walaupun begitu, Um Oeung menjelaskan bahawa cucunya dalam keadaan sihat dan kuat, bahkan kebiasaan menyusunya yang anehnya ini belum sekalipun menyebabkan Sophat terkena apa apa penyakit.- Reuters
ZoOM : Apa Kata Anda ?
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!
Follow @zoomartis