Pelakon drama bersiri Gerak Khas, Farid Amirul Hisham Wu Abdullah yang dikenakan waran tangkap kerana gagal hadir dalam prosiding rayuan di Mahkamah Rayuan, dibebaskan dengan jaminan RM20,000 hari ini sementara menunggu rayuan pendakwa raya, esok.
Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Abdul Malik Ishak yang bersidang bersama Datuk Aziah Ali dan Datuk Wira Mohtarudin Baki memutuskan pelakon itu dibebaskan dengan seorang penjamin selepas membenarkan permohonannya.
Farid Amirul yang lebih dikenali dengan panggilan “Detektif Lim” ditangkap sepasukan polis di Tambun, Ipoh, Perak pada Jumaat lalu ekoran waran tangkap yang dikeluarkan oleh Mahkamah Rayuan pada 6 Disember tahun lalu kerana gagal hadir dalam prosiding rayuan pendakwa raya.
Dia ditangkap hasil maklumat orang ramai ketika terlibat membantu krew sebuah produksi menjalani pengambaran di negeri itu. Dia ditempatkan di lokap selama empat hari sebelum dibawa ke mahkamah hari ini.
Pendakwa raya merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan
Memaparkan catatan dengan label Mahkamah. Papar semua catatan

Mac 28, 2012
Februari 04, 2012
Anuar Zain Terima Royalti RM 18,859.38 dari Syncrosound Records
KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan syarikat rakaman, Syncrosound Records Label Music Sdn. Bhd. (Syncrosound) membayar royalti sebanyak RM18,859.38 kepada penyanyi, Anuar Zain.
Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Nurul Nadzia Abdul Aziz membuat keputusan itu di dalam kamarnya.
Semalam ditetapkan untuk keputusan taksiran jumlah royalti yang perlu dibayar syarikat rakaman itu kepada penyanyi itu bagi penjualan dua albumnya. Kedua-dua album itu menggunakan namanya sebagai judul.

Labels:
Anuar Zain,
Artis Malaysia,
Cerita Artis,
Konterversi,
Mahkamah
Julai 15, 2011
Raja Azmi Hampir Sekali Lagi Kena Waran Tangkap
Alahai sekali lagi Penerbit filem .....Botol dan isteri bekas pemain badminton Malaysia, Jailani Sidek hampir ditahan kerana gagal hadir menjadi saksi di Mahkamah. Waran tangkap yang dikeluarkan semalam 14 Julai 2011 hampir mengulangi kisah beliau ditangkap tahun lepas.
Dan berikut alasan beliau mengenai kegagalan hadir ke mahkamah :
Semuanya kerana kes pembelian tanah....Tanah...oh tanah.... !!!
ZOoM : Apa Komen ANda ?
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis

Semasa disoal oleh Lim, Raja Azmi mendakwa ketidakhadirannya di mahkamah adalah disebabkan dia berada di hospital sejak empat hari lalu bagi menjalani pembedahan mata.Nasib baiklah wang jaminan RM30 ribu dapat diberi kalau tidak alamat tidur lokap lagi lah akak Raja Azmi kita.
Raja Azmi: Pada pagi itu, salah satu tulang saya tidak berada di tempat yang betul dan memberikan kesan kepada saraf dan menyebabkan oksigen tidak sampai ke otak.
Selain itu, isteri kepada bekas pemain badminton negara, Jailani Sidek itu juga mendakwa dia mengalami masalah di bahagian leher.
Semuanya kerana kes pembelian tanah....Tanah...oh tanah.... !!!
ZOoM : Apa Komen ANda ?
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis
April 16, 2011
Norman Dan Memey Kena Waran Tangkap !!
Norman2...Meymey2....!!!
KUALA LUMPUR: Pasangan pelakon, Norman Hakim dan Memey Suhaiza dikenakan waran tangkap ekoran kegagalan mereka untuk menghadiri prosiding kes khalwat di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Jumaat.
Hakim Syarie Salehan Yatim mengeluarkan waran tangkap tersebut selepas mendapati penjelasan yang diberikan mengenai ketidakhadiran pelakon berkenaan adalah tidak munasabah.
Peguam syarie Munirah A Bakar yang menyebut bagi pihak Fakhrul Azman Abu Hassan yang sedang berada di luar negara terlebih dahulu memberitahu, beliau menerima panggilan telefon daripada Norman.
Labels:
Artis Malaysia,
Hot News,
Mahkamah,
memey dan Norman,
Norman hakim
April 12, 2011
Ameng Spring dipenjara 8 tahun dan 10 Sebatan Kerana Dadah !!
Ini berita yang terbaru ZOoM baca daripada akhbar utusan online mengenai keputusan mahkamah Ameng Spring mengenai kes beliau kantoi kes dadah sebelum ini.
ZoOM : Kesian dekat anak-anak dan isteri, namun natijahnya inilah lumrah kehidupan yang penuh dengan dugaan dan cabaran.
Suka Gossip Ini ClickLah Like !!
12/04/2011 12:53pm
Oleh RIZANIZAM ABDUL HAMID
MELAKA 12 April – penyanyi Ameng Spring dijatuhi hukuman 8 tahun penjara, 10 sebatan dan dua tahun pengawasan polis setelah mengaku bersalah atas tiga kesalahan dadah termasuk satu pertuduhan tambahan di mahkamah sesyen di sini hari ini. – Utusan
Suka Gossip Ini ClickLah Like !!
November 02, 2010
Ameng Spring Dipenjara dua bulan dan denda RM4000
Akhirnya Mahkamah Majistret hari ini menjatuhkan hukuman dua bulan penjara dan denda RM4,000 kepada Ameng yang juga Vokalis kumpulan Spring atas tuduhan memasukan dadah jenis ganja ke dalam badan pada 2 April yang lalu
Oktober 19, 2010
Gossip : Rumah tangga Saida AF Dikatakan Retak dan Goyah !!?
Ini pula Gossip rumahtangga Akak Datuk Siti kita, Saida. Zoom cuma copy and paste je. Sebab biarlah empunya diri yang memberitahu kebenaran atau fitnah semata-mata. Namun dibawah ini adalah tulisan dan karangan seseorang yang entah dari mana info yang dia dapat. Zoom doakan semoga keluarga Saida tidak goyah seperti yang diperkatakan di laman forum/bharian online ini...Bacalah dan apa kata anda ?
Labels:
Akademi Fantasia,
Artis Malaysia,
gossip,
Kakak Artis,
Mahkamah,
Saida,
siti nurhaliza
September 22, 2010
Badrul Muhayat Sah Bercerai Dengan Bekas Isteri Julia Daud di Mahkamah Syariah
Sedih tengok artis-artis kita saban hari makin ramai yang mengisi kalendar artis yang bergelar janda dan duda. Malah saban kali gossip-gossip panas mereka menjadi topic hangat di media cetak dan elektronik. Inilah yang dinamakan dunia glamour apabila kisah mereka menjadi perhatian di mata umum kerana mereka adalah ikon yang dikenali di Malaysia mahupun di luar negara.
Mac 03, 2010
(Gossip) Aminah Raphor Tidak Akan Maafkan Nabil
Nabil....Ohh Nabil nasi dah jadi bubur, nampaknya lepas ini sediakan la duit untuk bayaran peguam.!! baca je la gossip mengenai pengarah Aminah Rahpor nak saman Nabil di bawah:-
Kesalahan yang dilakukan oleh pelakon komedi Ahmad Nabil Ahmad tidak akan dimaafkan oleh Pengarah dan Penerbit Bersama filem Lu Pikirlah Sendiri de Movie (LPSdM), Aminah Raphor. Baru-baru ini, juara Raja Lawak Musim Kedua itu didakwa telah melanggar kontrak dengan produksi SDAF Pictures Sdn Bhd iaitu tidak memberikan kerjasama semasa promosi filem itu dijalankan dan mengeluarkan kenyataan yang telah ‘menjatuhkan’ filem itu.
“Saya dan seorang lagi penerbit filem ini, Datuk Suhaimy Othman tetap akan menyaman Nabil kerana ramai yang enggan menonton LPSdM disebabkan kenyataannya semasa tayangan perdana filem itu. Saya mendapat tahu respons itu menerusi cakap-cakap orang di Internet. Itu pun sudah membuktikan yang penonton tidak mahu menontonnya,” jelasnya mengenai filem yang setakat ini telah berjaya mengutip RM2.1 juta.
Walaupun filem yang turut dilakonkan oleh aktres kontroversi Puteri Sarah itu telah selesai wajib tayang pada Khamis lalu namun masih ada sesetengah pawagam yang menayangkan filem itu.
“Produksi telah membelanjakan modal sebanyak RM1.8 juta untuk penggambaran filem itu. Namun, kami masih menanggung kerugian,” ujarnya yang pertama kali mengarah dan menerbitkan filem.
Aminah berpendapat, tindakan untuk menyaman Nabil bukan untuk menghukum pelakon itu semata-mata malah diharap dapat dicontohi oleh artis ‘segera’ yang lain.
“Kita bukan nak kenakan Nabil tetapi sebab perkara ini sudah ‘pecah’. Dia merupakan bintang baru ‘segera’ dan ramai lagi bintang baru yang glamor lahir daripada program realiti. Saya perlu buat perkara ini sebagai pengajaran untuk artis Malaysia kerana sesetengah daripada mereka ada yang tidak bertanggungjawab. Saya nak mereka semua beringat dan sedar agar tiada lagi perkara yang merugikan syarikat,” tegas Aminah yang turut merupakan pengarah teater.
Pada minggu ini, dia dan Suhaimy akan berbincang dengan peguam mereka berhubung kes saman itu.
“Setakat ini kami belum memutuskan jumlah saman ganti rugi yang akan dituntut ke atas Nabil,” tuturnya yang belum melunaskan 20 peratus bayaran terakhir kepada Nabil dan pelakon-pelakon lain.
Katanya, bayaran itu akan diberikan selepas mereka selesai tempoh promosi filem itu.
“Kami belum bincangkan lagi sama ada akan menjelaskan baki bayaran itu kepada Nabil atau tidak,” ujarnya.
Pada 14 Februari lalu, Nabil hanya membuat permohonan maaf terbuka dalam dua akhbar mingguan, termasuk Berita Minggu tetapi tidak secara terus kepada mereka selaku pengeluar filem berkenaan. Aminah turut mengakui Bintang Paling Popular 2008 itu belum memberikan apa-apa tindakan terhadap produksi itu atau pun berdepan dengannya.
“Sejak insiden itu, Nabil tak pernah datang berjumpa dengan saya mahu pun memohon maaf. Tetapi dalam Galaksi di TV9 baru-baru ini, dia kata kalau nak saman, samanlah kerana tidak tahu nak buat apa,” tuturnya yang juga pensyarah Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam.
Sebelum ini, Nabil dalam kenyataannya melahirkan perasaan kecewa terhadap filem lakonan sendiri, selain mendakwa pembikinan LPSdM tidak disempurnakan dengan baik.
Februari 24, 2010
(Gossip) Mamat Exist, Bekas Isteri Bercerai Talak Dua !!!
Alahai satu lagi kisah penceraian artis kita,yang terbaru Zoom baca di Mstar sebentar tadi Mamat Exist telah bercerai dengan bekas pasangannya Marshila Mustafa,30 di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan hari ini.
Hakim Ab. Malek Awang memutuskan demikian selepas berpuas hati dengan keterangan kedua-dua pihak.
Lafaz cerai itu didakwa berlaku pada 29 Oktober 2009.
Pasangan itu berkahwin pada 2001 dan mempunyai tiga orang anak iaitu, Aleeya Mysara, 7, Mohd. Eiki Daniell, 5 dan Dylea Mysara, 3.
Labels:
Artis Malaysia,
Gambar Artis,
Keluarga,
Mahkamah,
Mamat Exist,
Penceraian Artis
Februari 06, 2010
(Gossip) Saksi kes khalwat Norman dan Memey ada masalah ingatan !!!
Alahai...saksi pelupa la pulak, saksi kes khalwat pasangan pelakon Memey Suhaiza dan Norman Hakim kerap memberi keterangan bercanggah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Kuala Lumpur. Lebih daripada itu Pegawai Penguat Kuasa Agama Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Nafarul Azian Che Nan, 34, mengaku bahawa dirinya mempunyai masalah ingatan ekoran memberi keterangan yang berbeza-beza.
Baca Selanjutnya
Beliau menjelaskan masalah yang dihadapinya itu kepada mahkamah selepas peguam Fakhrul Azman Abu Hassan yang mewakili pasangan itu, tidak berpuas hati dengan keterangan saksi itu pada sesi soal balas.Contohnya :-
Nafarul kemudian menjelaskan sambil tersenyum:
Info : Mstar
Zoom: Apa kata anda ?

"Berdasarkan keterangan yang kamu berikan sebelum ini adalah berbeza iaitu kamu telah menyatakan ada mengetuk pintu tingkat atas, di mana tertuduh lelaki berada, sebanyak lima kali dan pada hari ini kamu menyatakan tidak ingat pulak. Keterangan kamu menyebabkan mahkamah keliru dan keterangan yang mana satu mahkamah boleh terima pakai,"soal Fakhrul Azman.
Nafarul kemudian menjelaskan sambil tersenyum:
"Saya minta maaf Hakim, saya memang ada masalah cepat lupa dan saya tidak ingat dengan keterangan saya sebelum ini".
Info : Mstar
Zoom: Apa kata anda ?
Labels:
Artis Malaysia,
gadis Melayu,
Khalwat,
Mahkamah,
Memey Suhaiza,
Norman hakim,
Tangkap Basah
Februari 03, 2010
(GAMBAR) Kawin Adukataruna, blogger yang hina sultan
Inikah wajah Blogger yang menghina Almarhum Sultan Johor Khairulnizam Abdul Ghani, 29 atau dikenali dengan nama Aduka Taruna membuat kenduri kahwin di rumahnya di Seremban. Aduka taruna yang menghiris hati rakyat Johor dan 40 laporan polis yang rata-ratanya dari UMNO Johor ditahan 4 hari diikat jamin RM5000.
Baca Selanjutnya
Kedua-dua mempelai yang memakai pakaian serba kuning meraikan tetamu, rakan serta sanak saudara pada majlis makan beradat kira-kira jam 1.30 tengah hari. Siap pakai baju teluk belanga Johor lagi.
Kelmarin, Khairulnizam yang bekerja sebagai juruteknik komputer dituduh menghina dengan niat menyakiti institusi kesultanan Johor dan rakyat dengan memuat naik di dalam laman blognya dengan nama Adukataruna.
Dia dituduh melakukan perbuatan itu di rumahnya di alamat 297, Rumah Rakyat Panchor, Paroi antara jam 7.25 malam hingga 9.05 malam pada 22 Januari lalu.
Info : psdcollection / Cari Forum
Zoom: Kan dah kena saman...tak pasal-pasal kena masuk mahkamah kerana jari-jari nakal dia ini..bergurau tidak mengenal tempat dan masa yang sesuai...!!!
Apa kata anda !?

Januari 28, 2010
(Gossip) Jamal Abdillah Dilepas Tanpa Dibebas, Kes ugut isteri !!
Terlepas lagi satu masalah abang jamal kita ni,tak habis satu ada lagi masalah yang menghalang beliau meneruskan karier dalam arena seni.Berita ini Zoom baca di akhbar online hari ini.
Selain Abang hattan dan Ako Abang Jamal juga salah seorang artis yang kini dalam proses penghakiman.Nasib baiklah Saksi tidak dapat di kesan, saksi yang bernama Fatimatuzahra yakni bekas isteri tidak hadir di hari perbicaraan menyebabkan abang jamal kita ni dilepas tanpa dibebaskan..!!
Baca Selanjutnya
Setelah mendengar hujahan kedua-dua pihak, Norkamilah kemudian memutuskan untuk melepas tanpa membebaskan Jamal daripada tuduhan kerana mahkamah tidak mempunyai alasan munasabah mengapa Fatimatuzahra tidak hadir sedangkan beliau sudah mengetahui bahawa hari ini ditetapkan untuk menyambung perbicaraan.
Jamal atau nama sebenarnya Jamal Ubaidullah Ali, 50, didakwa mengugut Fatimatuzahra, 26, menerusi SMS pada pukul 7.44 pagi 30 April 2007. - BERNAMA

Jamal Abdillah,
Mahkamah
(Gossip) Kes tuntutan bekas isteri Hattan pun ditangguh !!!
aiks...Abang Hattan pun kena tangguh kes, anda di Zoomartis perasaan tak ? dah berapa ramai artis-artis kita yang sekarang ini masih dalam kes di Mahkamah..setiap bulan ada je yang kita dengar di media cetak dan elektronik.Saban hari kisah artis-artis kita semakin hebat di perkatakan oleh "Public".Apa-apa pun mari kita baca kisah Abang Hattan ni pulak..!!!
Baca Selanjutnya
Kes prosiding tuntutan edah dan mutaah bekas isteri penyanyi Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri Shahabuddin yang berumur 46 tahun akan ditangguh pada 15 Mac. Hakim Syarie Ghazali Ahmad membuat keputusan itu selepas mendengar penghujahan peguam kedua-dua pihak plaintif dan defendan. Beliau menangguhkan prosiding petang semalam bagi mendapatkan pengesahan Jabatan Insolvensi bahawa bekas isteri Hattan iaitu Arianie Mohd. Abdidin yang berumur 39 tahun, dibenarkan diwakili peguam dalam kes itu.
Menurutnya, ia juga untuk membolehkan kehadiran pegawai jabatan itu memberikan kenyataan berhubung status bankrap Arianie yang juga seorang pramugari termasuk tarikh dia diisytiharkan muflis. Hattan yang sebelum ini tidak hadir pada prosiding berpenampilan kemas berkot berwarna perang, bersongkok dan bercermin mata gelap diwakili dua peguam iaitu Roshdan Sujak Rafie dan Mohd. Faiz Adnan.
Arianie yang berbaju kurung kuning dan bertudung hitam pula diwakili Peguam Syarie, Harziah Othman. Sepanjang prosiding, penyanyi berkenaan dilihat kerap memandang ke arah bekas isterinya. Harziah yang ditemui kemudian berkata, pegawai insolvensi terbabit akan mengesahkan sama ada beliau dibenarkan mewakili anak guamnya atau tidak.

"Ini kerana bila dia kena arahan bankrap, dia kena mendapatkan pelepasan. Yang dia dapat pelepasan hanya untuk tujuan bekerja bukan prosiding mahkamah, maknanya dia nak diwakili oleh peguam mesti ada (surat pelepasan),"ujarnya. Sementara itu, Mohd. Faiz mempersoalkan rasional kes tuntutan tersebut tertangguh sejak sekian lama ekoran urusan dengan Jabatan Insolvensi itu.
"Sepatutnya ia telah berjalan lama. Kenapa anak guam kami (Hattan) disusahkan dengan tarikh yang begitu lama. Ia menjejaskan anak guam kami. Keduanya, kita berharap isu berkaitan insolvensi ini dipermudahkan. Kalau sekiranya pegawai Jabatan Insolvensi tak perlu datang, tapi prosiding boleh dijalankan menerusi surat rasmi,"jelasnya.
Januari 24, 2010
(Gossip) Fahrin Ahmad saman Linda Onn
Nampaknya kisah bekas kekasih Fahrin Ahmad semakin hangat dengan "statement" Fahrin Ahmad hari ini, beliau mengatakan bahawa telah menghantar peguam untuk menyaman Linda Onn dan beberapa akhbar semalam.
Baca Selanjutnya
Sehubungan itu Fahrin dan peguam yang mewakilinya, Tetuan Naufal & Co akan mengadakan sidang media di Palace of The Golden Horses pada pagi Isnin ini untuk menjelaskan tindakan undang-undang yang boleh diambil terhadap mereka.
Dalam pada itu, peguam Tengku Naufal ketika dihubungi enggan memberikan sebarang komen sehingga Isnin ini.
Fahrin, pengacara yang popular menerusi program Sehati Berdansa selama tiga musim berturut-turut berkata dia amat sedih apabila Linda mendakwanya panas baran serta ‘cepat naik tangan’.
Lantaran, dakwaan itu telah memberikan kesan negatif kepada kerjayanya sebagai seorang pelakon serta duta Garnier dan Shell.
Zoom: Apa kata anda mengenai gossip terbaru Fahrin dan Linda Onn ini !!? betul ke Fahrin ni panas baran orangnya..entahlah sebab sudah dua ex yang mengeluarkan "statement" yang sama..Mari kita berkongsi dan bercerita...!!

“Tunggu saya komen pada Isnin ini,” tegasnya.

Januari 02, 2010
(Gossip) Usahawan Kosmetik Bekas Isteri Penyanyi Rock Popular Ditangkap Berkhalwat
Sekadar hiasan...!!
Zoom rasa dah tau siapa bekas isteri penyanyi rock berkumpulan dan sekarang single, dan usahawan kosmetik di Malaysia.Patutlah abang N*** tak nak dekat janda dia lagi mungkin kerana perangainya yang suka berpoya-poya...Apa-apa pun kita tunggu berita malam ini..!! dekat bawah ni sedikit info mengenai bekas bini penyanyi rock kena tangkap khalwat ni..
Baca Selanjutnya
PETALING JAYA: Seorang usahawan kosmetik terkenal yang kini sedang menjalani majlis Sulh (perbincangan) kes tuntutan RM1.38 juta ke atas bekas suaminya seorang penyanyi rock popular di Mahkamah Tinggi Syariah yang masih lagi belum menemui jalan penyelesaian telah ditangkap berkhalwat tengah malam semalam.
Serbuan khalwat itu dilakukan di Astana Damansara Kondominium di sini setelah mendapat aduan daripada masyarakat sekeliling.
Menurut sumber yang menghubungi mStar Online, serbuan itu dilakukan oleh pihak Masjid Kolej UIA yang diketuai oleh seorang ustaz. Serbuan khalwat tersebut difahamkan dibuat pada jam 12.30 tengah malam.
"Sekitar jam 12 malam, kami ke unit kondominium yang dimaksudkan setelah mendapat maklumat daripada penduduk kawasan. Kami sudah lama menerima aduan dari penduduk dan setelah menyiasat kesahihan berita, kami memulakan operasi pada malam semalam," kata sumber itu yang hanya mahu dikenali sebagai pembaca mStar Online.
Menurutnya, seramai lapan orang terlibat dalam serbuan mencegah maksiat dan khalwat yang dijalankan pada malam tahun baru itu.
Kata sumber itu lagi, pintu unit A2 di salah sebuah blok diketuk berkali-kali bermula dari jam 12.05 malam tapi hanya dibuka selepas setengah jam kemudian.
"Mereka yang terlibat di dalam operasi itu ialah pegawai Masjid Kolej UIA yang diberi tauliah penguatkuasaan mencegah maksiat dan khalwat oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
"Suspek lelaki yang berusia sebaya usahawan kosmetik itu adalah seorang duda beranak tiga dan difahamkan berketurunan Indonesia. Usahawan popular itu mengaku berada berdua-duaan dalam unit tersebut.
"Mereka juga meminta maaf kepada penguatkuasa kerana berada dalam keadaan yang boleh disyaki berkhalwat," kata sumber itu lagi.
Jelasnya lagi, usahawan kosmetik itu memberi alasan beliau telah singgah ke kondo sewaan teman lelakinya itu selepas keluar makan malam.
Tujuan beliau singgah ialah untuk berbincang mengenai majlis perkahwinan yang direncanakan berlangsung pada minggu hadapan.
"Pasangan itu mengaku bersalah dan jahil dalam agama," kata sumber itu.
MStar Online cuba mendapatkan pihak JAIS dan usahawan kosmetik terkenal itu berhubung insiden tersebut tetapi gagal.
Usahawan kosmetik itu adalah bekas isteri kepada penyanyi satu kumpulan rock popular tanahair yang kemudiannya menjadi penyanyi solo dan pernah memenangi anugerah juara lagu dalam kategori rock.
Mereka berkahwin dalam satu majlis penuh meriah pada 16 November 2006 di Batu Pahat, Johor, namun bercerai talak satu pada 26 Mei 2009 selepas penyanyi berkenaan tidak lagi duduk sebumbung dengan usahawan kosmetik berkenaan.
Kini mereka sedang menjalani majlis Sulh (perbincangan) kes tuntutan harta berjumlah RM1.38 juta oleh usahawan tersebut ke atas suaminya di Mahkamah Tinggi Syariah yang masih lagi belum menemui jalan penyelesaian.

isteri artis,
Janda Melayu,
Khalwat,
Mahkamah,
Nash,
Tangkap Basah
Disember 22, 2009
(Gossip) Raisuddin dan isteri kedua di arah tinggal berasingan lagi !!!!
ZoOm fikir kisah abang Raisuddin dan isteri kedua sudah mendapat keputusan oleh mahkamah, rupa-rupanya kisah mahkamah pasangan ini berpanjangan lagi sehinggakan di arah tinggal berasingan untuk kali ke dua.Jum ZoOm Gossip Abang raisuddin kita dengan isteri kedua yang usia berjarak 30 tahun ni..!!
Baca Selanjutnya
Pasangan yang jarak umur 30 tahun ini diarahkan oleh Hakim Syarie Abu Zaky Mohamed untuk tidak tinggal bersama dan hidup sebagai suami isteri sehingga rayuan faraq nikah atau pengesahan nikah mereka diputuskan.
Rayuan faraq nikah yang difailkan oleh bapa Siti Fatimah, Suberi Abdullah, 48, akan diputuskan pada 27 Januari ini, di Mahkamah Tinggi Syariah di sini.
Sementara pengesahan nikah yang dipohon oleh Raisuddin, 52 dan Siti Fatimah, 22, akan diputuskan pada 10 Februari depan di mahkamah yang sama.
Suberi diwakili peguam syarie, Roshdan Rafie dan Salwila Abdullah manakala Raisuddin dan Siti Fatimah diwakili peguam syarie, Nor Azmi Mohd Arif dan Mohd Ridhwan Husin.
Walaubagaimanapun, Abu Zaky tidak membuat keputusan berkaitan dua lagi permohonan Suberi iaitu memerintahkan Siti Fatimah pulang ke pangkuannya dan menghalang Raisuddin atau ahli keluarganya dari melakukan pencerobohan terhadap palantif dan anaknya itu.
Raisuddin berkahwin dengan Siti Fatimah di Songkhla, Thailand dengan berwali hakim pada 2 Januari 2007.
Kronologi kes faraq nikah Raisuddin-Siti Fatimah:
6 Februari 2009: Hasrat Raisuddin untuk mengesahkan perkahwinannya dengan Siti Fatimah terbantut apabila mahkamah menolak permohonannya itu.
7 April: Siti Fatimah secara sukarela mengaku bersalah kerana bernikah tanpa kebenaran pendaftar nikah di Songkla, Thailand dengan Raisuddin pada 2 Januari 2007.
17 Jun: Mahkamah memutuskan Raisuddin faraq perkahwinan (berpisah sementara dengan Siti Fatimah). Kes faraq itu dipohon oleh Suberi kerana perkahwinan anaknya, Siti Fatimah dengan Raisuddin diragui walaupun ia telah disahkan oleh pihak mahkamah.
Permohonan faraq itu menghalang Raisuddin dan Siti Fatimah daripada menjalani kehidupan suami isteri.

Disember 18, 2009
(Gossip) Pelakon Gerak Khas Detektif Lim Di Penjara 2 Bulan !!?
Itu yang zoom baca di dalam akhbar Kosmo hari ini beliau dipenjara dua bulan dan denda RM 2000.00 kerana kesalahan mencuri buku di Midvalley tempoh hari. Namun beliau telah mengemukakan rayuan di Mahkamah Tinggi.
Inilah petikan dari Farid Amirul Wu Abdullah atau Lim ( Gerak Khas ) ini.
Tambahnya, dia kini sedang menanti tarikh daripada mahkamah untuk rayuan kesnya dihujahkan di Mahkamah Tinggi kelak.
Baca Selanjutnya
Dan ini pula luahan beliau mengenai kes ini menyebabkan keluarga menyisihkannya ...!!!
Zoom: Semoga Pengalaman ini akan membuatkan Farid atau Lim berhati-hati di masa depan...Apa kata anda ???
"Saya sudah dibebaskan selepas ikat jamin sementara menunggu tarikh baru yang ditetapkan oleh pihak mahkamah ke atas kes rayuan ini," kata Farid.
Inilah petikan dari Farid Amirul Wu Abdullah atau Lim ( Gerak Khas ) ini.
Tambahnya, dia kini sedang menanti tarikh daripada mahkamah untuk rayuan kesnya dihujahkan di Mahkamah Tinggi kelak.
Baca Selanjutnya
Dan ini pula luahan beliau mengenai kes ini menyebabkan keluarga menyisihkannya ...!!!
"Bayangkan perasaan saya apabila ayah masih enggan berbual. Lebih menyedihkan, saya terdengar di telefon, ayah berkata kepada ibu, dia tidak mahu bercakap dengan saya kerana telah memalukan keluarga.ujar Farid dengan nada sayu.
"Sebagai anak, saya rasa bersalah dan amat kesal dengan apa yang terjadi. Apatah lagi, menyedari keadaan kesihatan ayah yang semakin buruk kerana mendapat serangan jantung ekoran kes ini.
"Sejujurnya, saya amat rindu untuk berbual dengan ayah semula,"
Zoom: Semoga Pengalaman ini akan membuatkan Farid atau Lim berhati-hati di masa depan...Apa kata anda ???
Labels:
Artis Malaysia,
Detektif Lim,
Farid Amirul,
Gerak Khas,
Mahkamah
Disember 11, 2009
(Gossip)Gilliran Zahnita Saman Gulatis RM 2 Juta !!
Kalau macam ini lah kisahnya,alamat gedung pakaian GULATIS tutup kedai la jawapnya.Sebelum ini Eja menang kes Saman Rm20,000 terhadap Gulatis.Mungkin kerana Zahnita tau peluang untuk menang adalah cerah berdasarkan saman yang dibuat oleh Eja sebelum ini.Hanya kerana Gambar dua artis Malaysia memfailkan Saman terhadap Gulatis.Jum Kita Zoom Cerita saman dan disaman ini !!!!
Baca Selanjutnya
Zahnita menfailkan saman Jumaat menuduh Gulatis menggunakan gambarnya di poster dan iklan syarikat itu tanpa kebenarannya dan mendakwa beliau telah mengalami kerugian besar ekoran pembatalan usahasamanya dengan syarikat tekstil yang lain kerana perkara itu.
Zahnita atau nama sebenarnya Zahnita Dorothy Hussein Wilson menfailkan saman itu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui Tetuan Ahmad Zaidi & Partners.
Zahnita, 24, yang hadir di mahkamah memohon gantirugi am RM2 juta, gantirugi khas, gantirugi teladan, faedah, kos dan lain-lain relif yang difikirkan wajar oleh mahkamah.
Beliau juga memohon supaya Gulatis menghentikan penggunaan gambarnya pada mana-mana iklan syarikat itu dan memohon maaf secara terbuka melalui media massa tempatan.
Zahnita mendakwa pada 15 Jan tahun lepas, dia telah memberi kebenaran kepada Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd (KKSB) untuk menggunakan gambarnya bagi majalah Pesona Pengantin, Nona dan Keluarga bermula Jan tahun lepas.
Beliau mendakwa pada 23 Julai tahun lepas, Gulatis telah meminta persetujuannya secara lisan untuk menggunakan gambarnya daripada hak milik KKSB tetapi dia tidak bersetuju.
Bagaimanapun pada 30 Julai tahun lepas, Zahnita mendapati Gulatis telah mengunakan gambarnya secara meluas di poster, banner, brochure dan iklan syarikat itu tanpa kebenarannya.
Sebelum kejadian itu, Zahnita telah pun bersetuju dengan syarikat tekstil lain, Syarikat Jakel Trading, bagi menjayakan satu usahasama bernilai RM2 juta dan akibat daripada penggunaan gambarnya oleh Gulatis, syarikat Jakel memutuskan untuk tidak meneruskan kerjasama dengannya kerana beranggapan dia mewakili Gulatis dalam saingan industri yang sama.
Zahnita berkata beliau telah mengalami kerugian besar ekoran pembatalan usahasamanya dengan Jakel, sekaligus menjejaskan imej dan reputasinya di mata masyarakat.
Berikutan itu, beliau telah menghantar surat tuntutannya pada 19 Ogos lepas kepada Gulatis menuntut RM2 juta sebagai kerugian dan kehilangan pendapatan, namun syarikat itu masih gagal menjelaskan amaun itu.
Pada Rabu lepas, Gulatis diperintah membayar RM20,000 kepada Eja setelah Mahkamah Sesyen memutuskan syarikat itu telah melanggar perjanjian lisan yang dipersetujui dengan pelakon itu berhubung penggunaan wajah Eja di poster dan iklan syarikat itu. BERNAMA

Disember 09, 2009
(Cerita Artis)Eja menang saman ganti rugi RM20,000 Gulatis !!!
KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen Sivil hari ini memutuskan bahawa pelakon Siti Shahrizah Saifuddin atau Eja mendapat RM20,000 berhubung saman ganti rugi yang dituntut olehnya terhadap syarikat tekstil Gulatis Exclusive Sdn Bhd atas dakwaan melanggar perjanjian.
Eja telah menuntut ganti rugi sebanyak RM240,000 terhadap Gulatis ekoran syarikat itu menggunakan gambar tanpa kebenarannya bagi tujuan promosi pada papan-papan iklan, poster dan banner.
Baca Selanjutnya
Dalam keterangan terdahulu, pelakon berusia 36 tahun itu menjelaskan dia hanya bersetuju untuk membenarkan gambarnya yang bersaiz kecil disiarkan pada borang peraduan Guess Who and Win sekitar tahun 2005.
Bagaimanapun gambarnya itu telah dibesarkan dan digunakan pada poster, banner dan brosur yang dipamerkan di jalan-jalan raya di Malaysia serta siaran televisyen tanpa persetujuan beliau.
Katanya tindakan syarikat itu yang telah meluaskan penggunaan gambarnya "sebesar bangunan Gulatis" telah menjejaskan periuk nasinya kerana agensi lain menganggap beliau sebagai duta Gulatis dan dengan itu tidak menawarkan beliau apa-apa kerja.
Info: Mstar
Zoom: Tahniah Eja..Tapi lepas ini tentu syarikat lain akan takut nak amik u jadi DUta..Apa kata anda !!?

Langgan:
Catatan (Atom)