Disember 22, 2009

(Gossip) Raisuddin dan isteri kedua di arah tinggal berasingan lagi !!!!


ZoOm fikir kisah abang Raisuddin dan isteri kedua sudah mendapat keputusan oleh mahkamah, rupa-rupanya kisah mahkamah pasangan ini berpanjangan lagi sehinggakan di arah tinggal berasingan untuk kali ke dua.Jum ZoOm Gossip Abang raisuddin kita dengan isteri kedua yang usia berjarak 30 tahun ni..!!



Baca Selanjutnya

Pasangan yang jarak umur 30 tahun ini diarahkan oleh Hakim Syarie Abu Zaky Mohamed untuk tidak tinggal bersama dan hidup sebagai suami isteri sehingga rayuan faraq nikah atau pengesahan nikah mereka diputuskan.

Rayuan faraq nikah yang difailkan oleh bapa Siti Fatimah, Suberi Abdullah, 48, akan diputuskan pada 27 Januari ini, di Mahkamah Tinggi Syariah di sini.

Sementara pengesahan nikah yang dipohon oleh Raisuddin, 52 dan Siti Fatimah, 22, akan diputuskan pada 10 Februari depan di mahkamah yang sama.

Suberi diwakili peguam syarie, Roshdan Rafie dan Salwila Abdullah manakala Raisuddin dan Siti Fatimah diwakili peguam syarie, Nor Azmi Mohd Arif dan Mohd Ridhwan Husin.

Walaubagaimanapun, Abu Zaky tidak membuat keputusan berkaitan dua lagi permohonan Suberi iaitu memerintahkan Siti Fatimah pulang ke pangkuannya dan menghalang Raisuddin atau ahli keluarganya dari melakukan pencerobohan terhadap palantif dan anaknya itu.

Raisuddin berkahwin dengan Siti Fatimah di Songkhla, Thailand dengan berwali hakim pada 2 Januari 2007.

Kronologi kes faraq nikah Raisuddin-Siti Fatimah:

6 Februari 2009: Hasrat Raisuddin untuk mengesahkan perkahwinannya dengan Siti Fatimah terbantut apabila mahkamah menolak permohonannya itu.

7 April: Siti Fatimah secara sukarela mengaku bersalah kerana bernikah tanpa kebenaran pendaftar nikah di Songkla, Thailand dengan Raisuddin pada 2 Januari 2007.

17 Jun: Mahkamah memutuskan Raisuddin faraq perkahwinan (berpisah sementara dengan Siti Fatimah). Kes faraq itu dipohon oleh Suberi kerana perkahwinan anaknya, Siti Fatimah dengan Raisuddin diragui walaupun ia telah disahkan oleh pihak mahkamah.

Permohonan faraq itu menghalang Raisuddin dan Siti Fatimah daripada menjalani kehidupan suami isteri.