Disember 22, 2009

(Cerita Artis) Anak Chef wan, Serina melangsungkan perkahwinan pada 1/1/2010 !!!


Tarikh keramat dan tarikh yang tak dapat dilupakan oleh segenap lapisan pasangan yang memilih untuk melangsungkan perkahwinan mereka. Anak Chef wan yang terkenal di serata dunia ini turut memilih tarikh keramat untuk melangsungkan perkahwinan. Mari kita ZoOm Komen Anak gadis ini



Baca Selanjutnya

Pasangan ini akan bernikah di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta manakala majlis persandingan pula akan diadakan keesokan harinya iaitu pada 2 Januari.

Bertanya tentang persiapan yang telah dibuat, Serina berkata semua sudah 100 peratus siap.

"Alhamdulilah, saya hanya tinggal menunggu hari, persiapan besar sudah siap cuma tinggal yang kecil-kecil seperti mencuba pakaian pengantin sahaja.

"Semua ahli keluarga banyak menolong terutamanya papa saya (Chef Wan) yang paling banyak membantu dari segi persiapan jamuan.

"Konsep persandingan kami nanti mengikut adat tradisional orang melayu, ini akan disiarkan di Asian Food Channel (AFC) selama satu jam untuk mempromosikan Malaysia dan budaya perkahwinan Melayu, ini semua atas usaha papa," ujar Serina yang bakal mengadakan empat majlis secara berasingan iaitu berinai kecil, akad nikah, berinai besar dan bersanding.

ZoOm: Bertuahnya Serina ni, segala persiapan ayah dia yang buat dan ZoOm rasa persiapan perkahwinan Serina kebanyakan di taja..Alhamdulillah dah rezeki perkahwinan semoga kekal hingga ke akhir hayat...!!!