Ini berita yang baru ZoOM baca mengenai artis Serina Redzuawan yang selamat melahirkan anak perempuan, bernama Isabella Safiyya ( Menurut Infolah..)
Bayi perempuan yang dilahirkan sudah tentu comel kan..kalau sebelum ini anak lelaki beliau tristan dah comel..apa-apa pun tahniah daripada kami di ZOomartis untuk Serina dan keluarga.
Dan berikut beberapa gambar yang ZoOm jumpa kat internet untuk tatapan anda semua :
Memaparkan catatan dengan label Serina Chef Wan. Papar semua catatan

Januari 24, 2012
Februari 08, 2010
(Cerita Artis) Serina mengandung, Chef Wan jadi Datuk lagi !!!!
Satu persatu kisah bahagia dan gembira yang di terima oleh Tukang masak terkenal, Datuk Redzuawan Ismail @ Chef Wan sukar hendak menggambarkan perasaannya dengan kata-kata setelah berita gembira itu disampaikan oleh Serina sebaik saja dia pulang dari berjumpa doktor petang tadi.
Inilah yang dinamankan anugerah ilahi kepada insan yang jarang sekali hadir dengan gossip dan konterversi walaupun sudah lamak berkecimpung dalam bidang yang di minatinya.Ikutilah luahan hati seorang ayah kini mengira hari menyambut kehadiran cucunya.
Baca Selanjutnya
"Saya tidak sangka Allah kabulkan permintaan saya secepat ini. Alhamdulillah saya begitu gembira sampai terbayang-bayang gambar sikenit tu," jelas Chef Wan yang kini berada di Macau.
Jelasnya lagi, "Sejurus selepas saya mendapat berita itu ketika saya sibuk di penggambaran St Paul Ruins, Macau, hati saya melonjak kegembiraan. Tuhan selalu memberi apa yang saya hendak.
"Saya memang suka kanak-kanak. Merekalah anugerah yang tidak ternilai oleh Allah. Anak-anak adalah amanah dan amanah itu mesti dijaga dengan baik. Terus saya terbayang, saya akan masak dengan tiga generasi Chef.
"Chef 3, si kecik ni yang akan melihat macam mana Tok Wan dia menceceh depan TV memasak. Alangkah bahagianya kalau perkara itu terjadi... insya Allah," kata chef berusia 53 tahun itu.
Chef Wan tidak lupa menitipkan pesan dan nasihat untuk Serina agar menjaga kandungan baik-baik.
"Saya pesan pada Serina agar jangan lasak-lasak dan cuba berehat, makan makanan yang berzat dan jangan tinggal sembahyang serta bersyukur pemberian yang terlalu istimewa ini.
"Saya juga akan mencarikan Serina buku parenting dr Spock tu supaya dia boleh membaca dan mengambil tips dari situ. Malah ketika bekas isteri saya mengandungkan Nazri (Chef Riz), itu pun bunting pelamin juga....," kata Chef Wan yang juga menghubungi menantu kesayangannya Salahauddin untuk mengucapkan tahniah.
Katanya lagi, "Saya juga menasihatkan Salahuddin agar jaga Serina baik-baik. Saya sudah terbayang wajah comel cucu saya. Saya juga sudah tawarkan diri pada Salahuddin untuk jadi babysitter bila dah ada baby nanti."
Dan memandangkan keadaan Serina yang kini berbadan dua, resepsi perkahwinan yang dirancang diadakan di Sg Koyan terpaksa dibatalkan dan kemungkinan diganti dengan acara majlis cukur jambul kata Chef Wan.
"Saya pernah bersenda dengan Serina dan Salahuddin tentang resepsi di Sg Koyan. Saya ckapa jangan lambat-lambat nanti bunting pelamin pula. Tak sangka masin pula cakap saya.
"Malah Salahuddin juga pernah melawak katanya dia akan beri saya hadiah 'Chef 3' selepas Chef Wan dan Chef Riz. Alhamdulillah, saya bersyukur sangat-sangat segala limpah kurniaNya," kata Chef Wan separuh sebak. Sebelum mengakhiri perbualan, Chef Wan dengan nada riang berkata, "Siapa sangka ye, saya akan dapat dua title 'Datuk' tahun ini. Inilah keajaiban."
Info: MSTAR

Januari 03, 2010
(Gambar) Lagi gambar perkahwinan Serina dan Gavin di The Royal !!
Nampak ayu dan tampan penggantin kita ni, mana tak nya dengan tetamu yang hadir termasuklah orang-orang kenamaan dan "Sponsor" untuk majlis semalam membuatkan lagi perkahwinan ini berseri.Zoom dapat rasakan perkahwinan Serina dan suami tergolong dalam perkahwinan Elit yang dilangsungkan di Malaysia khasnya.
Baca Selanjutnya
Di majlis yang berkonsepkan persandingan dalam taman itu, Serina kelihatan anggun dengan pakaian rekaan Radzuan Radziwill berwarna ‘lavender’ (ungu muda) dan didandan bak Puteri Rania.
Acara kemudiannya dimulakan dengan bacaan doa sebelum upacara merenjis mempelai menyusul. Ia didahului oleh nenda Serina, Noraini Abdullah diikuti dengan ibubapa Gavin dan ibubapa Serina.
Sepanjang berlangsungnya majlis yang dikendalikan oleh hos Datuk Mahadzir Lokman itu, pasangan pengantin dan tetamu turut dihiburkan dengan persembahan daripada penyanyi-penyanyi seperti Yusni Hamid dan Nasseir Wahab.
Bagi acara potong kek pula, Serina mengenakan gaun pengantin rekaan Jovian Mandagie manakala pasangannya memakai sut ‘tail coat’ bertemakan klasik yang ditaja oleh Lord’s Tailor.
Serina turut disaluti dengan aksesori barangan kemas daripada Habib Jewels bernilai RM2.5 juta.
Kira-kira 700 orang hadir dalam majlis gilang gemilang itu termasuk keluarga dan sahabat-handai kedua-dua belah pihak serta rakan-rakan artis seperti Umie Aida, Azwan Ali, Betty Banafe, Memey, Lisa Surihani, Nora Danish, Nurul, Zed Zaidi, Zizan Nin, Lisdawati dan Fauzi Nawawi.
Satu lagi resepsi atau majlis keraian akan diadakan berkemungkinan pada hujung Januari depan bagi meraikan mempelai di kampung halaman Chef Wan di Sungai Koyan, Pahan
Zoom: Bertuahnya badan, Habib pun "Sponsor"..Apa kata anda mengenai perkahwinan Anak Chef Wan kita ni ?

Januari 02, 2010
(Perkahwinan) Air mata Chef Wan Mengalir ketika menyerahkan anak !!!
Bak kata pepatah "Tak kan putus air di cincang", itulah pepatah yang zoom boleh gambarkan mengenai Abang Chef Wan atau Mohd Redzuawan ketika menyerahkan anak kepada menantu semalam.Jelas tergambar wajah sedih Chef wan ketika itu.Lihatlah wajah sedih Chef wan ketika memeluk anaknya yang kini bergelar isteri orang.
Baca Selanjutnya
Chef Wan akur dengan kenyataan bahawa anak gadisnya Serina Redzuawan kini dimiliki oleh Gavin Edward O'luanaigh atau nama Islamnya Salahudin Ghafar.
"Saya sangat sedih untuk melepaskan dia (Serina)... saya teringgat zaman-zaman dahulu susah payah membesarkan dia, kadang-kadang saya terlalu sibuk sehingga terpaksa meninggalkan dia.
"Ketika dia mula-mula nak jadi artis dan kisah dia bersama arwah Hani Mohsin, semua itu saya terkenang dan kini dia sudah pun dimiliki Gavin.
"Kini tanggungjawab saya telah diserahkan kepada suaminya Gavin. Saya harap Gavin dapat menjaga Serina dengan baik dan saya masih lagi di belakang mereka sebagai bapa," ujar Chef Wan yang menghadiahkan percutian bulan madu ke Pulau Santorini, Greece.
"Saya sedar tidak semua ibu bapa berpeluang melangsungkan perkahwinan anak mereka, saya sangat bertuah kerana Allah memberi peluang kepada saya untuk menjalankan majlis perkahwinan ini," ujar Chef Wan.
"Nasihat saya kepada Serina agar sentiasa menjaga rukun rumahtangga dengan baik dan paling penting hormat kepada suami dan sebagai orang Islam Serina harus menjadi contoh yang baik kepada suami," kata Chef Wan yang bakal melangsungkan perkahwinan Serina di kampung halamannya Sungai Koyan, Pahang pada akhir Januari ini.
Inilah luahan seorang ayah yang melepaskan anak kepada orang lain sesudah sekian lama menjaga anak dari kecil hingga dewasa.Sama-sama kita mendoakan semoga beliau bahagia hingga ke akhir hayat bersama pasangan beliau
Januari 01, 2010
(Cerita Artis) Gambar Majlis berinai Serina dan Suami
Alangkah indahnya malam berinai pasangan ini, dengan bertemakan magribi dan atucara yang tersusun majlis berinai berlangsung dengan meriah tanpa "MC" yang sepatutnya di pikul oleh bekas pengacara TV3 Zalina Azman malam semalam.Apa pun kita biarkan gossip yang melanda, apa kata anda mengenai beberapa gambar anak Chef Wan ini...!!!
Baca Selanjutnya
Serina dan bakal suaminya, Gavin Edward O'luanaigh atau nama Islamnya Salahudin Ghafar akan dinikahkan pada pukul 11 hari ini di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta.Kalau anda "free" pergilah..Jangan lupa ambil gambar tau...!!!
Labels:
Anak Artis,
Artis Malaysia,
Chefwan,
gossip,
Majlis Berinai,
perkahwinan,
Serina Chef Wan
Disember 22, 2009
(Cerita Artis) Anak Chef wan, Serina melangsungkan perkahwinan pada 1/1/2010 !!!
Tarikh keramat dan tarikh yang tak dapat dilupakan oleh segenap lapisan pasangan yang memilih untuk melangsungkan perkahwinan mereka. Anak Chef wan yang terkenal di serata dunia ini turut memilih tarikh keramat untuk melangsungkan perkahwinan. Mari kita ZoOm Komen Anak gadis ini
Baca Selanjutnya
Pasangan ini akan bernikah di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta manakala majlis persandingan pula akan diadakan keesokan harinya iaitu pada 2 Januari.
Bertanya tentang persiapan yang telah dibuat, Serina berkata semua sudah 100 peratus siap.
"Alhamdulilah, saya hanya tinggal menunggu hari, persiapan besar sudah siap cuma tinggal yang kecil-kecil seperti mencuba pakaian pengantin sahaja.
"Semua ahli keluarga banyak menolong terutamanya papa saya (Chef Wan) yang paling banyak membantu dari segi persiapan jamuan.
"Konsep persandingan kami nanti mengikut adat tradisional orang melayu, ini akan disiarkan di Asian Food Channel (AFC) selama satu jam untuk mempromosikan Malaysia dan budaya perkahwinan Melayu, ini semua atas usaha papa," ujar Serina yang bakal mengadakan empat majlis secara berasingan iaitu berinai kecil, akad nikah, berinai besar dan bersanding.
ZoOm: Bertuahnya Serina ni, segala persiapan ayah dia yang buat dan ZoOm rasa persiapan perkahwinan Serina kebanyakan di taja..Alhamdulillah dah rezeki perkahwinan semoga kekal hingga ke akhir hayat...!!!

November 08, 2009
(Cerita Artis) Serina Jadi Pengacara Jalan-jalan Cari Makan !!!!
AKTRES Serina Redzuawan bakal menggantikan pengacara asal program ini, Maria Tunku Sabri untuk mengendalikan Jalan-jalan Cari Makan.
Pelakon yang juga merupakan anak kepada Chef Wan ini akui berasa sangat teruja selepas menerima panggilan yang memaklumkan berita baik itu kepadanya pada minggu lepas, setelah menghadiri ujibakat yang diadakan.
Baca Selanjutnya
Bertuahnya anak Chef Wan kita ni, macam nak menjejak si ayah la pula. Rezeki Serina semakin melimpah-limpah semenjak nak melangsungkan perkahwinan tak lama lagi.berikut komen Serina mengenai Perkahwinanya..
Sementara itu, bercerita tentang persiapan perkahwinannya, ramai chef terkenal dari luar negara juga dijangka akan menghadiri majlis perkahwinannya nanti.
Menurut Serina lagi, ‘Asia Food Channel’ dan ‘BBC Channel’ akan membuat liputan pada majlis bersejarahnya itu.
Majlis akad nikah Serina bersama tunangnya, Gavin Edward O'luanaigh atau nama Islamnya Salahuddin Ghaffar akan berlangsung di Masjid Wilayah pada 1 Januari pada jam 5 petang.
Serina akan memakai baju berwarna putih dan merah jambu hasil rekaan Jovian Mandagie untuk majlis akad nikahnya.
Manakala untuk majlis persandingannya yang diadakan pada hari berikutnya, Serina akan memakai baju pereka fesyen Radzuan Radziwill berwarna ‘Lavender’. Majlis itu akan diadakan di Hotel Royal Chulan.
Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat..Apa Komen Anda !!

“Media luar negara itu akan membuat liputan mengenai bagaimana upacara perkahwinan orang Melayu akan diadakan.
“Saya juga akan menjemput rakan-rakan media tempatan untuk majlis akad nikah dan resepsi itu nanti,”kata pelakon itu.
Majlis akad nikah Serina bersama tunangnya, Gavin Edward O'luanaigh atau nama Islamnya Salahuddin Ghaffar akan berlangsung di Masjid Wilayah pada 1 Januari pada jam 5 petang.
Serina akan memakai baju berwarna putih dan merah jambu hasil rekaan Jovian Mandagie untuk majlis akad nikahnya.
Manakala untuk majlis persandingannya yang diadakan pada hari berikutnya, Serina akan memakai baju pereka fesyen Radzuan Radziwill berwarna ‘Lavender’. Majlis itu akan diadakan di Hotel Royal Chulan.
Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat..Apa Komen Anda !!
Labels:
Artis Malaysia,
Asean Girls,
Celebrity News,
Cerita Artis,
Cewek,
Gambar Artis,
Kisah Artis,
Serina Chef Wan,
Sexy,
Tv3
September 07, 2009
(Gossip) Anak Chef Wan " Serina" Tak Sabar Nak Kahwin !!

Serina Redzuawan nampaknya dah tak sabar nak kahwin dengan Gavin Edward O'Luanaigh atau nama Islamnya, Salahuddin Ghafar, Kata Serina, dia memang dah tak sabar nak kahwin. Kalau boleh esok dia nak naik pelamin. Tapi semua perancangan kena ikut arahan bapanya, Chef Wan yang tak sabar-sabar juga nak dapat menantu.
Serina yang bakal dinikahkan pada 1 Januari 2010 di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, manakala majlis resepsi pula akan dibuat di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur sehari selepas itu.
Walaupun Serina dah tak sabar nak kahwin, perasaan takut tu tetap ada terutama sekali apabila Serina gagal menjadi isteri yang mithali. Selain itu juga, Serina takut jika dia tidak dapat membimbing suaminya untuk jadi penganut Islam yang sebenarnya dan bertakwa. Bab-bab itulah kata Serina dia amat bimbang kerana dia sedar, dirinya pun masih lagi perlu diberi bimbingan.
“Insya-Allah, saya akan berusaha untuk menjadi isteri yang baik dan membimbing suami menjadi muslim sebenar. Saya dah rancang, lepas kahwin nanti saya dan suami nak sama-sama pergi belajar agama. Selalunya suami kena bimbing isteri tetapi kerana jodoh ini saya yang perlu bimbing dia,” katanya.
-kami berharap Serina mampu menjadi isteri yang baik dan tugas untuk membimbing seseorang yang bukan muslim kejalan yang benar bukanya mudah, jadi kami juga berharap Serina tidak mudah berputus asa.
Jun 23, 2009
(Gossip) Bakal menantu ChefWan ?
Ini la bakal Calon Menantu Chef Wan..Ntah Betul Ker tak,sebab zoom dapat dari forum cari.Hendsome Jugak calon chef wan ni erkk...pandai juga si serina ni cari..Tapi Korang perasaan tak sekarang ni artis-artis wanita suka cari jejaka-jejaka dari luar negara ( Mat salleh). Mungkin Nak Zuriat Hendsome kot :P. Zomm tak kisah la asal korang bahagia dah...Zoom Doakan Jodoh Serina Sampai Ke Liang Lahad BUkannya sampai ke anak cucu...sampai ke anak cucu je tak guna :)

Langgan:
Catatan (Atom)