Pelakon yang juga merupakan anak kepada Chef Wan ini akui berasa sangat teruja selepas menerima panggilan yang memaklumkan berita baik itu kepadanya pada minggu lepas, setelah menghadiri ujibakat yang diadakan.
Baca Selanjutnya
Bertuahnya anak Chef Wan kita ni, macam nak menjejak si ayah la pula. Rezeki Serina semakin melimpah-limpah semenjak nak melangsungkan perkahwinan tak lama lagi.berikut komen Serina mengenai Perkahwinanya..
Sementara itu, bercerita tentang persiapan perkahwinannya, ramai chef terkenal dari luar negara juga dijangka akan menghadiri majlis perkahwinannya nanti.
Menurut Serina lagi, ‘Asia Food Channel’ dan ‘BBC Channel’ akan membuat liputan pada majlis bersejarahnya itu.
“Media luar negara itu akan membuat liputan mengenai bagaimana upacara perkahwinan orang Melayu akan diadakan.
“Saya juga akan menjemput rakan-rakan media tempatan untuk majlis akad nikah dan resepsi itu nanti,”kata pelakon itu.
Majlis akad nikah Serina bersama tunangnya, Gavin Edward O'luanaigh atau nama Islamnya Salahuddin Ghaffar akan berlangsung di Masjid Wilayah pada 1 Januari pada jam 5 petang.
Serina akan memakai baju berwarna putih dan merah jambu hasil rekaan Jovian Mandagie untuk majlis akad nikahnya.
Manakala untuk majlis persandingannya yang diadakan pada hari berikutnya, Serina akan memakai baju pereka fesyen Radzuan Radziwill berwarna ‘Lavender’. Majlis itu akan diadakan di Hotel Royal Chulan.
Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat..Apa Komen Anda !!