
Serina Redzuawan nampaknya dah tak sabar nak kahwin dengan Gavin Edward O'Luanaigh atau nama Islamnya, Salahuddin Ghafar, Kata Serina, dia memang dah tak sabar nak kahwin. Kalau boleh esok dia nak naik pelamin. Tapi semua perancangan kena ikut arahan bapanya, Chef Wan yang tak sabar-sabar juga nak dapat menantu.
Serina yang bakal dinikahkan pada 1 Januari 2010 di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, manakala majlis resepsi pula akan dibuat di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur sehari selepas itu.
Walaupun Serina dah tak sabar nak kahwin, perasaan takut tu tetap ada terutama sekali apabila Serina gagal menjadi isteri yang mithali. Selain itu juga, Serina takut jika dia tidak dapat membimbing suaminya untuk jadi penganut Islam yang sebenarnya dan bertakwa. Bab-bab itulah kata Serina dia amat bimbang kerana dia sedar, dirinya pun masih lagi perlu diberi bimbingan.
“Insya-Allah, saya akan berusaha untuk menjadi isteri yang baik dan membimbing suami menjadi muslim sebenar. Saya dah rancang, lepas kahwin nanti saya dan suami nak sama-sama pergi belajar agama. Selalunya suami kena bimbing isteri tetapi kerana jodoh ini saya yang perlu bimbing dia,” katanya.
-kami berharap Serina mampu menjadi isteri yang baik dan tugas untuk membimbing seseorang yang bukan muslim kejalan yang benar bukanya mudah, jadi kami juga berharap Serina tidak mudah berputus asa.