Disember 22, 2009

(Cerita Artis) Zul dan isma kecundang di separuh akhir Sehati Berdansa


Sedih juga sebab pasangan yang ZoOm perhatikan dari minggu pertama Sehati Berdansa yang mempunyai peluang cerah ke Final Sehati Berdansa kecundang di Separuh akhir. Mungkin kerana di luar sana lebih meminati sesetengah pasangan yang masih ada di dalam kelompok terakhir Sehati Berdansa. Nak buat macam mana sudah terkeluar, tak mungkin Ada SBMASUK lagi..!!!

Jum Kita ZoOm "Statement" Pasangan ini !!!



Baca Selanjutnya

Pasangan itu mendapat keputusan undian terendah, 58 peratus berbanding pasangan Sein dan Nana, 70 peratus dan pasangan Sazzy dan Nazril dengan 61 peratus.

Penyingkiran pasangan ini bagaimanapun membolehkan mereka menyumbang sebanyak RM9,000 kepada badan kebajikan yang diwakili mereka, Persatuan Klef Bibir dan Lelangit Malaysia.

Menurut Isma yang ditemui di majlis sidang media selepas itu, dia sedikit kecewa kerana terpaksa akur dengan penyingkiran itu.

Tambahnya, dia dan suami, Zul bagaimanapun berpuas hati dan gembira dengan segala usaha dan komitmen yang telah mereka berikan sepanjang sembilan minggu berada dalam program realiti tarian popular ini.

"Saya akui memang agak sedih dan hampa sebab tidak dapat teruskan cabaran ke Malam Kemuncak minggu depan.

"Namun, saya akur dengan keputusan ini. Kami telah memberikan yang terbaik sepanjang sembilan minggu di sini, mungkin setakat ini saja rezeki kami.

"Saya dan suami sangat gembira dengan apa yang telah kami usahakan. Kami sedikit pun tidak tertekan walaupun terpaksa menari dua jenis tarian untuk minggu ini.

"Walaupun tak berjaya ke Malam Kemuncak, tapi kami telah berikan yang terbaik. Mereka lebih layak ke Malam Kemuncak," kata Isma yang gagal menahan emosinya.

Zul pula menyifatkan, dia tidak pernah menyangka akan bertahan sehingga ke minggu ke-9.

Ketika ditanya mengenai penarikan diri oleh pasangan Oshin dan Firdaus daripada program itu minggu ini, Penerbit Eksekutif Sehati Berdansa, Norazian Zahir berkata, keputusan itu adalah sesuatu yang berada di luar kawalan dan tidak dijangka sama sekali. Pengunduran Oshin adalah disebabkan oleh masalah kesihatan.

Pentas akhir Malam Kemuncak Sehati Berdansa di Putrajaya International Convention Centre (PICC) pada 26 Disember depan jam 9 malam akan menyaksikan persaingan dua pasangan, Sazzy dan Nazril serta Sein dan Nana.

ZooM: Mungkinkah Pasangan ZUl dan isma di bawa masuk kerana Pasangan Oshin dan Firdaus menarik diri ? sama-sama kita tunggu dan lihat...!! APa Kata anda ?