Disember 22, 2009

(Gossip) Cinta Tiga Segi Awal, Fahrin dan Sacha !!!?


Semakin lama zOom mengikuti perkembangan percintaan dan perpisahan sacha dan fahrin semakin banyak persoalan yang timbul. Sebelum ini Awal menafikan yang dia mempunyai hati dengan si sacha ini, dan fahrin tidak ingin mendedahkan kenapa mereka memutuskan hubungan.Tetapi didalam statement di bawah yang ZoOm baca membuatkan kepala anda semakin tertanya-tanya apa yang sebenarnya berlaku di antara Fahrin dan Sacha dan.....Adakah Awal dan Sacha bercinta ?

Tidak dinafikan persoalan yang timbul di antara tiga pengacara Sehati Berdansa sedikit sebanyak menaikan Rating SB3 tahun ini...!! apa=apa pun jum ZoOm "statement" gossip ini !?



Baca Selanjutnya

Awal Ashaari dan Scha Alyahya yang karib dalam hubungan, seringkali dikatakan menjadi punca Fahrin Ahmad patah hati. Cinta 'tiga segi' yang hangat diperkatakan itu sememangnya sedikit sebanyak membantu mempromosikan program realiti Sehati Berdansa yang dikendalikan oleh ketiga-tiga pengacara ini. Namun bagi Awal, hubungan dengan Scha tidak lebih dari seorang kawan baik yang sering berkongsi masalah, waima masalah kerja mahupun masalah peribadi.

"Saya akui saya berkawan rapat dengan Scha, saya senang berkawan dengan dia sebab dia memahami. Saya tidak ramai kawan jadi dia tempat saya mengadu dan saya tempat dia mengadu, kami sama-sama jadi tempat meluahkan perasaan sama ada masalah kerja ataupun peribadi. Dia sedang melalui satu saat yang sukar, saya sebagai kawan perlu ambil berat namun itu tidak bermaksud saya cuba ambil kesempatan terhadap dia," ujar Awal,

Bagaimanapun kata Awal, dia tidak menolak jika suatu hari terbit perasaan cinta antaranya dan Scha.

"Bagi pandangan seorang lelaki, Scha mempunyai pakej yang lengkap dan sempurna untuk menjadi kekasih. Dia cantik dan baik. Jika perasaan timbul antara kami itu tidak salah, saya single dia pun single. Tapi biar perasaan itu datang secara semula jadi. Kami dalam proses mengenali hati budi masing-masing. Saya tidak akan sorok kalau kami bercinta, saya ingin orang ramai tahu jika kami betul bercinta," kata Awal yang tidak mahu merahsiakan hubungan cintanya itu jika benar-benar berlaku.

Awal ketika ditanya tentang hubungannya dengan bekas kekasih Scha itu berkata, dia dan Fahrin masih baik namun tidak menolak jika kontroversi ini masih berterusan boleh mencetuskan rasa kurang senang antara mereka.

Zoom : APa kata anda ?