Memaparkan catatan dengan label Sacha. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sacha. Papar semua catatan

Mac 04, 2011

Scha Mengandung 9 Bulan !!!?

Terkejut juga bila ZoOm terbaca Facebook mengenai kisah Scha mengandung !!!!, nak dijadikan cerita selidik dan skodeng dalam facebook, rupa-rupanya Scha mengandung hanya dalam filem @ drama terbaru beliau iaitu "Mimi Mencari Cinta".

Tetapi inilah rupa dan gaya sebenar jika ditakdirkan suatu hari nanti Scha bakal menjadi ibu yang sebenar dan bukannya lakonan semata-mata.

Jangan Marah....lawak hari jumaat...!!!!

Kalau gambar tak clear boleh la lawati Facebook Scha <--- click je 2x

Julai 31, 2010

Keluarga Awal Dan Sacha Restui Hubungan Dan Kahwin Bila Umur 30


Di bawah ni pengakuan Awal dengan wartawan, semoga hari yang indah itu akan datang dengan sempurna.Jangan disangkakan hujan sampai ke petang tetapi mendung yang berpanjangan....

"Awal plan nak kahwin waktu umur 30 tahun. Sebetulnya Awal tak mahu terburu-buru sebab hubungan dengan Scha baru berusia 10 bulan. Tapi tak mahulah terlalu lambat sangat. Kami ada berbincang mengenainya untuk pastikan kedua-dua pihak mahukan perkara yang sama.

"Yang penting sekarang ni, keluarga merestui hubungan ini dan kami mahukan hubungan tersebut terus kekal. Tapi yang penting kami tak tetapkan bila akan berkahwin tapi Awal memang tak sabar nak kahwin," gurau Awal.



Zoom: Apa kata anda ?

Mac 11, 2010

Scha dibelasah gengster

Kesian pelakon Scha Al Yahya apabila teruk dibelasah oleh sekumpulan gangster. Tapi itu semua hanya babak yang dilakonkan oleh Scha dalam filem terbarunya, ‘Evolusi KL Drift 2’. Seorang pelakon yang berpotensi tinggi dan bebakat besar, Scha telah diberi kepercayaan untuk memegang watak sebagai Aleeya, seorang ‘drifter’ wanita.

“Ini filem aksi pertama Scha yang penuh emosi,” ujarnya secara ringkas apabila ditanya mengenai filem terbaru lakonannya.

“Scha harap peminat akan datang tengok filem ini, yang penuh dengan aksi dan emosi. Scha juga harap orang boleh terima lakonan Scha.”

Bagi Scha, wataknya cukup mencabar dan benar-benar berbeza jika dibandingkan dengan watak-watak lain yang pernah dibawanya.

“Cabaran dalam filem ini apabila Scha kena belajar ‘drift’ dan buat aksi-aksi sendiri.”

Scha turut berbesar hati dapat berlakon di bawah arahan pengarah muda, Syamsul Yusof.

“Syamsul seorang pengarah muda yang berbakat. Dia memang bagus. Bagi Scha, dia macam orang yang dah lama mengarah.”

Januari 25, 2010

(Cerita Artis) Scha latih takraw demi Filem Libas


Nampaknya selepas ini boleh la sacha menjadi peserta takraw kebangsaan wanita kita :P itu pun kalau di teruskan sehingga habis filem....Dan kepada jejaka-jejaka di luara sana berhati-hati jika ingin mendekati Sacha lepas ni, takut kena Libas baru tau...!!




Baca Selanjutnya

Muka garang dan serious nampaknya pelakon Scha al Yahya ni belajar main takraw. Memang itu tidak dinafikan lagi apabila dia berbuat demikian kerana dia sedang berlakon untuk filem 'Libas'. Mahu tidak mahu, terpaksa Scha berlatih, mungkin perempuan pertama melayu yang bermain sukan berkenaan. Dalam hal lain, filem Libas yang di bariskan dengan pelakon mantap seperti Rosyam Nor, Scha, Johan Raja Lawak, Fazly, Beego dan Adam Corrie Lee akan mula ditayangkan di pawagam pada Julai 2010 nanti.

Januari 24, 2010

(Gossip) Fahrin Ahmad saman Linda Onn


Nampaknya kisah bekas kekasih Fahrin Ahmad semakin hangat dengan "statement" Fahrin Ahmad hari ini, beliau mengatakan bahawa telah menghantar peguam untuk menyaman Linda Onn dan beberapa akhbar semalam.



Baca Selanjutnya

Sehubungan itu Fahrin dan peguam yang mewakilinya, Tetuan Naufal & Co akan mengadakan sidang media di Palace of The Golden Horses pada pagi Isnin ini untuk menjelaskan tindakan undang-undang yang boleh diambil terhadap mereka.

Dalam pada itu, peguam Tengku Naufal ketika dihubungi enggan memberikan sebarang komen sehingga Isnin ini.


“Tunggu saya komen pada Isnin ini,
” tegasnya.

Fahrin, pengacara yang popular menerusi program Sehati Berdansa selama tiga musim berturut-turut berkata dia amat sedih apabila Linda mendakwanya panas baran serta ‘cepat naik tangan’.

Lantaran, dakwaan itu telah memberikan kesan negatif kepada kerjayanya sebagai seorang pelakon serta duta Garnier dan Shell.

Zoom: Apa kata anda mengenai gossip terbaru Fahrin dan Linda Onn ini !!? betul ke Fahrin ni panas baran orangnya..entahlah sebab sudah dua ex yang mengeluarkan "statement" yang sama..Mari kita berkongsi dan bercerita...!!

Januari 23, 2010

(Gossip) Maklum balas Fahrin Ahmad mengenai "Statement" Sacha


Semakin lama kisah panas mereka menjadi perbualan hangat masyarakat amnya media hari ini, sebelum ini "Statement" scha mengenai Fahrin dan hari ini pula Fahrin tampil dengan jawapan seperti di bawah !!!



Baca Selanjutnya

Mengulas tentang ‘peperangan’ itu, Fahrin memberitahu yang dia memang lebih suka mendiamkan diri berbanding melenting tidak tentu pasal.


“Saya memang dari dahulu lagi tidak mahu bercakap banyak tentang perpisahan saya dengan Linda dan Scha. Bagi saya, bercakap banyak hanya akan memburukkan keadaan. Bukan kerana saya mahu menyembunyikan perkara yang sebenar. Cuba anda imbas kembali, sejak dari dulu sampailah sekarang saya tidak pernah cuba memburukkan sesiapa
.


“Saya tidak mahu keluar kenyataan mempertahankan diri kerana selalunya apabila seseorang itu mahu mempertahankan diri, mereka akan cuba memburukkan atau mencari kesalahan orang lain. Itu adalah lumrah kehidupan. Sebab itu, saya tidak mahu perkara ini berlaku kepada diri saya. Bagaimanapun, saya berdiam bukan bererti saya kalah. Saya gunakan akal dan kebijaksaaan untuk menangani masalah ini,”
jelas Fahrin yang ditemui ketika majlis pengumuman lima calon akhir Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 (ABPBH 2009) baru-baru ini.


Saya berdiam, tetapi mereka tidak henti-henti menghentam saya. Mungkin mereka tidak dapat mesej yang ingin saya sampaikan. Saya tidak nampak perkembangan positif dalam kemelut ini. Sebab itu saya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang untuk menghentikan semua tohmahan. Saya telah cuba mengawal keadaan, tetapi tidak mendapat kerjasama daripada mereka,”
tambah Fahrin lagi.

Zoom: Bagus la Bro Fahrin...berdiam diri lebih baik daripada kecoh satu Malaysia...!! Apa kata anda ?

Januari 22, 2010

(Gossip) Scha akui Fahrin panas baran manakala Awal seorang yang 'original'


Ada lagi kisah cinta tiga segi antara Fahrin,Sacha dan Awal ini.Berita terbaru yang Zoom dapat dari laman web GUA, menyebabkan kisah di antara mereka semakin panas di arena gossip di Malaysia khasnya di dalam Internet hari ini...MAri kita Baca dan fikir apakah maksud sebenar !!!!



Baca Selanjutnya

Sebelum ini gempar apabila Linda Onn mengeluarkan kenyataan beliau pernah dikasari bekas kekasihnya, Fahrin. Scha turut mengakui perkara tersebut dengan memberitahu beliau turut pernah mengalami perkara yang sama.




"Scha akui Fahrin seorang yang panas baran. Scha pun panas baran. Scha terima kesalahan Scha dan dia perlu terima kesilapannya. Jika Scha nak aibkannya, awal-awal lagi Scha dah dedahkan semuanya. Tapi Scha perlu beralas bila bercakap. Tak perlu kami bermusuh. Kalau dilihat balik, dia yang kata Scha curang, mengaibkan Scha tapi Scha tak terfikir pun nak saman."

Kalau sebelum ini model dan pelakon terkenal ini lebih suka bersikap 'menyembunyikan' hubungannya bersama Awal. Namun, kali ini beliau merasakan seolah-olah sudah tiba masanya untuk beliau tidak berselindung lagi soal hubungan beliau bersama Awal.



"Kami sedang menuju ke arah itu (bercinta). Kita harapkan yang terbaik. Jika ada jodoh, Scha tak tolak. Tapi untuk 'declare', rasanya terlalu awal lagi. Biarlah kita berkenalan dulu."

"Dari segi karektornya. Apa yang kita lihat, itulah diri sebenarnya. Dia bukan seperti segelintir orang di mana di depan kita, perangainya lain, bila di belakang, dia lain. Dia seorang yang tulus dan terus-terang."

Itulah kata-kata Scha apabila ditanya mengenai sifat Awal yang membuatkan dirinya tertarik kepada jejaka tersebut. Scha menyifatkan Awal sebagai seorang yang 'original' dan tidak hipokrit. Scha turut mengakui bahawa Scha sudah bertemu dengan keluarga Awal, begitu juga Awal yang sememangnya rapat dengan keluarga Scha.

Nampak gayanya macam dah bau nasi minyak lah ni ya? Apa kata anda mengenai gossip terbaru dari laman web GUA ini...!!!?

Disember 26, 2009

(Gossip) Awal adakah sidang media kes di tahan di kelab malam !!


Sudah terbukti dan nyata artis yang di tahan di kelab malam haram semalam adalah awal dan sacha, juliana evans dan Ridzuan Hasyim. Malam ini Awal dan pengurusnya akan membuat sidang media mengenai penangkapannya di Kelab malam bukit bintang.Mari Kita ZoOm "statement" Pengurus Awal mengenai gossip hangat ini !!



Baca Selanjutnya


PETALING JAYA: Azlina Merican, pengurus kepada Awal Ashaari memberitahu satu sidang media khas akan diadakan berhubung dakwaan pelakon dan pengacara popular itu enggan membuat ujian air kencing semasa serbuan di pusat hiburan tanpa lesen di bumbung sebuah pusat beli-belah di Jalan Bukit Bintang dekat sini awal pagi semalam.

Sidang media di Pusat Dagangan Antarabangsa Putrajaya (PICC) itu akan dianjurkan oleh pihak Astro sempena Malam Kemuncak Sehati Berdansa musim ketiga.

Azlina juga memohon maaf kepada mStar Online atas kesilapannya yang menafikan sekeras-kerasnya penglibatan Awal dengan kes tersebut semalam.

“Saya minta maaf sebab saya salah faham. Saya sebenarnya mahu menafikan Awal disabit positif dadah.

“Namun saya tetap ingin menafikan tentang dakwaan mengatakan Awal enggan membuat ujian air kencing dan dia juga tidak menyorok dalam bilik air seperti yang didakwa,” kata Azlina di sini.

Semalam, Awal bersama 21 pengunjung kelab malam 'haram' ditahan di bumbung sebuah pusat beli-belah di Jalan Bukit Bintang itu.

Pelakon berusia 28 tahun itu ditahan kerana enggan menjalani ujian air kencing dalam serbuan pukul 3.15 pagi itu.


Difahamkan, pelakon Ridzuan Hashim, Scha Al-Yahya dan Juliana Evans turut berada di pusat hiburan berkenaan. Namun mereka dibebaskan setelah ujian air kencing yang dijalankan didapati negatif.

Terdahulu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Supritendan Sharifah Hawariah Syed Idrus berkata, pusat hiburan yang terletak di tingkat lapan itu didapati beroperasi tanpa lesen sejak lebih enam bulan lalu pada setiap malam sehingga pukul 6 pagi.

Beliau berkata, kesemua mereka yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur manakala mereka yang didapati positif dadah disiasat di bawah Seksyen 15 (1)9(a) Akta Dadah Berbahaya 1950.

Bagaimanapun, Awal kemudiannya dibebaskan setelah hasil ujian kencing didapati negatif.

Disember 23, 2009

(Gossip) Scha Masih Bersama Awan Dania 3 !!!


Sebelum ini zOom ada berkongsi dengan anda mengenai anak gadis ini yang mungkin tidak akan berlakon lagi di dalam drama Awan Dania 3.Kerana ingin memberitahu masyarakat berita tersebut tidak benar beliau tampil membetulkan keadaan..Jum ZoOm Gossip ini !!!

Bagi Scha Al-Yahya, pelakon yang popular menerusi siri Awan Dania ini, dia lebih selesa menyimpan kemas apa yang berlaku supaya kisah ini tidak lagi menjadi bualan ramai. Kesempatan berbual dengan gadis ini , Scha mengambil kesempatan menjelaskan tentang isu kononnya dia tidak lagi membintangi siri Awan Dania musim ketiga. Sebelum ini, khabar angin mengatakan Scha telah digugurkan daripada drama bersiri popular itu dan akan digantikan dengan orang lain.



Baca Selanjutnya

"Saya masih bersama Awan Dania. Ketika ini, saya juga sedang berada di lokasi penggambaran drama ini yang baru saja bermula tiga hari lalu. Apa yang boleh saya katakan, saya terima lagi watak Dania ini disebabkan peminat-peminat yang masih mahukan saya dalam drama tersebut. Disebabkan itu, saya sanggup menolak beberapa tawaran filem semata-mata untuk memberikan komitmen terhadap drama ini," katanya.

Ditanya tidakkah dia berasa serik untuk bekerja dengan produksi tersebut apatah lagi dengan masalah yang pernah melanda ramai pelakon drama itu pada musim kedua lalu, kata Scha, dia tidak mahu memikirkan tentang perkara itu dan ingin bersikap profesional.

"Walaupun produksi ini memang 'mencabar' sedikit, tetapi rasanya, lebih baik saya ketepikan emosi saya dan jadi profesional saja. Tidak perlulah saya bangkitkan semula kisah yang berlaku," katanya ringkas

Disember 22, 2009

(Gossip) Cinta Tiga Segi Awal, Fahrin dan Sacha !!!?


Semakin lama zOom mengikuti perkembangan percintaan dan perpisahan sacha dan fahrin semakin banyak persoalan yang timbul. Sebelum ini Awal menafikan yang dia mempunyai hati dengan si sacha ini, dan fahrin tidak ingin mendedahkan kenapa mereka memutuskan hubungan.Tetapi didalam statement di bawah yang ZoOm baca membuatkan kepala anda semakin tertanya-tanya apa yang sebenarnya berlaku di antara Fahrin dan Sacha dan.....Adakah Awal dan Sacha bercinta ?

Tidak dinafikan persoalan yang timbul di antara tiga pengacara Sehati Berdansa sedikit sebanyak menaikan Rating SB3 tahun ini...!! apa=apa pun jum ZoOm "statement" gossip ini !?



Baca Selanjutnya

Awal Ashaari dan Scha Alyahya yang karib dalam hubungan, seringkali dikatakan menjadi punca Fahrin Ahmad patah hati. Cinta 'tiga segi' yang hangat diperkatakan itu sememangnya sedikit sebanyak membantu mempromosikan program realiti Sehati Berdansa yang dikendalikan oleh ketiga-tiga pengacara ini. Namun bagi Awal, hubungan dengan Scha tidak lebih dari seorang kawan baik yang sering berkongsi masalah, waima masalah kerja mahupun masalah peribadi.

"Saya akui saya berkawan rapat dengan Scha, saya senang berkawan dengan dia sebab dia memahami. Saya tidak ramai kawan jadi dia tempat saya mengadu dan saya tempat dia mengadu, kami sama-sama jadi tempat meluahkan perasaan sama ada masalah kerja ataupun peribadi. Dia sedang melalui satu saat yang sukar, saya sebagai kawan perlu ambil berat namun itu tidak bermaksud saya cuba ambil kesempatan terhadap dia," ujar Awal,

Bagaimanapun kata Awal, dia tidak menolak jika suatu hari terbit perasaan cinta antaranya dan Scha.

"Bagi pandangan seorang lelaki, Scha mempunyai pakej yang lengkap dan sempurna untuk menjadi kekasih. Dia cantik dan baik. Jika perasaan timbul antara kami itu tidak salah, saya single dia pun single. Tapi biar perasaan itu datang secara semula jadi. Kami dalam proses mengenali hati budi masing-masing. Saya tidak akan sorok kalau kami bercinta, saya ingin orang ramai tahu jika kami betul bercinta," kata Awal yang tidak mahu merahsiakan hubungan cintanya itu jika benar-benar berlaku.

Awal ketika ditanya tentang hubungannya dengan bekas kekasih Scha itu berkata, dia dan Fahrin masih baik namun tidak menolak jika kontroversi ini masih berterusan boleh mencetuskan rasa kurang senang antara mereka.

Zoom : APa kata anda ?

Disember 20, 2009

(Gossip) Sacha digugurkan dari awan dania !!?



Terkejut juga zoom baca berita ini di utusan hari ini, kenapa dan mengapa Sacha di gugurkan dalam drama Awan Dania. Kerana sifat ingin tahu kisah ini zoom baca la gossip ini hingga habis...Kalau nak tau gossip ini baca kat bawah ni...!!!



Baca Selanjutnya

KETIKA orang tengah sibuk bercerita kehebatan Scha Al-Yahya dalam drama bersiri Awan Dania yang disiarkan di Astro Ria, tiba-tiba terdengar desas-desus yang tak sedap.

Khabarnya watak pramugari bernama Dania lakonan Scha akan ditamatkan. Ada orang beritahu Niezam, Scha akan digugurkan daripada menyertai drama itu.

“Ya... Scha mungkin tak akan berlakon lagi dalam Awan Dania. Wataknya akan ditamatkan dan diganti dengan orang lain,” kata sumber itu. Tapi kenapa ya tiba-tiba nama Scha hendak digugurkan?

Selama ini lakonan Scha dalam drama itu memang bagus. Malah penonton pun dah anggap Scha adalah Awan Dania, dan Awan Dania adalah Scha. Memang tak boleh dipisahkan.

Dalam masa yang sama Niezam dengar cerita Scha sebenarnya yang mahu menarik diri dari kerana ada sebab-sebab tertentu. Minggu lalu Niezam ada hantar SMS kepada Scha untuk berjumpa dengan dia. Tapi sayangnya Scha balik kampung. Ada urusan keluarga pula katanya.

Apakah sebabnya Scha tidak berlakon dalam drama itu? Mungkin Scha boleh jawab nanti.

Zoom : Kenapa dan mengapa sama-sama la kita tunggu dan lihat komen dari Sacha !!!!

Disember 11, 2009

(Gossip)Awal Ashaari Teman Scha al Yahya di Midvalle !!


Ramai yang beranggapan penuh bahawa siapa teman Scha sekarang ini. Baru-baru ini, ada seorang sumber cuba mengambil gambar yang didakwa sebagai Awal Ashaari di Midvalley Megamall bertemankan seorang gadis yang mempunyai bentuk badan yang seakan-akan sama dengan Scha al Yahya. Tapi malangnya gambar berkenaan cuma diambil di bahagian belakang sahaja. Apa-apa pun kita dengar penjelasan mereka berdua nanti.



Baca Selanjutnya


Ada apa-apa info tak mengenai gossip ini ? atau sekadar gimik pemberi maklumat palsu dan sengaja menjatuhkan orang..!!!

Disember 07, 2009

(News)Sacha Kena Tembak !!!!



Jangan Marah tau, gurau je ini gambar Sacha semasa babak di tembak dalam Drama Awan Dania 2..Kan dah kena..!!!! Tengok la POSE Sacha ni, selambe dan comel je. !!!



Baca Selanjutnya

November 28, 2009

(Gambar)Sacha Comel Memakai Pakaian Indian !!


Zoom ada banyak gambar-gambar Sacha ni, maklum saja la zoom kan Fans di dalam Facebook Sacha ni.Kalau rajin-rajin join la group Facebook Sacha Dan Fahrin. Memang Update dan berita terbaru anda akan dapat baca..!!! Dalam ramai-ramai artis yang ada Facebook Zoom suka tengok mereka berdua yang sudah tidak mempunyai apa-apa hubungan ni..!! Opss terlebih sudag (Stacy)..Apa-apa pun apa kata anda mengenai Sacha Comel ni berpakaian Indian !!



Baca Selanjutnya


Oktober 27, 2009

(Video) Sacha Dan Memey Bergaduh !!!

Kecoh bila dua artis separa kontroversi dianatara, Memey Suhaiza dan Scha Al-Yahya dimana mereka berdua bercakaran dalam berebut teman lelaki dalam rancangan AC Sempoi (24/10) yang lalu. Memey dilihat lebih agresif dengan gaya yang penuh menengking dan mengedik, sebaliknya pula si Scha berlagak cool tahap peti sejuk sambil mempertahankan teman lelakinya yang bernama tutzz. Boleh korang tengok video dibawah ni untuk lihat adegan panas tersebut (8:30).





Baca Selanjutnya

Info: Izyan
Klvideo

Oktober 20, 2009

(Gossip) Fahrin marah atas campur tangan Linda Onn !!!


Kisah cinta paling hangat dan panas bulan ini adalah antara pasangan kekasih, Scha Alyahya dengan Fahrin Ahmad yang hancur berkecai ibarat kaca terhempas ke batu.

Fahrin bersabar dengan ujian itu walaupun dalam hatinya mungkin ada sayang terhadap Scha. Begitu juga Scha diharap tabah menghadapi ujian putus cinta. Ini semua adalah dugaan dan ujian bagi mereka yang bergelar artis. Itulah, apabila jadi artis semua kisah peribadi akan menjadi berita sensasi yang hendak diketahui oleh semua orang.





Baca Selanjutnya

Fahrin sempat meluahkan perasaan yang dia agak terkilan apabila bekas kekasih iaitu Linda Onn cuba masuk campur terhadap apa yang berlaku di antara dia dengan Scha. Kata Fahrin, dia terkilan apabila membaca Linda memberi reaksi mengenai hubungannya dengan Scha. Malah Fahrin juga tidak bersetuju apabila ada sesetengah pihak media yang sengaja mencari sensasi dengan meminta komen daripada Linda.


“Kenapa nak tanya Linda pasal saya dan Scha putus cinta? Perkara itu tak relevan langsung. Linda bukannya kawan rapat kami dan dia bukan orang yang layak bagi komen,” demikianlah kata Fahrin.

Zoom Komen: Alahai makin Hebat lah kisah artis kita ni, sana sini memperkatakan kisah percintaan beliau.Kesian kat Fahrin ni, mungkin dah geram dan sedih sangat kot sampai "Statement" kuar macam ni..!!! APa Komen anda...!!!


Oktober 07, 2009

(Gossip) Awal Ashaari Nafi Bercinta Dengan Sacha !!!


KATALAH apa sahaja tentang hubungan tiga pelakon, pengacara dan model iaitu gosip cinta Awal Ashaari dengan Scha Al-Yahya yang dalam masa sama baru putus kasih dengan Fahrin Ahmad.

Scha mahupun Fahrin telah memaklumkan yang hubungan cinta mereka tidak dapat diteruskan atas sebab tiada persefahaman lagi.

Lantas apabila perpisahan itu berlaku, wujud pula gosip cinta Awal dan Scha.

Hakikatnya, Awal akui berkawan baik dengan Scha mahupun Fahrin namun tidaklah sampai hendak menyakiti percintaan mereka berdua sekaligus menyatakan dia tidak mahu dikaitkan dengan cinta tiga segi!...



Baca Selanjutnya

Lebih-lebih lagi ketiga-tiganya saling bekerjasama menerusi program realiti ‘Sehati Berdansa musim ketiga’ yang sedang disiarkan di televisyen sekarang.

“Jangan kaitkan saya dengan cinta tiga segi kerana saya hanya mahu cinta dua segi.

“Mungkin ada yang cemburu sehingga sanggup menyebarkan gosip saya bercinta dengan Scha. Tambahan pula, kami bertiga sedang mengacarakan program ‘Sehati Berdansa’ sekali.

“Sebagai kawan, memang saya mengambil berat tentang masalah mereka tetapi secara keseluruhannya saya tak nak dikaitkan dengan masalah mereka yang sedang sensasi sekarang,” katanya yang hanya tergelak dan tidak terkejut apabila menerima gosip itu.

Jelas Awal, dia dan Scha memang berkawan rapat dari dulu lagi seperti dia mengenali artis yang lain.

“Saya tak sukalah gosip seperti ini kerana kedua-dua pun kawan saya. Lagipun saya tahu yang semua orang tahu kami berkawan.

“Saya rasa bukan saya puncanya kerana setahu saya mereka berpisah bukan sebab orang ketiga tetapi sebab persefahaman.

“Mungkin juga spekulasi ini timbul apabila saya dan Scha berbuka puasa bersama-sama dan waktu itu mereka dah putus. Jadi, sebab itu orang kaitkan saya,” katanya yang sedang dalam proses untuk berlakon sebuah telefilem.

Disebabkan jadual kerjanya terikat dengan program ‘Sehati Berdansa’, Awal mengambil jalan selamat dengan berlakon telefilem sahaja.

Di samping itu, dia juga sedang menantikan kemunculan filem terbaru lakonannya, ‘Niyang Rapik’ terbitan Excellent Pictures pada tahun depan di pawagam dan drama ‘Cinderella Blues’ di TV3 pada bulan Oktober ini

Zoom Komen: Kesian Kat Awal Jadi Mangsa keadaan,Si Awal Pun dah ada kekasih dah ni statementnya nak kahwin 2 thn lagie.

"Insya-Allah, kalau jadi saya akan berkahwin dua tahun lagi. Sekarang biar dulu dan tidak mahu terlalu heboh kerana bimbang tak jadi. “Waktu dan masa akan menentukan. Jadi, tunggu dan lihat sahaja,” jawabnya ringkas yang turut mengaku telah bertandang ke rumah keluarga kekasihnya.

Apa pun bro Fahrin Sacha Bibit2 percintaan masih boleh disemai, suami isteri boleh bersama semuala apatah lagi ketika menabur benih ..!!! Apa Komen Anda !!!

Oktober 05, 2009

(Gossip) Fahrin Dan Sacha "Statement" di Metro !!



Gambar ni zoom copy kat blog selebrity, gambar clear kot..komen sacha dan fahrin menggambarkan dan mereality kan gossip yang sedang hangat kat luar sana, memang sahih dan pasti kedua-duanya sudah tidak ada hubungan lagie..!!



Baca Selanjutnya

Zoom KOmen: Cari lagie la bro Fahrin awak tue hendsome kat luar lagie ramai tengah menunggu kali ni carila dikalangan bukan artis mesti jadi nyer..sampai bila nak cintaa putuss...cintannn putus..!betul tak u alls !!?

(Gosip) Linda enggan komen perpisahan Scha-Fahrin !!


SEMASA tersebarnya berita tidak wujud lagi persefahaman dengan bekas 'teman tapi mesra' Fahrin Ahmad pada tahun lalu, pelakon serta penyampai radio Sinar FM, Linda Onn bertindak mendiamkan diri.

Ekoran itu, akui Linda, beliau dipersalahkan oleh banyak pihak malah para wartawan pun marah dan 'menghentamnya'.

Namun, Linda menelan segala cemuhan dan kritikan itu umpama menelan air liur biarpun tindakannya mendiamkan diri itu hanya mengundang persepsi salah dan tanggapan meleset terhadapnya.

Hari ini, Linda tetap mengambil pendekatan yang sama, iaitu berdiam diri, apabila Fahrin dikhabarkan telah berpisah dengan aktres and pengacara sedang meningkat naik, Scha Alyahya.

"Betul ke? Saya betul-betul tak tahu. Serius? Kalau boleh, saya tak nak tahu dan kalau boleh tak nak ambil tahu. Perhubungan di antara kami berdua dah menjadi lipatan sejarah."

"Saya tidak mempunyai apa-apa komen mengenai mereka kerana saya tidak nak masuk campur. Saya zip mulut sahaja," kata Linda yang ditemui semasa Pertandingan Kek Coklat Ketiga yang berlangsung di Great Eastern Mall, Ampang, Kuala Lumpur, baru-baru ini




Baca Selanjutnya

Ditanya kemungkinan hatinya masih terbuka untuk menerima Fahrin, gelengan kepala Linda sudah menjelaskan segala-galanya.

"Bila kami bersama, orang tanya mengapa dengan dia. Bila kami dah berpisah, orang tanya mengapa saya tidak balik kepadanya. Orang akan cakap sampai bila-bila. Kita tidak boleh menghalang mereka bercakap.

"Apa yang penting, kita tahu apa yang terbaik buat diri kita," ujar Linda sejujurnya.

Menurut Linda, dia berasa lebih selesa hidup bersendirian dan tidak mempunyai lelaki istimewa di hatinya buat masa ini.

Zoom Komen: Kesian Kat Bro Fahrin putus cinta lagi,persoalannya si Sacha sekarang nie dengan saper..menurut gossi satu laman web si sacha ni sekarang dengan si Awal pelakon tu, Betul ke tak no komen ...Ada info ? share la !!!

September 26, 2009

(Gambar) Comelnya Scha Al Yahya di pagi Aidilfitri !!!!






Comelnyer Scha di pagi raya dimata zoom,tanpa make up pun scha tetap comel dan ayu.patut la bro sorang tue tak nak lepaskan dia ni..!!! suka tengok gambar scha possing dengan budak kecik sorang ni,adik sacha kot..!!!jap nak gi skodeng facebook sacha :)