Januari 22, 2010

(Gossip) Scha akui Fahrin panas baran manakala Awal seorang yang 'original'


Ada lagi kisah cinta tiga segi antara Fahrin,Sacha dan Awal ini.Berita terbaru yang Zoom dapat dari laman web GUA, menyebabkan kisah di antara mereka semakin panas di arena gossip di Malaysia khasnya di dalam Internet hari ini...MAri kita Baca dan fikir apakah maksud sebenar !!!!



Baca Selanjutnya

Sebelum ini gempar apabila Linda Onn mengeluarkan kenyataan beliau pernah dikasari bekas kekasihnya, Fahrin. Scha turut mengakui perkara tersebut dengan memberitahu beliau turut pernah mengalami perkara yang sama.




"Scha akui Fahrin seorang yang panas baran. Scha pun panas baran. Scha terima kesalahan Scha dan dia perlu terima kesilapannya. Jika Scha nak aibkannya, awal-awal lagi Scha dah dedahkan semuanya. Tapi Scha perlu beralas bila bercakap. Tak perlu kami bermusuh. Kalau dilihat balik, dia yang kata Scha curang, mengaibkan Scha tapi Scha tak terfikir pun nak saman."

Kalau sebelum ini model dan pelakon terkenal ini lebih suka bersikap 'menyembunyikan' hubungannya bersama Awal. Namun, kali ini beliau merasakan seolah-olah sudah tiba masanya untuk beliau tidak berselindung lagi soal hubungan beliau bersama Awal.



"Kami sedang menuju ke arah itu (bercinta). Kita harapkan yang terbaik. Jika ada jodoh, Scha tak tolak. Tapi untuk 'declare', rasanya terlalu awal lagi. Biarlah kita berkenalan dulu."

"Dari segi karektornya. Apa yang kita lihat, itulah diri sebenarnya. Dia bukan seperti segelintir orang di mana di depan kita, perangainya lain, bila di belakang, dia lain. Dia seorang yang tulus dan terus-terang."

Itulah kata-kata Scha apabila ditanya mengenai sifat Awal yang membuatkan dirinya tertarik kepada jejaka tersebut. Scha menyifatkan Awal sebagai seorang yang 'original' dan tidak hipokrit. Scha turut mengakui bahawa Scha sudah bertemu dengan keluarga Awal, begitu juga Awal yang sememangnya rapat dengan keluarga Scha.

Nampak gayanya macam dah bau nasi minyak lah ni ya? Apa kata anda mengenai gossip terbaru dari laman web GUA ini...!!!?