Januari 23, 2010
(Cerita artis) Diana Danielle Dilamar Syarikat Antarabangsa
Bertuahnya si Diana ni, semakin lama semakin naik saham dia dalam industri tanah air kita, cerita terbaru beliau di lamar syarikat antarabangsa dari Amerika syarikat.Sebelum ini Yuna, sekarang pula tiba giliran Diana.mari kita Baca cerita artis ini...!!
Baca Selanjutnya
Bercerita lanjut mengenai tawaran 'emas' itu, Diana berkata, perbincangan mengenai butiran syarat di dalam kontrak tersebut masih dibincangkan antara pengurusannya dengan syarikat rakaman itu. Malah, Diana juga tidak menafikan proses itu terlalu panjang dan agak rumit serta memerlukan penilitian dan perbincangan yang mendalam antara kedua belah pihak.
"Memang benar ada sebuah syarikat rakaman dari Amerika melamar saya untuk jadi artis rakaman mereka. Kini, pihak pengurusan saya sedang berbincang lebih lanjut tentang syarat-syarat kontrak tersebut," jelas Diana yang baru saja menamatkan penggambaran filem terbarunya, ... Dalam Botol.
Sekadar mendapatkan jawapan daripada empunya diri mengenai keputusannya, Diana lantas diusik adakah dia akan menerima lamaran itu. Tanpa berselindung, Diana pantas menjawab sudah semestinya dia akan menerima peluang berharga itu seandainya kedua-dua belah pihak mendapat faedah dan menyenangi syarat-syarat yang dibincangkan.
"Tentulah saya akan terima tawaran itu jika syarat-syaratnya yang sedang kami bincangkan ini memberi faedah dan dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Peluang begini bukan datang selalu. Malah, ini adalah platform terbaik untuk saya kembangkan karier nyanyian di pentas antarabangsa," katanya lagi.
Ditanya bagaimana dia boleh mendapat tawaran itu, Diana berkata, lamaran daripada syarikat itu berpunca daripada kenalan ibunya di Amerika Syarikat. Sebaik sahaja wakil syarikat itu berkenan dengan profil Diana, lamaran itu lantas dikendalikan oleh pengurusnya.
"Ianya berpunca daripada contact kenalan ibu saya di Amerika. Kini, pengurus saya masih lagi berbincang dengan wakil syarikat itu bagi mendapatkan persetujuan bersama," ujarnya ringkas.
Jelasnya lagi, bukan dia tidak mahu mengumumkan kepada khalayak mengenai butiran tawaran itu, cuma Diana sekadar bimbang untuk mengulas lanjut ia masih dalam peringkat perbincangan. Bagaimanapun, Diana berjanji akan mengumumkan keputusan berita baik itu dalam masa terdekat.