KATALAH apa sahaja tentang hubungan tiga pelakon, pengacara dan model iaitu gosip cinta Awal Ashaari dengan Scha Al-Yahya yang dalam masa sama baru putus kasih dengan Fahrin Ahmad.
Scha mahupun Fahrin telah memaklumkan yang hubungan cinta mereka tidak dapat diteruskan atas sebab tiada persefahaman lagi.
Lantas apabila perpisahan itu berlaku, wujud pula gosip cinta Awal dan Scha.
Hakikatnya, Awal akui berkawan baik dengan Scha mahupun Fahrin namun tidaklah sampai hendak menyakiti percintaan mereka berdua sekaligus menyatakan dia tidak mahu dikaitkan dengan cinta tiga segi!...
Baca Selanjutnya
Lebih-lebih lagi ketiga-tiganya saling bekerjasama menerusi program realiti ‘Sehati Berdansa musim ketiga’ yang sedang disiarkan di televisyen sekarang.
“Jangan kaitkan saya dengan cinta tiga segi kerana saya hanya mahu cinta dua segi.
“Mungkin ada yang cemburu sehingga sanggup menyebarkan gosip saya bercinta dengan Scha. Tambahan pula, kami bertiga sedang mengacarakan program ‘Sehati Berdansa’ sekali.
“Sebagai kawan, memang saya mengambil berat tentang masalah mereka tetapi secara keseluruhannya saya tak nak dikaitkan dengan masalah mereka yang sedang sensasi sekarang,” katanya yang hanya tergelak dan tidak terkejut apabila menerima gosip itu.
Jelas Awal, dia dan Scha memang berkawan rapat dari dulu lagi seperti dia mengenali artis yang lain.
“Saya tak sukalah gosip seperti ini kerana kedua-dua pun kawan saya. Lagipun saya tahu yang semua orang tahu kami berkawan.
“Saya rasa bukan saya puncanya kerana setahu saya mereka berpisah bukan sebab orang ketiga tetapi sebab persefahaman.
“Mungkin juga spekulasi ini timbul apabila saya dan Scha berbuka puasa bersama-sama dan waktu itu mereka dah putus. Jadi, sebab itu orang kaitkan saya,” katanya yang sedang dalam proses untuk berlakon sebuah telefilem.
Disebabkan jadual kerjanya terikat dengan program ‘Sehati Berdansa’, Awal mengambil jalan selamat dengan berlakon telefilem sahaja.
Di samping itu, dia juga sedang menantikan kemunculan filem terbaru lakonannya, ‘Niyang Rapik’ terbitan Excellent Pictures pada tahun depan di pawagam dan drama ‘Cinderella Blues’ di TV3 pada bulan Oktober ini
Zoom Komen: Kesian Kat Awal Jadi Mangsa keadaan,Si Awal Pun dah ada kekasih dah ni statementnya nak kahwin 2 thn lagie.
"Insya-Allah, kalau jadi saya akan berkahwin dua tahun lagi. Sekarang biar dulu dan tidak mahu terlalu heboh kerana bimbang tak jadi. “Waktu dan masa akan menentukan. Jadi, tunggu dan lihat sahaja,” jawabnya ringkas yang turut mengaku telah bertandang ke rumah keluarga kekasihnya.
Apa pun bro Fahrin Sacha Bibit2 percintaan masih boleh disemai, suami isteri boleh bersama semuala apatah lagi ketika menabur benih ..!!! Apa Komen Anda !!!