Januari 23, 2010

(Gossip) Maklum balas Fahrin Ahmad mengenai "Statement" Sacha


Semakin lama kisah panas mereka menjadi perbualan hangat masyarakat amnya media hari ini, sebelum ini "Statement" scha mengenai Fahrin dan hari ini pula Fahrin tampil dengan jawapan seperti di bawah !!!



Baca Selanjutnya

Mengulas tentang ‘peperangan’ itu, Fahrin memberitahu yang dia memang lebih suka mendiamkan diri berbanding melenting tidak tentu pasal.


“Saya memang dari dahulu lagi tidak mahu bercakap banyak tentang perpisahan saya dengan Linda dan Scha. Bagi saya, bercakap banyak hanya akan memburukkan keadaan. Bukan kerana saya mahu menyembunyikan perkara yang sebenar. Cuba anda imbas kembali, sejak dari dulu sampailah sekarang saya tidak pernah cuba memburukkan sesiapa
.


“Saya tidak mahu keluar kenyataan mempertahankan diri kerana selalunya apabila seseorang itu mahu mempertahankan diri, mereka akan cuba memburukkan atau mencari kesalahan orang lain. Itu adalah lumrah kehidupan. Sebab itu, saya tidak mahu perkara ini berlaku kepada diri saya. Bagaimanapun, saya berdiam bukan bererti saya kalah. Saya gunakan akal dan kebijaksaaan untuk menangani masalah ini,”
jelas Fahrin yang ditemui ketika majlis pengumuman lima calon akhir Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 (ABPBH 2009) baru-baru ini.


Saya berdiam, tetapi mereka tidak henti-henti menghentam saya. Mungkin mereka tidak dapat mesej yang ingin saya sampaikan. Saya tidak nampak perkembangan positif dalam kemelut ini. Sebab itu saya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang untuk menghentikan semua tohmahan. Saya telah cuba mengawal keadaan, tetapi tidak mendapat kerjasama daripada mereka,”
tambah Fahrin lagi.

Zoom: Bagus la Bro Fahrin...berdiam diri lebih baik daripada kecoh satu Malaysia...!! Apa kata anda ?