Januari 23, 2010

(Cerita Artis) Zila-Along Raja Lawak Selamat Dinikahkan


Alhamdulillah akhirnya Zila sah menjadi isteri Along bekas peserta program Raja Lawak di Astro,Mari kita baca "statement" di Akhbar online mengenai kedua-dua pasangan yang jari masih lagi berinai.!!! Majlis berlangsung pagi tadi di Negeri Sembilan.



Baca Selanjutnya

JEMPOL: Setelah bertunang selama setahun sebulan, pelawak dan pelakon Muhammad Nizamudin Ahmad, 27, atau dikenali Along Raja Lawak dan pasangannya, penyanyi dan pelakon Nur Azilah Seeron, 21, (Zila AF4) selamat dinikahkan di Masjid Felda Lui Selatan 1, Bandar Seri Jempol, di sini pada pukul 10.45 pagi tadi.

Dengan dua kali lafaz, Along sah bergelar suami Zila dengan mas kahwin RM200 beserta tujuh dulang hantaran termasuk wang hantaran berjumlah RM17,119.

Dulang hantaran pengantin lelaki termasuk cincin jenama Habib Jewels, al-Quran, sejadah, telekung, sirih junjung, kasut dan beg tangan.

Sementara Zila membalas dengan sembilan hantaran seperti al-Quran, set dompet dan tali pinggang, sirih junjung, kemeja, kasut, sejadah, coklat Ferrero Roche dan cincin emas putih.

Dulang hantaran kedua-dua belah pengantin disediakan oleh isteri penyanyi Mawi, Ekin dari ME World Collection dengan konsep warna emas (Along) dan perak (Zila).

Kedua mempelai memilih pakaian serba putih tajaan Ezlynnz Collection untuk majlis pernikahan mereka.

Lebih 100 tetamu yang hadir terdiri daripada kaum keluarga dan sanak-saudara terdekat kedua-dua mempelai.

Pada pukul 1.30 petang ini, majlis persandingan sebelah pengantin perempuan akan dilangsungkan di kediaman keluarganya dengan pelamin ditaja oleh Ezlynnz Collection dengan warna tema hitam dan hijau.

Sementara, majlis persandingan sebelah lelaki bertemakan moden Inggeris yang ditaja oleh Adli Bridal yang pernah membuat pelamin semasa perkahwinan Mawi dan Ekin dan LC Catering akan diadakan di Dewan Serbaguna, Johor Jaya pada 14 Februari, pukul 8 malam yang jatuh pada sambutan Hari Kekasih serta Tahun Baru Cina.

Sementara pada 27 Februari, resepsi mereka akan diadakan di Plaza Angsana, Johor Baru bersempena Wedding Festival yang pernah dijayakan oleh pelakon Que Haidar dan koreografer Linda Jasmine pada tahun lalu.

Persandingan di Plaza Angsana itu akan ditaja sepenuhnya oleh Plaza Angsana dan Butik Juzzarith.


Zoom: Semoga perkahwinan yang di bina kekal hingga ke akhir hayat...!!! apa kata anda ?