Memaparkan catatan dengan label Along Raja Lawak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Along Raja Lawak. Papar semua catatan

April 19, 2011

Kehadiran cahaya mata bagi setiap pasangan yang berkahwin sudah pasti akan menyerikan hidup mereka, malah ia sememangnya menjadi impian selepas sahaja memiliki status sebagai suami isteri. Dalam kehidupan kita menjadi suami isteri sudah pasti waktu ini menjadi dugaan dan penantian yang sungguh mendebarkan apatah lagi menanti kehadiran zuriat.

Begitu juga dengan pasangan Nur Azilah Seeron atau Zila AF4 dengan Muhammad Nizamudin Ahmad atau Along Raja Lawak. Ternyata tarikh 16 April lalu membawa khabar gembira buat mereka berdua apabila Zila disahkan mengandung.


Zila, 23, mengakui berita gembira ini diterima tanpa diduga selepas menjalani rawatan di Pusat Rawatan Az-Zahra, Bangi Selangor, Sabtu lalu, selepas mengalami sakit tekak.Berikut luahan Zila yang sempat ZoOM Cut And Paste untuk pembaca di ZoOMartis Dot Net @ FaceBook :


“Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT di atas anugerah yang diberikan. Inilah hadiah paling menggembirakan buat kami berdua,” katanya.

Februari 17, 2010

(Cerita Artis) Caca Raja Lawak tersingkir di mingu ke tujuh


Akhirnya pemuda ini akur dengan pilihan penonton di luar sana, penyingkiran beliau memang dijangkakan kerana setiap minggu beliau berada ditangga terakhir senarai peserta Raja Lawak 4.

Mari kita baca luahan anak muda ini yang berjaya sampai ke minggu ke 7 dalam program Raja Lawak musim ke 4 ini.

"Saya tidak pernah putus asa, apa yang saya lalui di sini adalah satu pengalaman yang cukup berharga. Tidak sedikitpun saya menyesal kerana mengikuti rancangan ini, lagipun saya tidak rugi apa-apa. Saya dapat rasakan bakal tersingkir kerana persembahan saya malam ini agak mengecewakan,"
 kata bapa kepada tiga orang anak ini.


Walaupun menyedari dirinya tidak setanding peserta lain untuk merebut tempat kekal hingga ke minggu akhir, namun Caca bersyukur dengan apa yang telah diperolehi di RL4 dan menerimanya sebagai adat dalam pertandingan.

"Saya tidak merasa terkilan dengan penyingkiran ini, malah dengan terkeluarnya saya malam ini, saya dapat memberikan peluang kepada peserta lain yang lebih berbakat. Saya sedar dengan kemampuan diri, sebenarnya saya tidak mempunyai bakat menjadi seorang pelawak. Secara jujurnya saya mengikuti rancangan ini kerana ingin mengetahui apa yang terdapat dalam lawak itu sendiri,"
ujarnya yang akan pulang ke kampung halaman dalam masa terdekat.

"Ini adalah antara tema yang susah, peserta mesti bijak menyesuaikan dengan idea mereka supaya tidak lari daripada konsep asal. Tambahan pula, minggu ini mereka diberi masa selama tiga setengah minit. Mungkin sebelum ini hanya dua minit, apabila masa menjadi panjang, mereka agak hilang fokus,"
 kata Afdlin. Baki peserta RL4 yang hanya diwakili oleh Kumpulan Antu, Kumpulan Mamu serta Idlan dan Alex dikatakan bakal berlaku persaingan sengit kerana mereka mempunyai bakat dan kreativiti yang tersendiri untuk persembahan yang akan datang.


Zoom: Apa kata anda mengenai peserta ini?

Januari 23, 2010

(Cerita Artis) Zila-Along Raja Lawak Selamat Dinikahkan


Alhamdulillah akhirnya Zila sah menjadi isteri Along bekas peserta program Raja Lawak di Astro,Mari kita baca "statement" di Akhbar online mengenai kedua-dua pasangan yang jari masih lagi berinai.!!! Majlis berlangsung pagi tadi di Negeri Sembilan.



Baca Selanjutnya

JEMPOL: Setelah bertunang selama setahun sebulan, pelawak dan pelakon Muhammad Nizamudin Ahmad, 27, atau dikenali Along Raja Lawak dan pasangannya, penyanyi dan pelakon Nur Azilah Seeron, 21, (Zila AF4) selamat dinikahkan di Masjid Felda Lui Selatan 1, Bandar Seri Jempol, di sini pada pukul 10.45 pagi tadi.

Dengan dua kali lafaz, Along sah bergelar suami Zila dengan mas kahwin RM200 beserta tujuh dulang hantaran termasuk wang hantaran berjumlah RM17,119.

Dulang hantaran pengantin lelaki termasuk cincin jenama Habib Jewels, al-Quran, sejadah, telekung, sirih junjung, kasut dan beg tangan.

Sementara Zila membalas dengan sembilan hantaran seperti al-Quran, set dompet dan tali pinggang, sirih junjung, kemeja, kasut, sejadah, coklat Ferrero Roche dan cincin emas putih.

Dulang hantaran kedua-dua belah pengantin disediakan oleh isteri penyanyi Mawi, Ekin dari ME World Collection dengan konsep warna emas (Along) dan perak (Zila).

Kedua mempelai memilih pakaian serba putih tajaan Ezlynnz Collection untuk majlis pernikahan mereka.

Lebih 100 tetamu yang hadir terdiri daripada kaum keluarga dan sanak-saudara terdekat kedua-dua mempelai.

Pada pukul 1.30 petang ini, majlis persandingan sebelah pengantin perempuan akan dilangsungkan di kediaman keluarganya dengan pelamin ditaja oleh Ezlynnz Collection dengan warna tema hitam dan hijau.

Sementara, majlis persandingan sebelah lelaki bertemakan moden Inggeris yang ditaja oleh Adli Bridal yang pernah membuat pelamin semasa perkahwinan Mawi dan Ekin dan LC Catering akan diadakan di Dewan Serbaguna, Johor Jaya pada 14 Februari, pukul 8 malam yang jatuh pada sambutan Hari Kekasih serta Tahun Baru Cina.

Sementara pada 27 Februari, resepsi mereka akan diadakan di Plaza Angsana, Johor Baru bersempena Wedding Festival yang pernah dijayakan oleh pelakon Que Haidar dan koreografer Linda Jasmine pada tahun lalu.

Persandingan di Plaza Angsana itu akan ditaja sepenuhnya oleh Plaza Angsana dan Butik Juzzarith.


Zoom: Semoga perkahwinan yang di bina kekal hingga ke akhir hayat...!!! apa kata anda ?

Januari 10, 2010

(Cerita Artis) Along dan Zila akan berkahwin pada 23 Jan 2010


Pasangan sehati sejiwa ini memilih tarik 23 Jan 2010 sebagai tarikh pernikahan mereka, dan seterusnya menamatkan pertunangan yang sekian lama melekat di jari.Along yang ketika dihubungi berkata majlis pernikahan tersebut akan dilangsungkan di rumah Zila serentak dengan persandingan yang bertemakan rona hijau dan hitam.




Baca Selanjutnya

Zoom suka tengok pasangan ini sebab kurang konterversi, semoga anda berdua berbahagia hingga ke akhir hayat...Apa kata anda ?


"Kami akan bernikah dan bersanding pada 23 Januari ini di rumah Zila. Majlis resepsi sebelah pihak lelaki pula akan diadakan pada 14 Februari depan di Johor Bahru,"
ujar Along.