Begitu juga dengan pasangan Nur Azilah Seeron atau Zila AF4 dengan Muhammad Nizamudin Ahmad atau Along Raja Lawak. Ternyata tarikh 16 April lalu membawa khabar gembira buat mereka berdua apabila Zila disahkan mengandung.
Zila, 23, mengakui berita gembira ini diterima tanpa diduga selepas menjalani rawatan di Pusat Rawatan Az-Zahra, Bangi Selangor, Sabtu lalu, selepas mengalami sakit tekak.Berikut luahan Zila yang sempat ZoOM Cut And Paste untuk pembaca di ZoOMartis Dot Net @ FaceBook :
“Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT di atas anugerah yang diberikan. Inilah hadiah paling menggembirakan buat kami berdua,” katanya.
“Sebagai persediaan awal, saya akan mengehadkan segala aktiviti seni biarpun ada menerima tawaran kerana saya akan memperbanyakkan berehat selain berdoa agar sentiasa sihat sejahtera hendaknya.Gambar Perkahwinan Along Dan Zila :
“Apa yang diharapkan dengan anugerah dan hadiah yang diberikan ini akan terus dilimpahi dan pastinya kedua-dua keluarga begitu gembira dengan berita itu terutama keluarga mentua apabila bakal menimang cucu sulung.
“Along antara insan yang paling gembira dan berharap semua peminat akan terus berdoa untuk kami berdua dan dilindungi daripada perkara yang tidak baik,” katanya.
ZoOM : Semoga kehadiran Zuriat pasangan ini akan memeriahkan dan menjadi penyeri dalam menempuh liku-liku kehidupan dialam ini.
Suka Gossip Ini ClickLah Like !!