Kisah cinta paling hangat dan panas bulan ini adalah antara pasangan kekasih, Scha Alyahya dengan Fahrin Ahmad yang hancur berkecai ibarat kaca terhempas ke batu.
Fahrin bersabar dengan ujian itu walaupun dalam hatinya mungkin ada sayang terhadap Scha. Begitu juga Scha diharap tabah menghadapi ujian putus cinta. Ini semua adalah dugaan dan ujian bagi mereka yang bergelar artis. Itulah, apabila jadi artis semua kisah peribadi akan menjadi berita sensasi yang hendak diketahui oleh semua orang.
Baca Selanjutnya
Fahrin sempat meluahkan perasaan yang dia agak terkilan apabila bekas kekasih iaitu Linda Onn cuba masuk campur terhadap apa yang berlaku di antara dia dengan Scha. Kata Fahrin, dia terkilan apabila membaca Linda memberi reaksi mengenai hubungannya dengan Scha. Malah Fahrin juga tidak bersetuju apabila ada sesetengah pihak media yang sengaja mencari sensasi dengan meminta komen daripada Linda.
“Kenapa nak tanya Linda pasal saya dan Scha putus cinta? Perkara itu tak relevan langsung. Linda bukannya kawan rapat kami dan dia bukan orang yang layak bagi komen,” demikianlah kata Fahrin.
Zoom Komen: Alahai makin Hebat lah kisah artis kita ni, sana sini memperkatakan kisah percintaan beliau.Kesian kat Fahrin ni, mungkin dah geram dan sedih sangat kot sampai "Statement" kuar macam ni..!!! APa Komen anda...!!!