SEMASA tersebarnya berita tidak wujud lagi persefahaman dengan bekas 'teman tapi mesra' Fahrin Ahmad pada tahun lalu, pelakon serta penyampai radio Sinar FM, Linda Onn bertindak mendiamkan diri.
Ekoran itu, akui Linda, beliau dipersalahkan oleh banyak pihak malah para wartawan pun marah dan 'menghentamnya'.
Namun, Linda menelan segala cemuhan dan kritikan itu umpama menelan air liur biarpun tindakannya mendiamkan diri itu hanya mengundang persepsi salah dan tanggapan meleset terhadapnya.
Hari ini, Linda tetap mengambil pendekatan yang sama, iaitu berdiam diri, apabila Fahrin dikhabarkan telah berpisah dengan aktres and pengacara sedang meningkat naik, Scha Alyahya.
"Betul ke? Saya betul-betul tak tahu. Serius? Kalau boleh, saya tak nak tahu dan kalau boleh tak nak ambil tahu. Perhubungan di antara kami berdua dah menjadi lipatan sejarah."
"Saya tidak mempunyai apa-apa komen mengenai mereka kerana saya tidak nak masuk campur. Saya zip mulut sahaja," kata Linda yang ditemui semasa Pertandingan Kek Coklat Ketiga yang berlangsung di Great Eastern Mall, Ampang, Kuala Lumpur, baru-baru ini
Baca Selanjutnya
Ditanya kemungkinan hatinya masih terbuka untuk menerima Fahrin, gelengan kepala Linda sudah menjelaskan segala-galanya.
"Bila kami bersama, orang tanya mengapa dengan dia. Bila kami dah berpisah, orang tanya mengapa saya tidak balik kepadanya. Orang akan cakap sampai bila-bila. Kita tidak boleh menghalang mereka bercakap.
"Apa yang penting, kita tahu apa yang terbaik buat diri kita," ujar Linda sejujurnya.
Menurut Linda, dia berasa lebih selesa hidup bersendirian dan tidak mempunyai lelaki istimewa di hatinya buat masa ini.
Zoom Komen: Kesian Kat Bro Fahrin putus cinta lagi,persoalannya si Sacha sekarang nie dengan saper..menurut gossi satu laman web si sacha ni sekarang dengan si Awal pelakon tu, Betul ke tak no komen ...Ada info ? share la !!!