Memaparkan catatan dengan label Anuar Zain. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Anuar Zain. Papar semua catatan

Februari 04, 2012

Anuar Zain Terima Royalti RM 18,859.38 dari Syncrosound Records

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan syarikat rakaman, Syncrosound Records Label Music Sdn. Bhd. (Syncrosound) membayar royalti sebanyak RM18,859.38 kepada penyanyi, Anuar Zain.

Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Nurul Nadzia Abdul Aziz membuat keputusan itu di dalam kamarnya.

Semalam ditetapkan untuk keputusan taksiran jumlah royalti yang perlu dibayar syarikat rakaman itu kepada penyanyi itu bagi penjualan dua albumnya. Kedua-dua album itu menggunakan namanya sebagai judul.

Mac 02, 2011

Gossip Panas : Anuar Zain Rela Di Cium Peminat !!!!

Nampaknya kisah cium mencium, peluk dan dipeluk bermula lagi terutamanya jika ada minggu setiausaha ni...nak buat macam mana dah peminat dia fanatik sangat sampai nak cium dan lupakan apa yang agama kita tegah daripada melakukannya. Ikuti luahan adik kepada akak Ziana Zain yang masih bujang lagi...


"Memang benar peminat menyerbu, memeluk dan melakukan macam-macam apabila saya menghampiri mereka dalam persembahan tetapi perkara itu lebih disensasikan daripada kenyataan yang sebenar.
"Sebagai penyanyi, mereka (peminat) adalah keutamaan saya. Saya rela diperlakukan dengan apa juga reaksi spontan mereka," jawabnya sambil menguntumkan senyuman.

Oktober 21, 2010

(Gambar) Anuar Zain Kahwin Dengan.. Senyap-senyap


Akhirnya terbongkar juga rahsia Anuar Zain. Anuar Zain senyap-senyap je sudah berkahwin dengan kekasih pilihan hatinya. Siapakah isteri Anuar Zain tu? Cantik orang nya. Jom kita kenal-kenal sedikit dengan isteri Anuar Zain.

Mei 19, 2010

Anuar Zain menang kes royalti album

Alhamdulillah akhirnya penantian selama 4 tahun Adik kepada Akak Ziana Zain kita ini menang saman ke atas syarikat rakaman Syncrosound Records Label Music Sdn. Bhd. (Syncrosound).


Setelah 4 tahun turun naik mahkamah Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi di sini, Dr. Prasad Sandosham Abraham turut memerintahkan Syncrosound membayar kos dan faedah sebanyak lapan peratus ke atas jumlah royalti setahun bermula Jun 2006 kepada Anuar atau nama sebenarnya, Shahrul Annuar Zain, 40. Terdahulu, peguam yang mewakili penyanyi lagu Lelaki Ini, Aizul Rohan Anuar memberitahu, syarikat rakaman tersebut telah gagal mengemukakan laporan jualan album sebagaimana yang diarahkan mahkamah pada prosiding lalu


Zoom: APa KaTa AnDa !!

Februari 15, 2010

(Gambar) Anuar Zain dengan imej Ghotic !!

Sekali pandang macam Adam Lambert, dua kali pandang iskk iskk Anuar Zain rupanya.Tak tau la apa motif gambar ini di gossipkan di laman forum tu, mungkin kerana gambar ini di ambil semasa "Pose" depan kamera kot...Jarang dan tak pernah Zoom nampak gambar AZ kita ni dengan imej Ghotic...

Oktober 11, 2009

(Cerita Artis) Anuar Zain Kahwin Jika Berhenti Menyanyi !!


Biarpun usia Anuar Zain telah bakal menjecah umur 39 tahun, namun tidak pernah terlintas di fikirannya untuk menamatkan zaman bujang dalam masa terdekat. Kerana terlalu sibuk dengan pembuatan album dan juga konsert-konsert yang dijayakan di seluruh negara. Atas dasar inisiatif inilah, maka Anuar Zain terpaksa mengumumkan bahawasanya dia akan kahwin selepas berhenti daripada industri Hiburan.....



Baca Selanjutnya

"Mungkin bila saya berhenti menyanyi. baru saya akan berkahwin. Saya kasihankan wanita yang bakal menjadi isteri saya sebab nanti tak ada masa untuk diluangkan bersama.

"Dulu saya pernah rapat dengan seseorang tapi bila keluar di internet gambar kami berdua, dia yang teruk kena kutuk padahal saya tak kena apa-apa pun. Sebab itu buat masa sekarang biarlah saya tumpukan dengan karier dulu,"
ujar Anuar sambil tersenyum.

Oktober 10, 2009

(Cerita Artis) Tiket RM800.00 Beraya Bersama Anuar Zain Habis DI Jual !!!


HUh, Tabik Spring kat Anuar Zain nie, Walaupun tiket pada harga RM800 untuk Majlis Eksklusif Syawal Bersama Anuar Zain, tiket yang ditawarkan sebanyak 300 tempat duduk habis di jual..Gaji sebulan tue, dalam masa ekonomi sekarang yang tidak stabil ada juga yg sggp berhabis duit semata-mata nak bersama Anuar Zain ni.



Baca Selanjutnya

Jeritan dan air mata peminat mengiringi persembahan lelaki tampan ini membuktikan betapa hebatnya aura penyanyi bernama Shahrul Anuar Zain atau lebih dikenali dengan Anuar Zain. Tidak dinafikan beliau mempunyai peminat fanatik yang bersedia mengikuti ke mana sahaja persembahannya.

"Memang saya kenal peminat yang sentiasa ada di setiap persembahan saya dan yang paling mengharukan apabila mereka sanggup sediakan tabung khas untuk menonton konsert saya. Saya juga gembira apabila mereka menyanyi bersama-sama saya ketika persembahan seperti yang anda lihat tadi. Namun saya bukan penyanyi paling eksklusif," tutur Anuar merendah diri.

"Saya sendiri sebenarnya terkejut bila penganjur meletakkan harga tiket RM800 kerana perancangan asal hanyalah RM400. Ia bukan kemahuan saya. Bila penganjur tetapkan harga tersebut, memang risau sangat kerana dengan keadaan ekonomi sekarang, tak ramai yang mampu dan sanggup mengeluarkan wang sebanyak itu semata-mata ingin menonton konsert. Namun saya bersyukur sangat kerana ia masih mendapat sambutan," ujar anak kelahiran Merlimau, Melaka ini.

Namun penyanyi kacak ini bijak menghiburkan hadirin yang datang kerana baginya peminat merupakan insan yang penting dalam hidup dan adalah pekerjaannya untuk menghiburkan mereka.

Zoom Komen: huh 800 boleh byr kereta zoom sebulan..Apa komen u alls?

Ogos 18, 2009

(Celebrity News) Berbuka Puasa Bersama Anuar Zain MIn RM600.00 !!!


HUh...Ini Nak makan satu family pun dah boleh dah...
BUkan setakat 1 family jiran2 pun dah boleh jemput makan sekali kat
kedai makan...Nak Berbuka pun kena bayar mahal giler babas macam tue..
tak sesuai la dengan konsep berpuasa dalam amalam agama islam..
anuar zain....oh anuar zain Oh Penganjur ..sedarlah akan erti sebenar bulan Ramadan !!!!

APa Pendapat u anda ?

Jun 24, 2009

(Celebrity News ) Anuar Zain Dan Deja Moss Rakan Kongsi Kek Lapis


Anuar Zain Dan Deja Moss

Deja mendapat sokongan padu daripada suami tercinta, Fendy
KALAU dulu mereka hanya rakan duet dalam lagu tapi kini gandingan penyanyi Deja Moss dan Anuar Zain adalah sebagai rakan kongsi.

Dalam diam-diam, keakraban dua sahabat ini sejak dulu lagitermeterai dalam perniagaan mengelolakan sebuah kedai kek yang bertempat di Ampang.

Di kalangan rakan-rakan artis, Deja terkenal dengan kepakarannya membuat kek lapis beraneka jenis hinggakan tidak menang tangan menerima tempahan di kala hari lebaran.
Kat bawah ni ada beberapa contoh kek lapis yang diusahakan Anuar dan Deja,






NAK TEMPAH ??


Kafe Haleeda Kek Lapis Segar menerima tempahan berbentuk hamper, kek berlogo korporat dan lain-lain. Sebarang tempahan boleh dibuat ditalian 03-4105217 atau 019-693 6943.

Kafe Haleeda Kek Lapis Segar dibuka dari 10 pagi hingga 10 malam setiap hari kecuali hari Isnin.

Jun 16, 2009

(Celebrity News) Populariti Dan Kegemilangan Anuar Zain


Saban Hari Kita Dengar Khabar Berita Anuar Zain,Memang Tidak Di Sangkal
Populariti Anuar Kian Malap di Arena Hiburan Tanah Air Saban Hari.Apa Saja Yang
Di Lakukan Pastinya ada Liputan Yang Meluas Dari Pihak Media.

Dia pernah mengadakan konsert solonya di pentas bertaraf antarabangsa, iaitu di Esplanade Theater, Singapura beberapa bulan lalu.
Ternyata, impak yang terhasil daripada konsert berkenaan sudah cukup untuk membuktikan kredibiliti Anuar sebagai seorang penghibur sememangnya tiada tandingan.
Malah, kejayaan konsert di kota Singa itu juga membuktikan Anuar sudah layak untuk menghiburkan peminat di negara kelahirannya sendiri.

1 & 2 Julai Ini Konsert Lelaki Ini Anuar Zain itu dianjurkan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara sempena Festival Muzik KL 2009.

Jadi Kepada Anda Yang Free Tu Pergi la....See Ya There

Jun 11, 2009

(Konterversi) Rendahnya Nilai Artis Malaysia ??


Mengenai Topic Ini Zoom Rasa Artis-artis Di Malaysia Sepatutnya bersyukur dengan apa yang ada, rezeki yang diberi sudah cukup untuk menampung kehidupan seharian..mungkin sesetengah artis tidak sedar bayaran yang mereka terima sudah memadai.Itu pandangan Zoom Sebab Tak Tau sangat selok belok Dunia Artis Yang Penuh Dengan Teka Teki.Tetapi Zoom Rasa dengan Bayaran Min rm8000.00 untuk satu persembahan boleh menampung perbelanjaan sebulan.Kalau Kat KL NI dengan Pendapatan Rm4000.00 pun dah boleh survive...lain la kalau artis tue suka Window Shooping :P

Apa Pun Zoom Dan Rakyat Malaysia Turut Merasai Bahang Kemerosotan Ekonomi Dunia..Saham Zoom Pun Tak Jual-jual Lagie Sebab Saham Jatuh heheheheh

ok all...Meh la comment Bab ni..Sebab Zoom Pun Nak Tahu selok belok Dunia Hiburan ni..Komen Membina amat la di hargai...Thanks

Watchaaa.... :P

Jun 08, 2009

(Gossip) Anuar Zain Dah Ada Awek?

PETIKAN MINGGUAN MALAYSIA
7 Jun 2009
Anuar Zain dengan siapa tu?

TERSENTAK seorang kawan Joyah apabila melihat artis pujaan hatinya, Anuar Zain bermesra dengan seorang wanita muda yang cantik rupa parasnya.

Mana taknya selama ini tak pernah Anuar Zain memberitahu dia sudah berteman. Tapi di suatu petang ketika teman Joyah sedang memandu dan berhenti di lampu isyarat, dia terserempak dengan Anuar Zain.

Penyanyi Lelaki Ini itu sedang memandu kereta BMW dan teman Joyah yang angaukan Anuar Zain itu berada betul-betul di sebelah kereta yang dipandu Anuar. Yang membuatkan tangkai hati teman Joyah ini bagai nak tercabut bukanlah kerana Anuar Zain berada di sebelah keretanya.

Tapi di sebelah Anuar ada seorang gadis jelita menemani penyanyi popular pujaan hatinya itu. Dan lebih penting, Anuar dan gadis itu kelihatan sangat mesra.

"Punyalah aku cemburu melihat kemesraan mereka. Rasa aku nak keluar kereta dan tanya, siapa perempuan itu," kata teman Joyah dengan perasaan tak puas hati.

Wah! Ini sudah parah. Baru nampak bersama pun dah cemburu. Joyah tak tahulah bagaimana reaksi peminat setia anak Pak Zain ini kalau benarlah gadis yang duduk di sebelah Anuar di dalam keretanya itu benar-benar teman istimewa Anuar.

Mungkin ada yang berendam air mata gara-gara kecewa Anuar sudah ada yang punya. Apapun, nantilah Joyah dapatkan kenyataan Anuar ya!

Jun 03, 2009

(Celebrity News) Giliran Anuar Zain Di Istana Budaya


SELAIN Siti yang akan mengalunkan vokal emasnya di Istana Budaya (IB), Raja Pop negara Jamal Abdillah juga akan membuat persembahan menerusi teater muzikalnya yang berjudul Jamal... Kembara Seniman.

Memang meriah Panggung Sari tahun ini dengan persembahan nama-nama besar industri hiburan.

Setidak-tidaknya, lebih gah status IB selepas kejayaan konsert Black Dog Bone bulan lalu.

Sebenarnya apa yang ingin Papa ceritakan di sini ialah bukan hanya Siti dan Jamal sahaja yang akan beraksi di IB tetapi penyanyi pujaan wanita, Anuar Zain juga buat pertama kalinya akan membuat persembahan di dewan berprestij itu.

Konsert yang diberi nama Lelaki Ini itu akan berlangsung selama dua malam berturut-turut bermula 1 Julai ini sempena Festival Muzik KL 2009.

Papa yakin peminat Anuar akan berduyun-duyun ke IB untuk menonton persembahan penyanyi yang memiliki vokal hebat ini.

Jangan tak tahu. Papa pun sudah lama menantikan konsert sulung Anuar di negara ini dan Papa percaya Anuar pastinya gembira kerana impiannya akhirnya terlaksana jua.

Persembahan Anuar pada dua malam itu nanti akan diiringi oleh Orkestra Simfoni Kebangsaan dan Papa nak buat satu permintaan kepada Anuar.

Papa harap Anuar nyanyikanlah lagu Akan Ku Pinta dan Perpisahan yang jarang sekali disampaikan dalam mana-mana persembahan. Janganlah Anuar hampakan permintaan Papa ini.

Peminat Anuar yang belum mendapatkan tiket untuk konsert Lelaki Ini bolehlah berbuat demikian dengan menghubungi talian 03-4149 8600 atau layari laman web www.ticket2u.biz.

Mei 30, 2009

(Celebrity News) Pencapaian Terbesar Anuar Zain


Sudah tentu peminat Anuar tidak sabar menantikan kemunculannya buat julung kali mengadakan konsert solo di tempat yang penuh berprestij itu.

Ketika ditemui selepas sidang media Festival Muzik Kuala Lumpur 2009 di Bangunan MAS, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur baru-baru ini, Anuar tampak gembira dan mengharapkan apa yang direncanakan itu berjalan lancar.

“Semestinya undangan mengadakan konsert di tempat yang sungguh berprestij, IB menjadi idaman buat sesiapa yang bergelar penyanyi.

“Apatah lagi, dendangan suara diiringi dengan Orkestra Simfoni Kebangsaan mampu membuai kalbu. Sudah tentu, saya gembira dengan undangan ini.

“Lagipun, inilah kali pertama saya diberi penghormatan mengadakan konsert solo di IB. Sebelum ini, saya pernah terbabit dengan persembahan di IB sempena Konsert Datuk Ahmad Nawab.

“Sepanjang perjalanan karier sebagai insan seni, inilah pencapaian yang paling besar dan ketara. Saya bersyukur kerana selepas bekerja keras dalam pentas muzik akhirnya ada yang menghargai pahit getir selama ini sebagai penyanyi.

“Sudah tentu penghargaan yang diberi adalah perkara paling bererti dalam diari hidup saya,” kata Anuar.

Menyentuh mengenai persiapan, kata penyanyi yang cukup popular dengan lagu Lelaki Ini, segala perancangan persediaan sudah dimulakan dari awal tahun.

“Maklumlah, ini konsert solo saya pertama di tempat berprestij itu. Sudah tentu, perancangan perlu disediakan lebih awal.

Mei 05, 2009

Artis Malaysia : Anuar Zain Kena Cium Oleh Peminat



HUh...Makcik Ni...sampai Cium2 pulak...ni sure peminat Fanatik si Anuar Zain ni..Apa pub gool Luck Bro..

April 16, 2009

Anuar Zain pujaan wanita


Anuar Zain masih menjadi pujaan wanita. Kalau ada show, Anuar pasti akan dikelilingi oleh peminat wanita. Sebab itu Anuar pernah tidak sanggup turun ke bawah kerana bimbang digomol peminat