Mei 30, 2009

(Celebrity News) Pencapaian Terbesar Anuar Zain


Sudah tentu peminat Anuar tidak sabar menantikan kemunculannya buat julung kali mengadakan konsert solo di tempat yang penuh berprestij itu.

Ketika ditemui selepas sidang media Festival Muzik Kuala Lumpur 2009 di Bangunan MAS, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur baru-baru ini, Anuar tampak gembira dan mengharapkan apa yang direncanakan itu berjalan lancar.

“Semestinya undangan mengadakan konsert di tempat yang sungguh berprestij, IB menjadi idaman buat sesiapa yang bergelar penyanyi.

“Apatah lagi, dendangan suara diiringi dengan Orkestra Simfoni Kebangsaan mampu membuai kalbu. Sudah tentu, saya gembira dengan undangan ini.

“Lagipun, inilah kali pertama saya diberi penghormatan mengadakan konsert solo di IB. Sebelum ini, saya pernah terbabit dengan persembahan di IB sempena Konsert Datuk Ahmad Nawab.

“Sepanjang perjalanan karier sebagai insan seni, inilah pencapaian yang paling besar dan ketara. Saya bersyukur kerana selepas bekerja keras dalam pentas muzik akhirnya ada yang menghargai pahit getir selama ini sebagai penyanyi.

“Sudah tentu penghargaan yang diberi adalah perkara paling bererti dalam diari hidup saya,” kata Anuar.

Menyentuh mengenai persiapan, kata penyanyi yang cukup popular dengan lagu Lelaki Ini, segala perancangan persediaan sudah dimulakan dari awal tahun.

“Maklumlah, ini konsert solo saya pertama di tempat berprestij itu. Sudah tentu, perancangan perlu disediakan lebih awal.