Memaparkan catatan dengan label Jejaka Malaya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jejaka Malaya. Papar semua catatan

Julai 12, 2011

Senarai dan gambar 16 The Perfect Gentlemen

Program The Perfect Gentlemen yang akan ditayangkan di NTV7 pada Julai 2011 ini, seramai 467 calon telah tersenarai dan hanya 16 peserta yang terpilih. 

Peserta di pilih berdasarkan :

1. Latar Belakang peserta
2. Profile
3.Kriteria
4. Sudah tentu wajah macho
5.Karakter, pesona dan bakat
6. Mempunyai kelebihan tersendiri.

Para peserta TPG terdiri daripada Anson, 21, (Selangor), Chris, 21, (Kuala Lumpur), Wilson, 21, (Johor), Vicca, 20, (Kedah), Shyang Wen, 18, (Kuala Lumpur), Ivan, 28, (Selangor), Dennis, 41, (Selangor), Jake, 24, (Johor), John, 19, (Sabah), Ming Yang, 20, (Sarawak), Ryan, 21, (Melaka), Joel, 30 (Selangor), William, 27, (Johor), Fung, 21, (Selangor), Kong Jie, 21, (Sarawak) dan Gir Shen, 21, (Kuala Lumpur).
Daripada 16 peserta ini, hanya enam saja finalis yang akan mara ke peringkat akhir TPG pada 9 Oktober depan.

Hadiah : Bernilai RM200 ribu
 
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

November 24, 2010

Selamat Hari Jadi Abang Awie Yang ke 42

Hari ini genap 42 tahun umur abang awie kita tarikh lahir beliau 24 Nov 1968, cepatnya masa berlalu dah 42 tahun abang Awie kita ni.


Semoga dipanjangkan umur murah rezeki...Soala Bonus bilalah nak timang anak ni :)


Credit : runwitme

September 18, 2010

Jari Danny X Factor Bengkak

Mesti kuat je si Danny ni baling bola bowling sampai jari-jari bengkak, berikut cerita si Danny ni dengan wartawan mengapa jadi dia bengkak.

Februari 15, 2010

(Gambar) Anuar Zain dengan imej Ghotic !!

Sekali pandang macam Adam Lambert, dua kali pandang iskk iskk Anuar Zain rupanya.Tak tau la apa motif gambar ini di gossipkan di laman forum tu, mungkin kerana gambar ini di ambil semasa "Pose" depan kamera kot...Jarang dan tak pernah Zoom nampak gambar AZ kita ni dengan imej Ghotic...

Februari 02, 2010

(Gossip) Fizo Omar di goda wanita kaya !!!

Pelakon lelaki drama Bionik ini sering kali mendapat gangguan "misscall" daripada orang yang tidak di kenali.Malahan pelakon yang tengah naik ini juga turut menjadi buruan dan di goda oleh sesetengah wanita kaya yang meminatinya.



Baca Selanjutnya

Pelakon ini turut menerima tawaran lumayan dari golongan wanita kaya ini jika di hitung mungkin sampai berjuta " menurut INfo" Namun beliau masih lagi ada maruah dan beliau tolak secara baik.

Apa kata anda mengenai Fizo Omar, dan seterusnya artis-artis di Malaysia yang kini anda rasa di Bela !!!! KOmen kk..!!!!

Januari 20, 2010

(Cerita Artis) Fesyen baru Iz OIAM


Macam-macam cara artis-artis kita ingin menarik perhatian juri, salah satunya baju Iz artis keluaran OIAM ini. Sekali pandang macam baju tidur dua kali pandang macam baju jogging la pulak....Jum Kita ZoOm Komen Wartawan mengenai pakaian atau fesyen yang di bawah oleh Iz ni !!



Baca Selanjutnya

Baru-baru ini, masa AJL, komen dari pembaca, IZ OIAM dah tak macam dulu dalam bergaya. Sekarang dah suka pakai baju sporty ala baju tidur. Itulah cakap-cakap belakang, Kata mereka lagi, IZ sekarang dah tak kemas dan trendy macam dulu.

Segala kejian dan cakap orang bagaikan lalang ditiup angin. Ramai tak sangka, apabila nama IZ OIAM dinobatkan sekali lagi sebagai Best Dressed untuk artis lelaki di Parti Ulangtahun Ke-3 Murai.

Dia sempoi habis malam tu. Kata IZ, tema Fabulous 80an yang ditonjolkan memang lain dari yang lain. Apa yang IZ pakai ialah sepasang sut sukan seperti baru orang nak keluar berjogging. Tapi menurut IZ pakaian ini dipakai oleh grup rappers zaman 80an. IZ memang bijak buat homework tentang fesyen kat rumah. Kena fikir betul-betul untuk tampil bergaya.

ZooM; apa kata anda ?

November 17, 2009

(Gambar)Terbaru Dafi Di Majalah !!


Semakin lama anak muda ini nilai di dunia industri tanah air semakin bergemerlapan. Mungkin kerana aset yang ada padanya membuatkan sesetengah remaja menjadikanya IDOL. Malahan Makcik2 pun minat kat Dafi ni, Mungkin kerana penangan hidung dah lesung pipit dia kot..!!!



Baca Selanjutnya

Zoom tau mesti ramai dekat luar sana yang fanatik yang teramat dengan Dafi ni,apatah lagi semasa di Akademi Fantasia sebelum ini.!! Apa Komen Anda Mengenai Gambar terbaru Dafi yang simple dan COOL ni..!?

(Cerita Artis) Faizal makan pil untuk hiburkan peminat ?


Selepas membuat persembahan di konsert "Fly FM's 4th Fly-Anniversary", Faizal Tahir, penyanyi yang tersohor ini telah mengakui bahawa terpaksa makan pil tahan sakit untuk menghiburkan peminat-peminatnya. Faizal, yang ditemui di konsert yang berlangsung di Central Park Avenue, 1 Utama, Bandar Utama pada minggu lepas, kelihatan masih bertenaga walaupun terpaksa menahan kesakitan.

Malah, pelantun lagu 'Bencinta' itu memberi tumpuan penuh kepada persembahan bertenaganya di atas pentas walaupun lutut kanannya masih belum pulih sepenuhnya. Biarpun pergerakan atas pentas agak terbatas, lontaran suaranya tetap memukau kira-kira 10,000 penonton yang tidak berganjak dari pentas walaupun hujan.

"Semasa berseronok di atas pentas, saya langsung tidak fikir tentang kesakitan pada lutut kanan atau samada saya telah berikan persembahan yang terbaik. Saya hanya ingin bergembira dan menghiburkan para hadirin. Selepas ini, saya kena makan pil penahan sakit semula apabila balik ke rumah," katanya ketika ditemui selepas membuat persembahan sebagai artis undangan.



Baca Selanjutnya

Faizal turut mendendangkan Medley Michael Jackson termasuk Thriller, Smooth Criminal, Human Nature, Man In The Mirror, Black Or White, They Don't Care About Us dan Beat It. Beberapa hari sebelum menjelang Hari Raya tahun ini, Faizal menjalani pembedahan lutut kanannya di Hospital Prince Court, Kuala Lumpur selepas tercedera kerana bermain futsal di 1 Utama. Kata Faizal, kecederaan lutut kanannya itu sudah berlarutan selama 11 tahun akibat bermain bola sepak.

Namun, Naib juara musim pertama rancangan realiti One In A Million (OIAM) ini tidak menyesal menjalani pembedahan sekarang kerana itu adalah tindakan terbaik.

"Saya sedar saya terpaksa membatalkan beberapa pertunjukan selepas pembedahan itu. Memang ia menjejaskan sumber pendapatan saya tapi saya tak nak membuat persembahan dengan bertongkat," jelas Faizal yang pada mulanya tidak menjalani pembedahan kerana bimbang ia akan mengganggu kerjayanya.

Ditanya sama ada kecederaan di lutut kanannya akan menjejaskan persiapannya di peringkat separuh akhir Muzik-Muzik 2009 nanti pada 20 November ini, Faizal berkata:

"Saya tidak akan beraksi 'selincah' macam malam ini. Saya mungkin duduk sambil menyanyi," katanya yang pernah merangkul tiga anugerah untuk lagu 'Sampai Syurga' iaitu hadiah Persembahan Terbaik, Vokal Terbaik dan Lagu Balada Terbaik di Anugerah Juara Lagu ke-23 pada awal 2009.

Pada pertengahan tahun ini, Faizal juga merangkul empat anugerah di majlis Anugerah Industri Muzik ke-15 iaitu Album Terbaik, Persembahan Vokal Terbaik dalam Album (Lelaki), Album Rock Terbaik dan Artis Baru Terbaik.

Dalam perkembangan berkaitan, Faizal memberitahu dia mengeluarkan album baru pada bulan Disember ini. Bagaimanapun, dia tidak dapat memberikan tajuk album itu dan berharap dapat memuatkan 10 buah lagu dalam album terbarunya itu.

Zoom Komen: Semoga cepat sembuh...!!

November 13, 2009

(Cerita Artis) Aremeer Sofaz Sedia Kahwini Yanie !!


Kahwin Juga si Aremeer ni,dalam kumpulan Sofaz hanya 3 orang jer belum kahwin Aremeer,ZImi Dan One. Menurut info sofaz dan kekasih bernama Yanie ni sudah 2 tahun berkawan. Jum zoom "statement" Aremeer mengenai kekasih hatinya ni, info ini zoom dapat dari Murai...!! Jum kita Zoomm !!!



Baca Selanjutnya

"Sebenarnya saya masih lagi dalam proses mengenalinya tapi kami sudah berjumpa dengan keluarga masing-masing. Kami pun dah 2 kali beraya bersama
.

"Apa yang boleh saya cakap, keluarga kami merestui hubungan kami dan hanya tunggu lampu hijau saja. Cuma, selagi cita-cita saya masih belum tercapai, selagi itu saya tak akan berkahwin,'

Sungguh pun begitu, Aremeer masih lagi berahsia apabila ditanya apakah cita-cita tersebut, jejaka ini hanya memberitahu ia terlalu peribadi untuk diberitahu.

"Kami masih belum bertunang lagi. Mungkin kami bertunang sehari sebelum bernikah. Saya tahu apabila bertunang, macam-macam cabaran akan dihadapi. Alhamdulillah setakat ini kami tak de apa-apa masalah. Selisih faham manja manja tu biasalah,"
ujarnya.


Menyedapkan lagi perisa cintanya itu, Aremeer mengakui mencintai Yanie disebabkan karektor beliau yang memahami dan petah bercakap.

"Setakat ni dialah yang terbaik buat saya. Insya-Allah, ikut rancangan saya nak kahwin 4 tahun lagi apabila umur saya 30 tahun. Terus-terang, bila tengok kawan-kawan berkahwin, kami juga teringin berkahwin,"
jelasnya.


Mengakhiri sesi temuramah, Aremeer turut mengakui ada mencipta sebuah lagu khas buat Yanie. Namun, lagu tersebut masih lagi dalam simpanannya tetapi sudah pun dinyanyikan sewaktu Aremeer berlakon dalam drama Satu Hari Di Hari Raya di TV9 tidak lama dulu.

Zoom KOmen: Semoga hari bahagia itu akan menjelma tiba, Apa Pandangan anda mengenai artis sorang ni !!!!

November 06, 2009

(Gossip)Komen Aril AF7 bila lakonan "Kau Dan Aku" dikritik !!!


Zoom ada mengikuti drama "Kau dan Aku" disaluran Astro ni, bukan minat sangat kat drama ini tapi disebabkan anak buah suka tengok, kena juga la buka mata memerhati gelagat Artis Akademi Fantasia berlakon. Apa yang zoom nampak Drama "Kau Dan Aku" kebanyakannya remaja bawah umur yang suka termasuklah Fan2 kat luar tue. Ini pendapat zoom la sebab masa drama 'Kau dan Aku" ke udara selalu juga mak dan ayah bertekak nak tengok channel lain sebab tak suka tengok. Mungkin anda ada pendapat lain !!! ? apa pun zoom upload komen Aril Mengenai kritikan pembaca dan pemerhati di luar sana..!!!!



Baca Selanjutnya

Naib juara AF7 itu berkata mungkin ada pihak yang kurang berpuas hati dengan lakonan mereka memandangkan masing-masing masih ‘hijau’ dalam industri seni ini.

“Ramai yang mengharapkan drama itu akan memberikan satu impak besar dan berjaya.

“Tetapi saya harap sebelum ada yang hendak ‘memaki’ kami lebih baik fikir baik-baik dulu kerana kami pendatang baru yang berada pada tahap masih mencuba dalam seni lakonan.

“Kalau ada kekurangan dalam jalan cerita atau lakonan kami, janganlah kritik dan hina kami teruk-teruk.

“Saya bukanlah hendak mempertahankan diri-sendiri sahaja tetapi untuk kawan-kawan lain juga,” luah Aril yang lantang bersuara.

Setelah dua episod disiarkan, Aril berkata ada pihak yang memuji dan tidak kurang juga menghentam teruk drama arahan empat orang pengarah itu.

“Ada yang kata drama itu berjaya dan ada juga yang kata gagal tetapi kalau nak beri kritikan tu biarlah berpada-pada,” kata penyanyi yang sedang popular menerusi lagu ‘Menatap Matamu’ ini.

Memandangkan Aril pernah mempunyai latar belakang dalam seni teater, dia cuba menggilap bakatnya itu dengan berlakon dalam drama itu dan sebuah lagi telefilem iaitu ‘Shuffle Milikku’ untuk stesen TV yang sama.

“Saya banyak juga mengutip pengalaman berlakon semasa di AF7. Dari situ saya praktikkannya ditambah dengan bantuan daripada pelakon senior seperti Azizah Mahzan, Riezman Khuzaimi dan Nurul. Mereka tak lokek,” ujarnya yang mempunyai asas lakonan teater sejak di bangku sekolah sehingga mengikuti persembahan di bawah Akar Gitar Estetika di Pusat Pelancongan Malaysia sejak lima tahun lalu.

Selepas berlakon drama dan telefilem, Aril mahu memfokuskan kepada bidang nyanyian pula.

"Bagi saya cukuplah pengalaman berlakon dah ada. Saya nak tumpu pada muzik pula.

"Sekarang ini, saya ada menulis beberapa lirik lagu yang mungkin akan dinyanyikan oleh diri-sendiri atau orang lain.

"Saya dan Akim juga telah merancang untuk membikin single terbaru kami dengan usaha sendiri. Apa-apa pun, saya akan beritahu kemudian," tuturnya yang menggemari muzik aliran rock.

Zoom Komen: Semoga Berjaya Dik, untuk pegetahuan pembaca dan peminat ARIL,

Semalam merupakan hari lahir Aril yang ke-24. Jejaka yang digilai ramai wanita ini akan meraikan hari jadinya bersama kelab peminatnya, Aril Lovers pada 7 November ini, Sabtu, pukul 8 hingga 11 malam di Hotel Boulevard, Mid Valley.

Tapi bayar tau !!! Dewasa = RM 90.00
Kanak2 = RM 60.00

November 05, 2009

(Cerita Artis) Jamal Abdillah Jual Ikan !!!


Selalunya zoom dengar artis buka restoran, pusat karoke, Butik, tapi lain pula bagi abang Jamal kita ni.. Jual Ikan la pulak..!!



Baca Selanjutnya

Jangan salah sangka tau, abang Jamal kita ni bukan jual ikan dekat pasar malam tapi berniaga ikan Arowana yang mahal tue, menurut abang Jamal perniagaan ikan Arowana diusahakan bersama (BMA) Bukit Merah Acuaculture.
Hari tu zoom ada menonton berita BMA ni huh, memang maju dan SUperb..!! tahniah kepada Abang Jamal kerana bertindak segera untuk masa depan yang cerah..!! APa komen Anda !!/

Oktober 23, 2009

(Cerita Artis) Imej 'Gengster' Zed Zaidi pikat peminat Singapura !!!


Inilah imej Zed zaidi semasa sesi 'rehearsal' di IMTM sebelum dipentaskan pada 17 dan 18 oktober lalu, sekali pandang macam gengster jer Zed zaidi ni.Untuk pengetahuan pembaca zed si salah seorang kawan zoom kat dunia MirC dan web KissFM web..Pernah sekali lepak dengan dia masa buat gath kat Seremban dua rumah owner jiwang.com/net.Dekat bawah ni statement beliau masa kat sana..



Baca Selanjutnya

"Sepanjang dua hari pementasan berlangsung, saya memang cukup kagum dengan respon penonton-penonton di sana. Mereka buatkan kami pelakon-pelakon lebih bersemangat ketika di pentas.

"Rasa berbaloi sangat setelah penat menjalani latihan, termasuklah sesi 'rehearsal' yang kami lakukan setiap hari ketika berada di Singapura kerana sambutan yang kami terima memang benar-benar di luar jangkaan.

"Begitu juga dengan cara kerja orang-orang di Esplanade. Mereka cukup teliti, berdisiplin dan sangat profesional dengan produksi luar seperti kami," ujar Zed ketika ditemui baru-baru ini.

Selain Zed, turut membintangi teater arahan Ahmad Idham ini antara lain ialah Kamal Adli, Mardiana Alwi, Wangi, Cat dan Dina.

Mengulas mengenai watak gengster bernama Ray yang dipegangnya di dalam teater ini, kata Zed, karektor yang ditonjolkan masih lagi sama seperti mana yang dibawanya sewaktu pementasan IMTM di Istana Budaya (IB) tidak lama dulu.

Namun, Zed mengambil inisiatif sendiri dengan membuat kelainan dari segi imej pada watak tersebut yang disifatkannya kali ini lebih menjurus kepada gaya 'gengster Singapura'.

Kata Zed, tidak salah untuk dia berbuat demikian apatah lagi teater itu sememangnya dipentaskan di sana.

"Watak tetap sama, cuma saya tampilkan gaya lakonan dan imej yang berbeza untuk pementasan di Singapura kerana tidak mahu dilihat sama dengan apa yang saya pamerkan di IB dulu.

"Saya sengaja masukkan sedikit acuan 'Singapura' untuk gaya gengster kali ini dan lakonan saya juga lebih 'laidback'.

"Saya cuba perhatikan dan belajar sikit-sikit karektor dan gaya bahasa masyarakat sana ketika sesi latihan dengan beberapa penari dari Singapura.

"Kali ini juga, watak Ray perlu lebih banyak menari berbanding dulu dan antaranya, saya perlu menari salsa.

"Apapun, saya memang amat berpuas hati dengan watak kali ini. Selain imej, kereta drift yang turut dibawa di pentas sebenarnya secara tidak langsung mendatangkan 'aura' pada saya untuk lebih 'all-out'," kata Zed yang akui mendapat respon baik daripada penonton-penonton di sana terhadap wataknya itu.

Dalam perkembangan lain, Zed juga kini sibuk menjalani penggambaran drama bersiri Nenek Kebaya yang akan ditayangkan di slot Lagenda di TV3 bermula 3 November depan.

Selain Zed, turut membintangi drama arahan Ismail Yacob ini ialah Raisudin Hamzah, Amyza Aznan, Mariani, Zed Zaidi, Pekin, Izreen Aminda, Ghazali Abu Noh dan Nadia Kesuma.

Zoom KOmen: Bila la si Zed ni nak kahwin, dulu masa kat seremban bawa si Zetty, last2 minah tue dah dengan orang lain pulak...!!! anyway..Good Luck Bro..!!! Apa komen anda !!!

Oktober 11, 2009

(Cerita Artis) Anuar Zain Kahwin Jika Berhenti Menyanyi !!


Biarpun usia Anuar Zain telah bakal menjecah umur 39 tahun, namun tidak pernah terlintas di fikirannya untuk menamatkan zaman bujang dalam masa terdekat. Kerana terlalu sibuk dengan pembuatan album dan juga konsert-konsert yang dijayakan di seluruh negara. Atas dasar inisiatif inilah, maka Anuar Zain terpaksa mengumumkan bahawasanya dia akan kahwin selepas berhenti daripada industri Hiburan.....



Baca Selanjutnya

"Mungkin bila saya berhenti menyanyi. baru saya akan berkahwin. Saya kasihankan wanita yang bakal menjadi isteri saya sebab nanti tak ada masa untuk diluangkan bersama.

"Dulu saya pernah rapat dengan seseorang tapi bila keluar di internet gambar kami berdua, dia yang teruk kena kutuk padahal saya tak kena apa-apa pun. Sebab itu buat masa sekarang biarlah saya tumpukan dengan karier dulu,"
ujar Anuar sambil tersenyum.

Oktober 10, 2009

(Cerita Artis) Tiket RM800.00 Beraya Bersama Anuar Zain Habis DI Jual !!!


HUh, Tabik Spring kat Anuar Zain nie, Walaupun tiket pada harga RM800 untuk Majlis Eksklusif Syawal Bersama Anuar Zain, tiket yang ditawarkan sebanyak 300 tempat duduk habis di jual..Gaji sebulan tue, dalam masa ekonomi sekarang yang tidak stabil ada juga yg sggp berhabis duit semata-mata nak bersama Anuar Zain ni.



Baca Selanjutnya

Jeritan dan air mata peminat mengiringi persembahan lelaki tampan ini membuktikan betapa hebatnya aura penyanyi bernama Shahrul Anuar Zain atau lebih dikenali dengan Anuar Zain. Tidak dinafikan beliau mempunyai peminat fanatik yang bersedia mengikuti ke mana sahaja persembahannya.

"Memang saya kenal peminat yang sentiasa ada di setiap persembahan saya dan yang paling mengharukan apabila mereka sanggup sediakan tabung khas untuk menonton konsert saya. Saya juga gembira apabila mereka menyanyi bersama-sama saya ketika persembahan seperti yang anda lihat tadi. Namun saya bukan penyanyi paling eksklusif," tutur Anuar merendah diri.

"Saya sendiri sebenarnya terkejut bila penganjur meletakkan harga tiket RM800 kerana perancangan asal hanyalah RM400. Ia bukan kemahuan saya. Bila penganjur tetapkan harga tersebut, memang risau sangat kerana dengan keadaan ekonomi sekarang, tak ramai yang mampu dan sanggup mengeluarkan wang sebanyak itu semata-mata ingin menonton konsert. Namun saya bersyukur sangat kerana ia masih mendapat sambutan," ujar anak kelahiran Merlimau, Melaka ini.

Namun penyanyi kacak ini bijak menghiburkan hadirin yang datang kerana baginya peminat merupakan insan yang penting dalam hidup dan adalah pekerjaannya untuk menghiburkan mereka.

Zoom Komen: huh 800 boleh byr kereta zoom sebulan..Apa komen u alls?

Ogos 29, 2009

(Celebrity News) Ashraf Sinclair Kemalangan Di Indonesia


Gosip terkini mengenai Ashraf Sinclair yang mengalami kemalangan jalan raya. Kemalangan yang berlaku keatas Ashraf yang juga suami kepada Bunga Citra Lestari berlaku semasa Ashraf sedang berhubung dengan Bunga Citra Lestari mengunakan handphone.

"Saya lagi telepon istri saya. Tetapi tiba-tiba saya bilang awas ada mobil. Itu datang dari sebelah kanan," ungkap Ashraf kepada wartawan saat ditemui di Hotel Batavia, Jakarta, Rabu (26/8/2009)

Dalam kemalangan itu kereta Toyota Harrier milik Ashraf bernomor plat B 3 ME terguling di Jalan MH Thamrin depan gedung Bank Indonesia.

"Pas saya keluar dari mobil, saya cukup syok karena di luar banyak sekali kaca-kaca yang berserakan. Setelah itu, saya membereskan barang-barang saya," ujar Ashraf.

Bunga Citra Lestari menambah, saat ditelepon dia sedang shooting di Kota. Sementara Ashraf sedang shooting di Besari.

"Dia datang menuju tempat syuting saya, karena ingin menjemput saya. Saya ingin dijemput sama suami karena saya ingin berdua sama suami saya," kata Bunga Citra Lestari.

Ashraf juga bersyukur yang dia mahupun pemandunya selamat. Dia juga tidak perasan semasa keretanya terbalik kerana kejadian itu berlaku sangat cepat.

"Alhamdulillah, sopir dan saya selamat. Alhamdulillah semua yang ada di dalam mobil selamat. Saya masih bisa bersyukur karena saya masih diberikan nyawa, masih bisa memandang dunia ini, dan alhamdulillah saya selamat dari situasi yang mengerikan," tutur Ashraf yang tak berhenti mengucapkan syukur.

- alhamdullilah Ashraf dan semua penumpang selamat, kami harap Ashraf jadikan ini sebagai warning dengan apa yang telah Ashraf lakukan sebelum ini.
- Ashraf ni dah lupa bahasa Malaysia ke? or wartawan indonesia yang translatekan ke bahasa Indonesia?

Ogos 25, 2009

(Gossip) Gambar Jehan Ketiak Basahnya!!


Habis ketiak si Jehan miskin ni basah,Satu Malaysia tengok...Dah la t

KOrang komen la yerr...P

Ogos 23, 2009

(Celebrity News) Lan MUH Bergerak Solo !!!



"Saya inginkan kebebasan dalam berkarya namun banyak yang harus dipelajari sekarang ini kerana sebelum ini banyak bergantung kepada anggota MUH yang lain," ujarnya yang kini lebih bijak berkomunikasi.

Walaupun pelbagai kontroversi melanda bekas vokalis MUH ini namun baginya yang lebih penting adalah untuk terus komited dalam perjuangan seni. Album single berjudul Peta Minda bakal dipasarkan pada penghujung tahun 2009 ini menjanjikan sesuatu yang istimewa dalam muzik yang diperjuangkan.

Semoga berjaya Lan,Mungkin bergerak solo ni rezeki bertambah..Jangan buat kumpulan baru pulak..kalau nak buat jangan letak nama Laptop gak.. hehehhehehhee

Ogos 21, 2009

(Celebrity News) Taufik Batisah Bengang Dituduh Kasanova


Lain Pula kisahnya Artis Singapura ni,Dia bengang sebab dilabel sebagai jejaka kasanova.

Taufik yang juga seorang komposer, menganggap populariti adalah satu perkara penting dalam industri hiburan kerana tanpanya sukar bagi dia menembusi pasaran Malaysia dan dikenali ramai.

Tidak mahu dikenali berdasarkan rupa paras, Taufik yang sudah beberapa kali memenangi Artis Singapura Paling Popular di Anugerah Planet Muzik, menginginkan peminat menghargai muzik yang diperjuangkannya.

Taufik mengaku mungkin kerana ingin menaikan "publisiti" dia dilabel Jejaka "Kasanova" kerana selalu mendampingi ramai wanita.

Berikut temu bual Taufik dengan wartawan :

"Kelakarlah bila dengar orang kata saya seorang 'player' memandangkan selalu keluar bersama wanita. Bagi saya, keluar dengan wanita adalah perkara biasa dan tidak semestinya kami bercinta. Kalau diikutkan, kawan baik saya sendiri seorang wanita.

"Ketika ini, saya berkawan dengan ramai wanita. Lagipun, kalau keluar dengan lelaki saja, nanti timbul pula gosip mengatakan saya ini gay. Sukar hendak menutup mulut orang. Tetapi, saya terima kerana ia menandakan pembabitan dalam dunia seni muzik disedari ramai.

Apa-apalah Taufik asal ko bahagia..No comment sebab tak tau sangat mengenai taufik ni..Apa komen u alls ?

(Gossip) Gaya Manja Lisa Di Bahu Farid Kamil


Alahai manja nyer si Lisa ni,tangan dia kalau bergambar mesti melentok manja kat atas bahu si farid kammil ni.Bukan sekali dua jer setiap kali berpossing bersama sure ada aksi manja dari si gadis comel ni..Apa Komen U alls

Ogos 18, 2009

(Celebrity News) Berbuka Puasa Bersama Anuar Zain MIn RM600.00 !!!


HUh...Ini Nak makan satu family pun dah boleh dah...
BUkan setakat 1 family jiran2 pun dah boleh jemput makan sekali kat
kedai makan...Nak Berbuka pun kena bayar mahal giler babas macam tue..
tak sesuai la dengan konsep berpuasa dalam amalam agama islam..
anuar zain....oh anuar zain Oh Penganjur ..sedarlah akan erti sebenar bulan Ramadan !!!!

APa Pendapat u anda ?