Oktober 10, 2009

(Cerita Artis) Tiket RM800.00 Beraya Bersama Anuar Zain Habis DI Jual !!!


HUh, Tabik Spring kat Anuar Zain nie, Walaupun tiket pada harga RM800 untuk Majlis Eksklusif Syawal Bersama Anuar Zain, tiket yang ditawarkan sebanyak 300 tempat duduk habis di jual..Gaji sebulan tue, dalam masa ekonomi sekarang yang tidak stabil ada juga yg sggp berhabis duit semata-mata nak bersama Anuar Zain ni.



Baca Selanjutnya

Jeritan dan air mata peminat mengiringi persembahan lelaki tampan ini membuktikan betapa hebatnya aura penyanyi bernama Shahrul Anuar Zain atau lebih dikenali dengan Anuar Zain. Tidak dinafikan beliau mempunyai peminat fanatik yang bersedia mengikuti ke mana sahaja persembahannya.

"Memang saya kenal peminat yang sentiasa ada di setiap persembahan saya dan yang paling mengharukan apabila mereka sanggup sediakan tabung khas untuk menonton konsert saya. Saya juga gembira apabila mereka menyanyi bersama-sama saya ketika persembahan seperti yang anda lihat tadi. Namun saya bukan penyanyi paling eksklusif," tutur Anuar merendah diri.

"Saya sendiri sebenarnya terkejut bila penganjur meletakkan harga tiket RM800 kerana perancangan asal hanyalah RM400. Ia bukan kemahuan saya. Bila penganjur tetapkan harga tersebut, memang risau sangat kerana dengan keadaan ekonomi sekarang, tak ramai yang mampu dan sanggup mengeluarkan wang sebanyak itu semata-mata ingin menonton konsert. Namun saya bersyukur sangat kerana ia masih mendapat sambutan," ujar anak kelahiran Merlimau, Melaka ini.

Namun penyanyi kacak ini bijak menghiburkan hadirin yang datang kerana baginya peminat merupakan insan yang penting dalam hidup dan adalah pekerjaannya untuk menghiburkan mereka.

Zoom Komen: huh 800 boleh byr kereta zoom sebulan..Apa komen u alls?